SOALAN ini sangat penting bagi semua bangsa usahawan ambil dan duduk fikirkan sedalam-dalamnya.
Saya tahu, ramai usahawan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan cabaran dalam tempoh ini.
Ada yang alami jualan merosot!
Ada yang risau kos operasi makin meningkat atas pelbagai faktor!
Ada juga yang bimbang soal cash flow syarikat makin mengecil!
Ada pula yang takut dengan prospek ekonomi global bila mana penganalisis ekonomi termasuk daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia jangka kemelesetan ekonomi pada 2023!
Tapi tahukah anda, ketika ini ada juga usahawan yang bukan saja bertahan, malah berkembang hingga pecahkan rekod jualan mereka pada 2021.
Kenapa mereka boleh menyaksikan peningkatan dalam bisnes?
Sebab ada kekuatan supernatural ke, mempunyai sayap atau usahawan itu paling bijak dalam dunia ini?
Tidak, mereka ini sama juga seperti anda. Mereka juga berdepan cabaran, cuma mereka tahu apa perlu fokus dan lakukan tindakan yang lebih tepat.
Ini bukan cakap kosong, saya lihat sendiri usahawan jutawan bimbingan saya & RichWorks mampu melakukannya.
Namun proses ini bukannya berlaku dalam sekelip mata. Mereka ini trust the process, ikuti perjalanan, panduan dan hala tuju diberikan hingga mampu bina bisnes yang berjaya.
Saya dan RichWorks bukannya mengajar hanya untuk jalankan bisnes, tetapi bagaimana nak membina bisnes yang mampu bertahan.
Jika anda berada dalam keadaan stuck, tak tahu apa lagi boleh dibuat untuk berdepan isu dan cabaran yang saya sebut tadi, anda boleh berhubung dengan kami.
2 Comments
Ya memang Betul. Berlaku penurunan jualan kesan daripada kenaikan harga barang bahkan nilai duit semakin mengecil. Cash flow juga semakin menipis.
Betul Tuan.