50 Bisnes Online Yang Boleh Anda Mulakan

bisnes online

Bisnes online adalah satu urusan pemasaran, pembelian dan penjualan yang dijalankan secara atas talian melalui internet dan digital. Proses ini merangkumi pelanggan membuat pesanan untuk sesuatu barang melalui digital atau platform internet lain yang digunakan oleh peniaga untuk tujuan pemasaran.

Selalunya, pelanggan itu juga akan membuat bayaran secara online melalui kad kredit, perbankan internet, paypal dan sebagainya. Seterusnya penjual akan menghantar barang tersebut ke alamat pembeli melalui pos atau secara terus. 

Jika dulu, bisnes online terhad pada sesetengah jenis produk namun keinginan untuk mencari pendapatan sampingan telah mewujudkan banyak idea bisnes online untuk kita pilih. Bukan itu sahaja, bisnes online juga mempunyai banyak kelebihan berbanding bisnes konvensional yang lain. Antaranya adalah:

  1. Anda boleh mempromosikan dan memasarkan produk/servis bila-bila masa

Berbanding dengan perniagaan konvensional, bisnes online boleh beroperasi tanpa had masa. Pelanggan boleh membuat pembelian walaupun selepas waktu bekerja atau waktu perniagaan. Kempen promosi juga boleh ditetapkan bila-bila masa terutama di saat ramai pengguna online sedang melayari internet. Pendek kata, tiada kengkangan masa sehingga terpaksa keluar rumah, menempuhi aliran trafik kenderaan semata-mata untuk membuka kedai di luar seperti peniaga konvensional yang lain. 

  1. Kos murah dan ada kalanya tanpa kos langsung

Memandangkan bisnes ini adalah secara online, ianya tidak memerlukan tapak niaga atau sewa yang tidak berkaitan. Malah anda tidak perlu menggaji pekerja jika anda memulakan secara solo. Berbanding dengan bisnes konvensional, anda perlu memikirkan tapak niaga dan mungkin juga menanggung kos promosi. Sebaliknya, bisnes online bukan sahaja memerlukan kos yang murah untuk promosi malah kebanyakannya tiada kos langsung!

  1. Menjadi asas mula berniaga

Tiada sesiapa yang berniaga untuk menanggung kerugian, bukan? Kerana itu ramai yang takut untuk mula berniaga. Sebenarnya, bagi anda yang baru menceburi bisnes, ada baiknya anda mencuba bisnes online dulu. Selain dari kos murah, anda juga terhindar dari kerugian besar jika strategi anda salah. 

  1. Mula bila-bila masa

Jika anda sudah ada idea untuk berniaga online, anda boleh mulakan bila-bila masa. Anda tidak perlu turun padang mencari tapak niaga atau mencari pelanggan di luar. Sebaliknya, maklumkan sahaja perniagaan anda pada pengikut laman sosial anda. Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan kaji selidik pelanggan sasaran bila-bila masa melalui pengikut di laman sosial media anda. Ini berbeza dengan konvensional apabila peniaga perlu turun padang dan bersemuka dengan pelanggan. 

  1. Tidak memerlukan anda berada di kedai/gerai.

Kedai dan gerai anda hanyalah di hadapan komputer atau handphone di mana sahaja. Berbanding bisnes konvensional, jika peniaga tidak membuka kedai maka tiadalah pendapatan. 

  1. Sasaran pelanggan lebih luas

Sebagai peniaga konvensional, mereka selalunya mensasarkan pada penduduk setempat sahaja. Apalagi jika mereka tidak pernah mengiklankan perniagaan di media cetak atau papan iklan tepi jalan? Bagi peniaga online pula, sasaran mereka lebih luas malah jika mereka berniaga berpandukan misi dan visi yang betul, mereka mampu mencapai pengguna global.

Atas kelebihan ini, ramai peniaga konvensional beralih arah pada bisnes online sekaligus membuatkan bidang ini mengalami revolusi luar biasa. Seiring dengan peralihan ini dan bertambahnya peniaga baru, pasti anda tertanya-tanya apakah idea bisnes online yang boleh anda lakukan. Kami senaraikan 50 idea bisnes online di bawah untuk rujukan anda.

