Kalau takut gagal jangan buat bisnes. Tapi ketakutan itu adalah normal untuk manusia biasa kerana ketakutan seperti arus yang mengalir sepanjang hidup kita.
Kita tak boleh elak dan kita juga tak boleh biarkan ketakutan kuasai diri sehingga menghalang untuk capai matlamat.
Apakah cara terbaik untuk menangani ketakutan agar ia tidak kuasai diri?
1. Kenal pasti punca kebimbangan
Jika hidup dalam ketakutan, kebimbangan akan meningkat dan anda akan sentiasa memikirkan tentang kebimbangan tanpa banyak ambil kira apa di sebalik kebimbangan tersebut.
Untuk berhenti hidup di dalam ketakutan, anda kena tahu apa perkara yang menimbulkan rasa kebimbangan itu. Senaraikan kebimbangan anda seperti takut tak ada sales, takut tak mampu bayar gaji staf, takut bisnes tak boleh nak sustain dan macam-macam lagi.
Selepas itu, kenal pasti pula apa yang boleh menghilangkan rasa bimbang tersebut. Daripada senarai ini, anda akan nampak bagaimana nak keluar daripada ketakutan itu.
2. Lihat peluang bukan halangan
“Live doesn’t happen to you, it happens for you” – Tony Robbins
Fahami dengan mendalam quotes di atas. Apabila anda melihat dunia sebagai tempat mencari peluang dan bukannya halangan, anda tidak akan biarkan ketakutan mengawal diri.
Sebaik sahaja anda dapat mengenal pasti punca kebimbangan anda akan sedar bahawa anda punyai pilihan. Anda boleh terus hidup dalam ketakutan atau kawal hidup anda dan belajar untuk berhenti hidup dalam ketakutan.
3. Berhenti beri alasan
Kita sentiasa memberi alasan untuk mengelak daripada menghadapi masalah. Apabila kita mula berselindung di sebalik alasan, kita akan mula memperlahankan langkah untuk maju ke hadapan.
Orang yang sering beri alasan adalah orang yang selesa menghindar diri daripada menghadapi cabaran.
4. Jangan berputus asa
Orang yang sering putus asa percaya bahawa capai matlamat adalah di luar kemampuan mereka dan akan terus hidup dalam ketakutan. Mereka sering fikir bahawa matlamat mereka tak akan tercapai dan akhirnya mereka tidak lagi peduli.
Manakala orang yang paling berjaya menganggap kebolehan mereka sebagai fleksibel. Apabila hampir gagal, mereka akan bekerja dengan lebih keras.
Mereka akan terus mencari penyelesaian dan tak akan berputus asa untuk capai matlamat.
5. Belajar terima ‘kesakitan’
Tiada siapa yang berjaya tanpa halangan. Pengalaman menyakitkan membantu memperjelas apa yang anda perlu dan tidak dalam hidup ini.
Kita perlu menyesuaikan diri untuk terima kekuatan dalaman dan gunakan setiap pengalaman sebagai alat bantuan pelajari sesuatu yang baru dalam hidup. Orang yang berjaya tak akan berjaya tanpa belajar untuk berhenti hidup dalam ketakutan.
6. Kekalkan mindset positif
Ketakutan sukar wujud dengan emosi positif. Ada individu tak boleh rasa takut dan gembira dalam satu masa yang sama.
Namun anda boleh gantikan dengan kesyukuran. Apabila bersyukur, anda sedang mengalihkan fokus daripada negatif ke arah positif.
7. Keluar dari masa lalu
Orang yang hidup dalam ketakutan sering hidup di masa lalu atau masa hadapan. Kita biarkan kesilapan lalu menghantui dan mempengaruhi keputusan masa depan. Kita juga takut untuk menghadapi masa depan hingga terlupa menikmati hidup sekarang.
“Masa lalu tidak sama dengan masa depan melainkan anda tinggal di sana” – Tony Robbins
Berhenti fikirkan kebimbangan masa lalu yang dah berlalu dan masa depan yang belum pasti.
Sedia untuk belajar
Jika nak keluar dari ketakutan, sentiasa ingat dalam kepala bahawa impian lebih penting daripada ketakutan terhadap kegagalan. Kuasai ketakutan anda dan mula wujud sebagai versi diri yang paling gembira dan berjaya.