Kalau anda berpeluang jumpa duit emas secara tiba-tiba, apa anda akan buat? Jual? Simpan? Bagi orang? Atau mungkin anda nak tanam semula dengan harapan orang lain pula jumpa?
Kadang-kadang, dalam hidup ni akan bagi kita peluang. Tapi yang tentukan kita berjaya atau tak, bukan semata-mata peluang itu. Apa kita buat dengan peluang itulah yang menjadi penentu masa depan dan hala tuju kita.
Kisah dua lelaki jumpa duit emas
Kisah ini bermula di sebuah kampung yang agak jauh dari kemodenan. Ada satu rumah lama dan orang kampung pun jarang lalu kat situ. Pada suatu hari, ada dua orang lelaki cuba mencari rezeki dengan menggali tanah di bawah rumah usang tersebut.
Tanpa peralatan canggih, mereka menggali hanya menggunakan tangan. Kebetulan baru lepas hujan, jadi tanah lembut dan mudah untuk digali.
Setelah menggali beberapa jam, mereka telah terjumpa dua keping syiling emas yang besar dan berat. Bayangkan, selepas penat menggali, berpenat dan berpanas, hasilnya sekeping syiling emas ada di tangan setiap seorang. Rezeki terpijak, orang kata.
Lelaki pertama: Rasa dah kaya
Bila emas dah ditangan, apa pilihan yang anda akan ambil?
Lelaki pertama rasa macam dunianya dah berubah dan rasa dah kaya. Tanpa berlengah lagi, dia terus ke bandar untuk makan di restoran paling mahal, beli baju baru, tukar telefon mahal yang selama ni dia hanya dapat tengok di iklan sahaja.
Dalam fikirannya, “Inilah hidup baru aku!” Tapi realitinya? Tiga hari je, duit dah habis. Hati mula resah. Apa yang tinggal? Sekeping resit dan perasaan menyesal.
Dia kembali kepada kehidupan asal, tapi rasa lebih perit sebab rasa ‘dah rasa kaya’, tapi tak dapat kekal di situ.
Lelaki kedua: Cari ilmu dulu, baru buat tindakan
Lelaki kedua pula, dia tak buat apa-apa tindakan yang drastik. Malam tu, dia tak tidur lena. Bukan sebab risau nak beli apa dengan syiling emas tersebut, tapi sebab berfikir apa lagi yang dia boleh buat dengannya. Kalau belanja semua macam lelaki pertama, habislah.
Keesokan harinya, dia cari seorang Pakcik tua yang pernah menjadi pelombong emas. Lelaki tu tunjukkan syiling emas yang ditemui. Selepas tengok, Pakcik tu berkata:
“Syiling emas ni bukan untuk dihabiskan, tapi gunakan untuk buka lebih banyak jalan rezeki. Jangan ulang kesilapan ramai orang. Beli alatan dan gali lebih dalam. Usaha untuk gandakan lagi rezeki.”
Setelah mendengar kata-kata Pakcik tadi, lelaki itu ambil keputusan gunakan syiling emas itu untuk beli makanan cukup untuk dua minggu. Yang selebihnya? Dia beli cangkul, penyodok, dan kereta sorong.
Usaha lebih dalam
Dua minggu kemudian, mereka datang semula ke rumah usang tempat syiling emas ditemui.
Lelaki pertama cuba korek balik tanah, masih lagi tanpa alatan. Hanya tangan sahaja ‘alatan’ yang dia ada. Lelaki kedua pula, dengan alatan yang dia ada, dia berjaya gali lebih dalam dan menemui lebih banyak syiling emas.
Dia jual syiling emas yang ditemui dan berjumpa semula dengan Pakcik tua tadi. Pakcik itu berkata lagi:
“Bagus! Gunakan keuntungan itu untuk beli peralatan lebih baik dan jangan berhenti di sini.”
Sekali lagi dia mendengar nasihat Pakcik yang dah ada pengalaman lama dengan melombong emas itu. Kali ini, lelaki kedua beli peralatan menggali yang lebih canggih dan moden. Dia berjaya menemui lebih banyak emas.