50 Bisnes Online Untuk Anda Pilih!

  1. Menjual makanan atau minuman

Asalkan anda mempunyai strategi pembungkusan yang kemas dan teliti, pastinya anda boleh menjual makanan dan minuman. Ini bagi memastikan  makanan dan minuman itu tidak mudah rosak atau tercemar ketika proses penghantaran. 

  1. Dropship

Walaupun tanpa modal, anda juga boleh berjaya dengan berniaga produk orang lain melalui dropship. Asalkan produk tersebut sememangnya memenuhi kehendak pengguna, pasti anda akan mampu menarik pelanggan melalui online.

  1. Review Produk di Facebook, Instagram, TikTok

Jika anda mahir mengumpul follower, apa salahnya anda berniaga dengan menawarkan khidmat review? Pasti ramai peniaga lain di luar sana yang ingin menggunakan populariti anda untuk menarik pelanggan mereka. Jadi, jangan sia-siakan tuah anda ini, iya!

  1. Menjadi penerjemah

Anda pakar banyak bahasa atau mungkin juga anda pakar terjemah? Gunakan kelebihan ini dengan menawarkan khidmat anda pada organisasi atau syarikat yang memerlukan pelbagai kepakaran bahasa untuk mereka menyampaikan maklumat pada sasaran lebih luas. 

  1. Pereka grafik

Kehendak peniaga atau pengguna media sosial untuk memberi paparan digital yang terbaik meningkat seiring dengan revolusi online. Tawarkan khidmat ini jika anda pakar dalam rekaan grafik. 

  1. Khidmat kejutan untuk hadiah hari jadi/ulang tahun.

Zaman sekarang, seseorang tidak perlu berada dekat antara satu sama lain untuk membuat kejutan. Malah ramai yang menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hadiah atau pesanan tahniah untuk insan tersayang. Ambil peluang ini dan iklankan servis anda secara digital untuk mendapat lebih sambutan.

  1. Penjual Kereta Komersial

Siapa kata bisnes online terhad pada produk kecil dan murah sahaja? Zaman sekarang, kereta pun anda boleh jual. Asalkan anda mendapat komisen dari syarikat yang betul dan dipercayai, apa salahnya anda menjadi ejen mereka dan iklankan kereta tersebut melalui online. 

  1. Penulis konten website atau media sosial

Anda pandai menulis dan tata bahasa anda tip top? Anda patut menjadi penulis konten secara online. Servis ini juga mendapat sambutan luar biasa sekarang untuk menyokong penggunaan website dan sosial media. 

  1. Fesyen

Anda minat fesyen dan pakaian? Mungkin anda boleh memasarkan produk ini melalui online. Tidak semestinya anda perlu mengeluarkan jenama sendiri, anda juga boleh menjadi pengedar jenama sedia ada. 

  1. Menjual aksesori telefon

Asalkan anda tahu menggunakan platform digital untuk peniaga, anda boleh berniaga apa sahaja termasuk aksesori telefon. Pastikan maklumat dan manual penggunaan aksesori itu lengkap untuk menarik pelanggan anda.

  1. Produk kecantikan atau kesihatan

Ini adalah produk yang paling banyak dijual di platform online namun tidak salah anda mencubanya. Ini kerana, produk ini sentiasa mempunyai sasaran luas dan sambutan luar biasa jadi anda juga pasti mampu menjana pendapatan dari bisnes ini.

  1. Tuisyen Online

Jika dulu, tuisyen perlu dilakukan secara bersemuka. Namun berbeza sekarang. Dengan teknologi digital dan lambakan aplikasi untuk berhubung, anda boleh mengajar tuisyen hanya dari rumah.

  1. Bisnes Percetakan Pakaian

Anda mempunyai peralatan mesin cetak? Apa salahnya anda tawarkan servis ini pada peniaga pakaian? Luaskan kreativiti anda, pasti servis ini mendapat sambutan.

