ANDA RASA ANDA MAMPU HADAPI CABARAN EKONOMI YANG SEMAKIN KRITIKAL SEKARANG?
Soalan ini mungkin buat anda sakit kepala memikirkannya.
Bagaimana pula keadaan ekonomi di masa hadapan, adakah mencabar seperti tahun 2020? Mampukah kita terus survive? Adakah anda betul-betul bersedia untuk kembali bangkit dan menyaksikan perkembangan bisnes?
Kadang-kadang perkara ini mungkin tak pernah terlintas langsung di fikiran anda. Sesetengah orang akan berpegang dengan pendirian, “Alah, just go with the flow, relax sudah…”
Jangan! Anda perlu tahu apa yang sedang berlaku di negara ketika ini terutamanya anda yang menjalankan perniagaan. Lagi-lagi pula anda adalah seorang pemilik perniagaan. Banyak perkara yang perlu anda tahu dan ambil perhatian.
Cabaran Ekonomi
Walaupun kita berdepan krisis ekonomi tahun ini, tidak bermaksud setiap individu dan sektor di Malaysia akan menjadi susah. Pun begitu, jangan pandang enteng.
MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman pernah berkata, keadaan Malaysia ketika ini agak memberikan cabaran. Negara kita terhutang banyak dan sumber pendapatan negara datangnya dari cukai.
Cukai adalah sumber utama pendapatan negara yang menyebabkan kita perlu tanggung dan bayar kos perkhidmatan gaji, perkhidmatan awam yang boleh gunakan untuk bangunkan infrastruktur.
Dan bila start pembangunan ini berlaku, ia akan merangsang lagi ekonomi dan bila ada pembangunan maka akan menyebabkan orang bisnes dapat projek dan mereka boleh bayar pekerja seterusnya mereka juga akan bayar cukai. Maka kitaran ekonomi ini akan berlaku.
Apa yang berlaku ketika ini adalah hutang meningkat, cukai berkurang, sumber kurang dan dengan kekangan ekonomi. Projek pula ada diberhentikan, syarikat yang bayar gaji pekerja tak berlaku dan slow down dan kesannya ada syarikat yang terpaksa buang pekerja untuk mengurangkan kos operasi malah ada yang akan tutup.
Duit di pasaran pulak berkurangan sebab bajet dan kalau kita lihat secara ekonominya, ini adalah perkara yang tak bagus melainkan yang kita dah sedia dengan strategi dan ilmu untuk survive dan grow.
Ada syarikat yang akan survive tapi mereka ini akan bersaing antara satu sama lain. Orang akan mula memilih. Nak berjimat kerana bila orang dah mula berbelanja, mereka akan lebih memilih.
Kalau ada bisnes, ini akan lebih mencabar. Ramai orang akan berbisnes kerana ekonomi dan pesaing akan ramai dan kalau anda tak bersedia, ia akan jadi sangat mencabar.
2021 bakal jadi lebih mudah jika anda betul-betul dan bersedia dengan pelan yang betul.
Jadi anda patut dah mula fikir dan rancang apa yang perlu dilakukan pada tahun hadapan. Jika anda adalah pemilik perniagaan, anda mesti perasan yang pelanggan semakin hari semakin berkurang.
Betul betul? Atas sebab apa? Anda jangan ambil mudah. Fikir dan cuba rancang bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk datang membeli produk anda.
Jika anda pelabur, tidak kira sama ada yang berprofil tinggi, rendah atau sebagainya, dengan ekonomi yang tidak stabil ini pasti menyebabkan anda sukar untuk tidur malam kerana kesukaran membuat keputusan sama ada anda perlu menjual, membeli atau menyimpan pelaburan anda. Maka, anda perlu cari jalan penyelesaian yang dapat membantu.
Dan yang terakhir, jika anda seorang pekerja, pastikan anda sedar tentang keadaan ekonomi yang kurang stabil kini yang boleh memaksa majikan anda untuk mengecilkan bajet secara drastik dan pasti akan mengancam karier anda.
Jadi apa yang boleh dilakukan anda? Jangan hanya duduk menongkat dagu sahaja! Dalam keadaan ekonomi ketika ini, anda perlu ‘kreatif’ untuk menjalani hari-hari mendatang!
1 Comment
[…] harapkan ekonomi negara semakin pulih, kita sendiri kena main peranan masing-masing, berusaha untuk pastikan ‘ekonomi […]