Ada Butik Pakaian? 7 Tip Buat Anda

Ada butik pakaian? 7 tip buat anda

Zaza (bukan nama sebenar) susun tudung pucci design baru di atas rak di butik pakaiannnya. Sebahagiannya di gantung-gantungkan di sebelah shawl bewarna-warni. Zaza jalan-jalan di setiap lorong dalam butik kecilnya, sambil tengok-tengok setiap susunan pakaian dan tudung yang beraneka corak.

Sekali-sekala dia cuba angkat patung model yang dipakaikan Jubah keluarannya. Nak betulkan kedudukan dan bagi nampak lagi menarik. Nun di seberang sana, Zaza nampak Butik Nancy dah mula dimasuki pelanggan seawal jam 10 pagi.

Zaza pernah kira, dalam satu hari biasa, ada lebih dari 50 pelanggan yang memasuki Butik Nancy. Setiap yang keluar pasti akan bawa beberapa beg. Jika hujung minggu, lagi padat dan meriah…

Butik Muslimah Zaza? Nak dapat 20 orang sehari pun cukup susah… “Kenapalah agaknya?” Bisik Zaza sendiri. “Kedai aku ni busuk ke? Butik aku ni tak cantik? Apa yang silapnya?” Kadang-kadang, Zaza kecil hati.

Orang Melayu pun ada yang sanggup beli jubah dari Butik Nancy dan bukan dari Butik Muslimah sepertinya. Kenapa, kenapa kenapa….? Tak layak ke butik aku ni nak berjaya?

7 tip bagi peniaga butik pakaian :

  1. Rancang Promosi Ikut Kalender.

Zaza tengok bagaimana Cik Nancy buat promosi? Masa cuti sekolah, dia dah buat jualan khas untuk guru-guru nak dapatkan pakaian terbaik sebelum buka sekolah, kemudian terus sambung dengan promosi Tahun Baru dan promosi Tahun Baru Cina.

Dan pada setiap kali promosi, dia tukar pakaian yang dipakaikan pada patungnya. Ketika Promosi untuk guru, dia pakaikan baju yang sesuai dengan guru, pada Tahun Baru, warnanya lebih ceria dan untuk Tahun Baru Cina, dipakaikan dengan warna merah, dan warna yang terang.

Zaza ada buat macam tu ke? Rasanya macam sama je apa yang dipakaikan pada patung tu dari promosi raya dulu. Ambil kalender dan tengok bila tarikh cuti umum, bila tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan dan rancanglah promosi yang sesuai mengikut tarik tersebut.

Promosi hendaklah bermula awal, sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh perayaan dan hendaklah dimulakan dengan ‘online presence’. Gunakan platform media sosial anda untuk mula hebahkan tentang promosi, tapi perlu pandai gunakan ayat-ayat dan posting yang sesuai supaya tak terlihat sebagai terlalu nak menjual.

  1. Berikan Sentuhan Peribadi.

Kalau Zaza nak tahu, Cik Nancy tu selalu berikan khidmat nasihat tentang gabungan warna, cara pemakaian, nasihat tentang penampilan dan macam-macam lagi kepada pelanggannya. Dia menunjukkan dirinya sebagai seorang yang sangat arif dalam bidang fesyen.

Kadang-kadang, dia tolong beri cadangan pulak kepada pelanggan, untuk gabungkan tudung, baju, seluar, kasut dan beg tangan yang perlu digayakan. Cik Nancy bukan image consultant, tapi beliau sanggup belajar ilmu image consulting supaya beliau dapat sentuh hati pelanggannya dan tahu banyak perkara tentang fesyen supaya dia boleh jadi “Industry Leader”.

Zaza macam mana? Adakah Zaza bagi khidmat nasihat yang sama? Atau Zaza fikir ikut suka merekalah, janji beli je. Kalau Zaza nak tahu, kadang-kadang ramai pelanggan masuk kedai kita tapi mereka tak tahu nak beli apa, nak pilih yang mana dan apa yang terbaik untuk mereka. Bila situasi ini berlaku, inilah masa yang terbaik untuk kita berikan sentuhan peribadi kepada mereka.

  1. Bantu Pelanggan.

Tahu tak Zaza, hari tu pelanggan Cik Nancy beli satu jubah kosong dan minta Cik Nancy tolong jahitkan labuci. Kata pelanggan, ada majlis penting dia kena hadiri malam itu juga. Zaza tahu apa Cik Nancy buat? Terus dia carikan kawan-kawan yang boleh bantu untuk jahit labuci masa tu jugak! Hebat kan..

Zaza ingat tak hari tu, bila pelanggan beli Jubah dari Butik Zaza dan bila dia tanya ada tak perkhidmatan potong jubah yang labuh sangat? Dengan cepat je Zaza cakap takde, kami ni jual baju je tak buat servis lain…Ingat? Zaza ingat, dia nak datang balik tak? Mesti susah kan.