  1. Penulis Resume

Ini pula boleh dilakukan untuk membantu orang ramai yang memerlukan pekerjaan. Tidak semua yang tahu menulis resume dengan berkesan jadi mereka mungkin memerlukan khidmat anda.

  1. Jurugambar produk/servis

Salah satu masalah peniaga di luar ialah tiada gambar yang menarik untuk memaparkan produk mereka di media sosial. Tawarkan khidmat ini jika anda berbakat dan pandai mengambil gambar yang cantik.

  1. Pereka Laman Web

Bisnes online berkembang pesat begitu juga permintaan untuk membina laman web. Laman web yang bagus akan memudahkan sesuatu brand menyerlah dari brand yang lain. Gunakan kemahiran anda dan dapatkan pelanggan dari golongan peniaga melalui bidang rekaan laman web ini.

  1. Pembeli Barangan Secara Peribadi (Personal Shopper)

Bukan sahaja peniaga, pelanggan sekarang juga lebih suka melakukan pembelian secara online. Khidmat personal shopper mendapat sambutan menggalakkan di mana mereka cuma perlu membuat pesanan dan selebihnya diuruskan oleh personal shopper ini.

  1. Mengadakan Kursus Online

Apa saja bidang anda mahir secara bertauliah, anda boleh mengiklankannya di online dan jika ada yang berminat untuk mendalami kemahiran anda, anda boleh mengadakan kursus online melalui syarikat anda nanti. Jangan lupa berikan sijil yang menandakan mereka komited menyertai kursus anda!

  1. Perkhidmatan Digital Marketing

Apabila bisnes online mendapat permintaan luar biasa, bidang digital marketing juga menjadi keperluan pada sesebuah syarikat. Lebih-lebih lagi jika mereka tiada staf yang berkemahiran untuk bidang ini. Tawarkan khidmat anda jika digital marketing adalah bidang kepakaran anda. 

  1. Editorial

Bagi mereka yang perlu membuat tesis atau buku, mereka memerlukan editor untuk memeriksa setiap patah dan baris ayat dari penulisan mereka. Editor akan memastikan semua format dan ejaan tiada kesilapan untuk membolehkan buku dan tesis diterbitkan. Jadikan bidang ini sumber pendapatan untuk mereka yang memerlukan khidmat teliti ini.

  1. Membaiki Telefon dan Komputer

Kedengaran mustahil namun bisnes ini wujud secara online. Caranya, telefon yang rosak dihantar secara pos untuk diperbaiki dan peniaga membaiki kerosakan sebelum menghantarnya kembali pada pengguna. Syaratnya, anda haruslah boleh dipercayai untuk membaiki kerosakan. Jadi tunjukkan kelebihan anda membaiki telefon dengan berkongsi di sosial media secara live.

  1. Kaunseling/motivasi

Sesi ini boleh dilakukan secara online dan kebanyakan pelanggan lebih selesa kerana mereka tidak perlu tampil secara berdepan. Ada ramai pakar motivator sekarang memilih untuk berniaga secara maya.

  1. Bisnes coach

Jika anda terbukti menghasilkan ramai peniaga berjaya, apa salahnya anda mencuba pula bidang ini? Namun pastikan anda juga mempunya coach bisnes anda supaya anda tidak silap dalam memberi bimbingan. Sebenarnya, sehebat mana anda membimbing, anda masih memerlukan guru untuk membimbing anda kembali. 

  1. Ajar mengaji Al-Quran

Bisnes ini juga mendapat sambutan luar biasa malah ada peniaga telah menghasilkan jutaan ringgit. Dengan menggunakan online, membaca Al-Quran ini boleh diajar secara live di mana sahaja pelanggan anda berada. Malah anda boleh mewujudkan kumpulan pelajar anda di aplikasi Telegram di mana mereka boleh merujuk pada anda pada bila-bila masa.

  1. Khidmat spa

Siapa kata nak buat khidmat spa kena ada pusat spa? Anda sebenarnya boleh memasarkan khidmat ini menggunakan online dan melaksanakan servis spa ini di rumah pelanggan anda. Bisnes ini dipanggil mobile spa di mana pelanggan hanya perlu menempah servis anda dan seterusnya menetapkan temu janji di rumah mereka sendiri.

  1. Jual e-book

Menjual e-book adalah satu bisnes tanpa kos dan hanya memerlukan bakat! Jika anda pandai menulis, terbitkanlah e-book dan pasarkan secara online. Begitu juga jika anda mampu mencari penulis berbakat. Pelawa mereka berkolaborasi dan terbitkan buku digital untuk anda pasarkan. Jangan lupa untuk mendaftarkan ISBN buku terbitan anda dan penulis lain agar tiada isu cetak rompak.

  1. Ejen pekerjaan

Jika anda ada kemahiran multimedia, tubuhkan satu platform online untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan dan jadilah ejen pada syarikat yang sedang mencari pekerja ini. 

  1. Ejen hartanah / rumah

Untuk menjadi ejen hartanah, seseorang itu perlu pandai meyakinkan sasaran dan pelanggan. Jika suatu ketika dulu, bakal pembeli perlu datang ke rumah contoh untuk menilai rumah tersebut. Ini berbeza dengan sekarang di mana bakal pembeli boleh menonton melalui video secara maya. Gunakan platform online dengan strategi yang betul agar anda mendapat hasil keuntungan dalam bidang ini.

  1. Peniaga handphone

Tidak semestinya pelanggan perlu ke kedai handphone untuk memilih jenama idaman mereka. Malah anda boleh mengiklankannya melalui online. Tambahlah sedikit kreativiti dengan berkolaborasi bersama syarikat rangkaian komunikasi untuk merancang pakej bayaran ansuran.

  1. Buka platform online untuk produk orang lain

Tidak semua peniaga pandai mengendalikan platform online untuk produk mereka. Kumpulkan peniaga ini dalam satu platform digital jika anda pakar mencipta platform ini dan sekaligus mengendalikan untuk mereka. Mana tahu, anda bakal mewujudkan platform yang popular seperti Shopee dan Lazada?

  1. Khidmat cuci rumah

Anda boleh menawarkan secara online servis ini buat pelanggan yang tidak suka mengupah pembantu rumah tetap. 

  1. Pembungkusan produk

Dengan berurusan secara online, anda boleh mendapat pelanggan dari syarikat yang memerlukan pembungkusan untuk produk mereka. Lakukan secara kecil-kecilan dulu. Jika bisnes anda berkembang, mungkin anda mampu menjadi pengeluar pembungkusan produk untuk bisnes orang lain.

  1. Khidmat pengangkutan

Kalau anda mempunyai kenderaan berat atau kereta yang sesuai, apa salahnya anda menawarkan khidmat ini? Sekurang-kurangnya pengguna mempunyai pilihan jika mereka dalam urusan pindah barang atau perabot.

  1. Moderator Group Facebook

Anda hanya perlu menjadi admin dan tetapkan topik yang paling digemari. Apabila pengikut bertambah, anda mempunyai sasaran yang anda inginkan untuk mereka yang ingin mengiklankan produk di laman anda.

  1. Konsultan Pelancongan

Jangan risau jika anda pernah gagal dalam agensi pelancongan. Apa kata anda cuba pula menjadi konsultan? Ramai yang memerlukan bimbingan untuk melancong dan anda boleh memberi khidmat ini pada mereka melalui blog anda. 

  1. Chef Online

Chef online tidak bermaksud anda masakkan dan hantar pada mereka. Tetapi anda boleh tunjukkan skill memasak anda dan kongsi resepi. Dengan sambutan yang anda dapat, mungkin anda boleh membuat review produk orang lain dan mungkin juga mampu mengeluarkan produk sendiri.

  1. Andaman online

Anda berbakat dalam bidang solekan? Kongsikan skill anda di sosial media dan kumpulkan pengikut anda dari situ. Nanti bila sudah ada nama, apa sahaja anda gunakan untuk solekan akan menjadi pilihan mereka. Boleh juga anda buat review berbayar, kan?

  1. YouTube Video Content creator

Anda pakar buat video? Jadilah YouTube content creator di mana anda boleh memasarkan macam-macam produk, buat review dan kongsi ilmu dengan pengguna YouTube lain.

Anda boleh baca kisah budak yang menjadi jutawan hasil daripada youtuber channelnya. Boleh baca di sini.

  1.  Khidmat nasihat/ jualan saham

Sekarang ini, semakin ramai yang berani melabur dalam saham. Jika anda pakar saham, apa kata anda tawarkan khidmat nasihat dan bimbingan pada mereka?

  1. Akauntan bertauliah

Tidak semua syarikat mampu menggajikan akantan yang betul berkemahiran untuk menstrukturkan kewangan syarikat. Malah, untuk membayar akauntan bagi tujuan audit memerlukan kos yang lumayan. Jika anda ada kelulusan tinggi bidang akaun ini, gunakan platform online untuk menawarkan servis anda.

  1. Kontraktor hiasan dalaman

Tawan hati pelanggan dengan memberikan contoh hiasan dalaman yang pernah mendapat sentuhan anda. 

  1. Jual perabot

Lakukan live berterusan jika anda pakar menghasilkan perabot. Jika anda benar-benar pakar, lambat laun pasti akan ada pembeli yang berminat.

  1. Yayasan Kebajikan

Siapa kata berniaga online untuk keuntungan peribadi semata-mata? Jika anda pemilik yayasan kebajikan dan memerlukan dana untuk mengembangkan lagi yayasan anda, apa salahnya anda mendedahkan perjuangan yayasan anda melalui online? 

  1. Gunting rambut

Seperti spa secara online, khidmat gunting rambut juga boleh diperkenalkan melalui online. Tunjukkan kemahiran anda dan jika ada yang berminat, anda boleh pergi ke rumah pelanggan untuk menjalankan servis anda. Jangan lupa untuk mengira sekali kos pengangkutan untuk mengelakkan anda rugi.

  1. Khidmat menjahit

Jika dulu, untuk menempah baju, pelanggan perlu ke butik tukang jahit. Sekarang, tidak lagi. Asalkan mereka dibimbing cara ukuran, anda boleh menjahitkan pakaian yang mereka inginkan.

  1. Khidmat cuci kereta

Seperti khidmat gunting rambut dan spa, anda juga boleh menawarkan servis ini di sosial media.

  1. Jual pokok dan baja

Dengan strategi pembungkusan yang betul untuk elak kerosakan ketika penghantaran, pokok pun anda boleh jual. Bukan itu saja, anda boleh jual baja dan juga tanah untuk tanaman dengan cara mengiklankannya di online.

  1. Barang basah

Bisnes ini sangat menarik kerana ia kedengaran mustahil untuk dilaksanakan. Tetapi, jika anda tahu cara sejuk beku yang betul dan mempunyai pembekal, anda boleh jadi orang tengah untuk memasarkan produk barang basah melalui online!

  1. Khidmat nasihat guaman/ syariah

Ramai yang memilih untuk tidak bersemuka terutama untuk mendapatkan nasihat guaman dan juga syariah. Tawarkan khidmat ini jika anda pakar undang-undang.

  1.  Jual beli haiwan peliharaan

Jangan tidak percaya, jika anda tahu strategi yang betul, ikan peliharaan pun anda boleh pasarkan pada pelanggan anda melalui online! Bukan itu sahaja, ada juga yang melakukan jual beli haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Sebenarnya, ada banyak lagi idea perniagaan online yang boleh anda cuba. Yang penting, anda harus kreatif bagi tujuan penghantaran dan juga promosi terutama di sosial media.

Jangan lupa juga untuk daftarkan perniagaan anda dengan cara yang betul untuk memudahkan perniagaan anda berkembang kelak. Dalam pada itu, nak ketahui 7 strategi tingkatkan bisnes online anda boleh klik di sini.

Artikel terbaru

15 Comments

Leave a Reply