“The only to do great work is to love what you do” – Steve Jobs
Ketelitian, ramai orang suka buat kerja sambil lewa. Asal kerja siap, itu dah cukup. Mereka tak anggap kerja sebagai ibadah dan tanggungjawab yang harus ditunaikan. Bila anda buat kerja sambil lewa, kualiti yang anda dapat juga tak bagus.
Setiap kerja yang anda lakukan, hendaklah bersungguh-sungguh. Anda kena beri perhatian pada details. Contohnya, jika anda seorang penulis, setelah siap sesuatu artikel yang ditulis…anda kena check banyak kali untuk elakkan typo.
Anda kena teliti ketika menyemak penulisan anda. Bila dah semak banyak kali, tapi masih ada lagi kesilapan, cepat-cepat lah ke kedai cermin mata. Mungkin ada yang tak kena dengan mata anda, betul?
Tips untuk jadi orang yang lebih ketelitian dalam kerja yang anda lakukan :
- Elakkan tekanan (pressure dan stress)
Bukan susah nak bezakan orang yang bekerja dengan ketelitian atau tidak. Jika mereka banyak lakukan kesilapan, tambahan pula kesilapan yang sama, itu menunjukkan mereka buat kerja secara suka-suka dan asal siap.
Biasanya, kesilapan banyak terjadi bila seseorang itu nak cepat atau dalam keadaan tertekan. Mereka tidak dapat berfikir dengan waras kerana fikiran mereka tertekan dan dipengaruhi emosi, betul? Ini juga mungkin terjadi pada anda dan sesiapa sahaja.
- Cuba jadikan ia sempurna
Bila anda nak mulakan sesuatu kerja, pastikan anda bermotivasi untuk lakukan yang terbaik. Tidakkah anda rasa bangga bila hasil kerja anda mendapat pujian dan dihargai oleh bos dan rakan-rakan anda?
Tambahan lagi, bila kerja anda memudahkan orang ramai. Contohnya, jika anda seorang penulis, apa yang anda tulis menjadi rujukan pada ramai orang dan mereka berterima kasih dengan matlumat yang anda sampaikan. Jika anda mendapat pujian begini, tidakkan ia akan meningkatkan lagi hasil kerja anda dan anda akan beri yang terbaik lagi.
- Buat kerja dengan tersusun
Pastikan anda sudah ada perancangan dalam kerja anda. Contohnya, anda ingin siapkan kerja yang tertangguh. Jadi, bila anda datang kerja, fokus utama anda ialah nak selesaikan kerja yang tertangguh itu, betul? Anda kena susun jadual anda supaya anda boleh siapkan semua kerja seperti yang dirancang.
Bila anda dapat kerja baru, masukkan sahaja dalam list tersebut dan tulis bila ia diperlukan. Buatlah ikut dateline yang ditetapkan. Ini memudahkan kerja anda supaya anda tidak tertekan bila buat kerja.
- Pengurusan masa
Cara anda nak dapatkan details ketika kerja adalah, anda kena pandai menguruskan masa kerja dan hidup anda. Biar ia seimbang. Ramai orang tak dapat nak atasi tekanan hidup mereka.
Sebab itu anda dengar banyak kes seperti bunuh diri dan sakit mental, betul? Itu kerana mereka tak boleh nak berfikir panjang dalam membuat keputusan.
Anda kena set goals apa yang anda ingin buat dan utamakan tujuan anda. Lepas tu, buat jadual mengikut keutamaan anda tadi. Bahagikan kerja anda kepada bahagian yang kecil supaya mudah untuk anda selesaikan.
Paling penting, anda kena seimbangkan kerja anda supaya anda ada masa untuk berhibur dengan orang tersayang.
- Take a break
Ambil sedikit masa anda ketika bekerja dengan buat sedikit regangan badan. Bila anda bagi tumpuan pada kerja dengan sangat lama, anda akan mengantuk dan kerja anda juga semakin ke laut. Dengan regangan ini, ia akan kembalikan semula perhatian anda yang dah lari.
Bukan itu sahaja, anda boleh clearkan minda anda dengan minum secawan milo dicicah biskut. Lagi seronok bila anda buat di waktu petang sambil berborak dengan rakan sekerja. Tapi jangan terlebih pula.