Akhirnya, lelaki kedua membuat keputusan untuk membeli tanah rumah usang itu. Dia memasang pagar dan meletakkan papan tanda, “HARTA PERSENDIRIAN. DILARANG MASUK!”
Lelaki pertama datang lagi, tapi kali ni dia cuma mampu tengok dari luar pagar kerana dia tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan itu.
Perbezaan yang berjaya dan gagal
Kalau kita fikirkan semua, lelaki pertama dan kedua telah mendapat peluang yang sama. Mereka berdua jumpa syiling emas di kawasan yang sama dan ada pilihan yang sama.
Tapi kenapa seorang dari mereka boleh berjaya, dan seorang lagi gagal? Sebab perbezaan mereka bukan pada nasib, tapi pada…
- Cara mereka berfikir
- Pilihan yang mereka buat
- Apa tindakan mereka selepas dapat peluang
- Dari siapa mereka belajar
Realiti dunia usahawan hari ini
Kalau kita tengok dunia bisnes hari ini, ramai usahawan sebenarnya pernah ada “syiling emas” masing-masing. Ada yang mula bisnes guna duit KWSP, ada yang guna duit simpanan, ada yang dapat geran kerajaan, duit pencen, pinjam duit kawan dan tak kurang juga yang dapat bantuan dari keluarga.
Tapi ramai juga yang sekarang tengah struggle sebab tak gunakan modal dengan betul. Dah mula berniaga, tak tahu nak buat apa seterusnya. Bisnes jalan tapi untung tak nampak kerana tak cukup ilmu.
Dan bila benda ni jadi, mereka pun patah semangat. Rasa macam “aku tak dilahirkan untuk bisnes.” Tapi sebenarnya, bukan salah bisnes dan bukan juga salah rezeki yang mereka dapat.
Cuma cara kita gunakan peluang, itu yang tentukan jalan seterusnya.
Ada modal dan ilmu, kenapa masih gagal?
Bila tak ada perancangan, bila tak tahu nak buat apa, modal setinggi gunung pun akan runtuh macam tu je.
Sama macam lelaki pertama tadi. Dapat peluang, terus nak ‘enjoy’ walaupun bisnes belum stabil. Dapat hasil sikit, terus nak belanja besar. Tapi yang kekal dan berjaya lama ialah mereka yang berhenti sekejap, fikir, cari ilmu, cari mentor, dan buat dengan strategi.
Sebab tu kita selalu tengok, ada orang mula kecil-kecilan je. Jual makanan tepi jalan, jual tudung dari rumah, mula dengan modal RM200, tapi bila cara fikir dia betul, dia boleh berkembang jadi usahawan berjaya.
Transformasi360 untuk ubah nasib bisnes
Program Transformasi360 bukan untuk ‘jual impian’. Tapi untuk bantu usahawan ubah cara fikir, susun semula hala tuju bisnes dan berani buat keputusan bijak, bukan keputusan panik.
Dalam program ni, kita akan:
- Bongkar kenapa ramai stuck walaupun dah join banyak kelas
- Tunjuk macam mana nak urus bisnes walaupun ada team kecil
- Ajar strategi grow bisnes dari dalam, bukan sekadar marketing luar
- Dan paling penting, bantu anda reset diri sebagai usahawan supaya tak ulang silap sama
Kalau hari ni anda rasa anda macam lelaki pertama yang pernah dapat peluang tapi tak guna dengan betul. Pernah rasa yakin, tapi tiba-tiba jatuh balik. Atau mungkin sekarang anda sedang gali ‘tanah’ dengan tangan kosong, harap ada emas datang lagi sekali.
Jangan tunggu! Kalau anda nak ubah hidup dan bisnes anda, kena ubah cara fikir dan bertindak.
Bertindak macam lelaki kedua yang tenang, berilmu dan buat strategi untuk kejayaan yang lebih besar. Supaya nanti anda bukan sekadar jumpa emas, tapi boleh gali sendiri lombong emas anda.