Kalau kena kat Zaza sendiri pun tak mungkin Zaza nak datang balik ke kedai yang sama. Kita berniaga untuk bantu pelanggan selesaikan masalah mereka. Kadang-kadang memang ada yang datang dengan masalah tak logik, tapi cubalah sebaiknya untuk bantu mereka. Educate mereka.

Bantuan yang anda beri boleh jadi sebab mereka akan rekomen perniagaan anda kepada keluarga dan kawan-kawan mereka.

  1. Tampil Bergaya.

Zaza oh Zaza…. Tengok bagaimana Cik Nancy kita datang ke kedai setiap hari dengan penuh bergaya. Beliau sendiri pakai apa yang dijualnya. Kakitangan Butik Nancy pun sangat bergaya, setiap hari ada tema warna yang mereka pakai.

Cara mereka melayan pelanggan pun sangat-sangat terbaik. Walaupun pelanggan tak beli, mereka masih bermuka manis dan menghantar mereka keluar dari butik sebaiknya. Ini zaman perniagaan yang sangat kompetitif. Ramai pesaing muncul setiap hari.

Zaza kena tanya diri sendiri, apa yang boleh Zaza buat untuk jadikan Butik Zaza lebih ‘outstanding’ dari pesaing. Itulah yang Cik Nancy kita buat hari-hari. Cari jalan untuk menjadi lebih baik dari segala aspek.

Zaza kena bangga dengan perniagaan sendiri, kerana ramai kat luar sana tak mampu dan tak berani pun nak berniaga. Jadi carilah ilmu untuk jadikan perniagaan Zaza terus berkembang baik.

  1. Kumpul Database.

Dari Zaza dok menghendap dan kira berapa orang masuk Butik Nancy, lebih baik Zaza kira sendiri berapa ramai orang masuk Butik Zaza. Inilah masalahnya. Ramai peniaga tak tahu berapa orang masuk kedai mereka, waktu bila ramai orang masuk, setiap kali orang masuk berapa jumlah wang yang dibelanjakan.

Zaza ada ambil database pelanggan yang masuk ke kedai, namanya, alamat emel dan nombor telefon? Jangan anggap tak penting ye, data ini semua yang bantu Zaza untuk bagitau mereka tentang promosi yang Butik Muslimah Zaza nak buat melalui WhatsApp, Emel atau SMS.

Dan dengan database ini juga Zaza boleh targetkan sesuatu promosi khas untuk pelanggan Zaza, juga boleh bagi loyalty card dan macam-macam lagi tawaran yang boleh diberikan dan jadikan mereka setia dengan Butik Zaza. Silap-silap mereka akan ajak kawan-kawan dan rakan-rakan pula untuk beli dari Butik Zaza.

  1. Ikhlas Memuji .

Memang tak dinafikan, pelanggan butik ni selalunya wanita dan wanita suka dipuji. Nak puji biarlah ikhlas, biar terasa di hati. Zaza ingat tak hari tu, Zaza puji kakak size XXL ni kurus bila dia cuba pakai baju size XL.

Nampak tak macam mana muka dia berubah? Dia pun dah rasa tak selesa dengan jubah size XL tu. Jadi kenapa Zaza tak cadangkan dia untuk cuba Jubah lain atau baju lain yang lebih sesuai. Kalau tak ada minta maaf aje lah.

Jangan terdesak sangat nak buat sales sampai, berikan pujian tak ikhlas. Cara kita berurusan dengan pelanggan adalah apa yang bakal menentukan adakah mereka akan datang lagi atau tak. Ingat tu ye Zaza…

  1. Jangan Berhenti Buat Marketing.

Butik Nancy tu tak pernah berhenti promosi, butik besar lain yang bertaraf antarabangsa pun tak pernah berhenti buat marketing jadi kenapa Zaza tak nak buat marketing untuk butk sendiri? Mahal?

Tak Zaza, jika Zaza tahu ilmu marketing, ada banyak sebenarnya strategi marketing yang tak perlukan kos tinggi dan boleh berikan pulangan yang tinggi. Masalahnya, Zaza tak ada ilmu berniaga dan ilmu pemasaran.

Zaza pun tak tahu pentingnya marketing, dan yang lebih penting Zaza tak tahu ke mana hala tuju perniagaan Butik Pakaian Zaza. Betulkan?

Kami nak bagitau je, sebab kami dah biasa dengar cerita dari orang lain yang sama dan senasib seperti Zaza, dan kami sendiri dah nampak dan dapat kisah kejayaan bila pemilik butik mula datang belajar dari Program Richworks.

Terpulang kepada Zaza dan anda semua, setinggi mana anda nak bawa perniagaan anda.

Artikel terbaru

2 Comments

  • saya ada butik pakaian yang sedang saya usahakan pada saat ini dan butik pakaian ini begitu memerlukan usaha untuk sentiasa memperagakan pakaian yang kita jual melayan pelanggan dengan baik agar kita memiliki pelanggan tetap

    • Team RichWorks

      boleh beri kami details untuk team Richworks menghubungi Cik puan terus atau boleh menghubungi kami di 0162477450 (Pn Izzati)

Leave a Reply