Nak Pergi Jauh Dalam Bisnes?

Nak pergi jauh dalam bisnes?
Nak pergi jauh dalam bisnes?

Selalunya kita dengar kata-kata ‘90% rezeki banyak datang dari hasil berniaga’. Memang bagus kita tengok makin ramai orang yang berniaga sekarang ni tak kira usia atau apa pun barang yang dijual. Daripada rakyat biasa sampailah kepada orang-orang ternama, semua ada bisnes sendiri.

Tapi, ramai orang yang fikir dia berniaga dan jual beli hari-hari sebab nak ‘survive’. Sudah tentu, perkara tu betul…Untuk orang yang baru nak berniaga, baru mulakan bisnes sendiri. Tapi kalau usahawan yang dah bertahun? Takkanlah masih lagi fikir nak survive saja.

Setiap bisnes mesti ada peningkatan.

Pada satu sesi khas dari Inner Circle Meeting (ICM) bersama Titanium sebelum ini, kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, “Setiap bisnes mesti ada peningkatan, ada tanda-tanda peningkatan yang mungkin ramai usahawan tak perasan”.

Sudah tentu, setiap bisnes yang wujud dan ada dalam dunia ini bermula dengan ‘sorang-sorang’. Dengan bermula sorang-sorang, kita takkan mampu buat semua perkara sendiri kalau nak pergi lebih jauh. Bak kata MenThor Dr Azizan Osman sendiri, “Jangan cuba buat semua benda”.

Nak Pergi Lebih Jauh, Jangan Pergi Sorang-Sorang…Bahaya!

“If You Want To Go Fast Go Alone If You Want To Go Far Go Together”

Zaman sekarang ni memang senang nak menjual beli, tapi susah nak sustain dan bawa bisnes lebih jauh daripada tahap sekarang. Nak berubah dari biasa-biasa kepada luar biasa memang susah, sampai ada yang kena try and error.

Bagi Co-Founder RichWorks, Datuk Zafrol Rizal juga beri pandangan semua usahawan kena pilih sama ada nak ‘survive or thrive’ atau dalam erti kata lain – nak kekal biasa atau nak pergi lebih jauh. Setiap usahawan kena tanya ini pada diri mereka sendiri.

Sebab itu setiap syarikat atau bisnes yang nak berada pada tahap yang lebih jauh dan lebih tinggi lagi kena main game yang berbeza, kena ada team yang ramai.

Pilihan di tangan anda, untuk terus kekal pada tahap sama, sudah pada zon selesa ataupun mahu ke tahap lebih tinggi dalam membina bisnes berjaya hingga dikenali orang ramai bukan saja dalam negara bahkan luar negara suatu masa nanti.

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply