Syarikat produksi disaran memperuntukkan sejumlah bajet bagi tujuan pengiklanan dan promosi filem, selain tidak terlalu bergantung dana pemasaran yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim, berkata tanpa pelan promosi kondusif, jangka hayat sesebuah filem di pawagam tidak mampu bertahan lama.
Menurut Profesor Dr. Md Nasir pembikin filem tempatan perlu mencontohi produksi luar negara yang bukan sahaja sanggup mengeluarkan bajet besar menerbitkan filem, malah dari segi pengiklanan dan promosi.
Produksi di Hollywood, mereka memperuntukkan sebanyak 100 peratus khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi.
Bukan filem sahaja yang memerlukan pemasaran yang betul, begitu juga dengan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan.
Jom kita pelajari 3 strategi pemasaran berkesan.
1. Tetapkan sasaran pelanggan
Sebelum memulakan sebarang kempen pemasaran, tetapkan dahulu siapa sasaran pelanggan kita.
Kenal pasti umur, jantina dan latar belakang prospek terlebih dahulu. Elakkan daripada melakukan pemasaran peluru bertabur, iaitu mensasarkan semua orang menjadi pelanggan.
Hakikatnya itu tidak berlaku. Dalam pemasaran, mengenal pasti sasaran dapat membantu kita menghasilkan kempen pemasaran yang tertumpu dan persuasif.
Semakin jelas sasaran pelanggan, semakin mudah untuk kita menjadikan kempen pemasaran sebagai magnet tarikan pelanggan.
2. Kaji masalah kritikal
Pemasaran yang bagus adalah pemasaran yang menggunakan masalah pelanggan sebagai senjata.
Ini kerana bisnes yang wujud hari ini adalah berpunca daripada masalah yang berlaku.
Dalam masa sama, penting untuk usahawan mengenal pasti masalah kritikal yang berlaku dalam diri pelanggan.
Lebih mendalam pemahaman kita terhadap masalah pelanggan, lebih mantap kempen pemasaran.
3. Masalah sebagai mesej pemasaran
Sebaik sahaja kita sudah mengenal pasti masalah pelanggan, tiba masanya untuk mewujudkan pekara paling penting dalam pemasaran, iaitu mencipta mesej berpengaruh.
Sebelum melaksanakan sebarang kempen, kaji dan lihat semula mesej pemasaran kita. Jika tidak, padah nanti.
Tak kira pemasaran secara zero kos marketing atau berbayar yang penting anda mempunyai ilmu.
Dengan ilmu, anda boleh melakukan pemasaran dengan tetap dan mengelak daripada kerugian.
Dah labur banyak untuk pemasaran, tapi tak dapat apa-apa untung. Bahaya begitu!
Tuntutlah ilmu, pasti anda dapat lakukan dengan baik dan memberi pulangan seperti yang di diharapkan.
1 Comment
I’m lecthumy