Nama Taylor Swift sememangnya tidak asing lagi dalam industri. Memiliki pengaruh yang besar di seluruh dunia, beliau ketika inisetiap mengujakan para peminat dengan buah tangan terbaruny
Baru sahaja keluar dengan album yang berjudul ‘Midnights’, ia sememangnya telah menerima ulasan yang sangat memberangsangkan.
Seperti biasa, lirik lagunya akan menjadi bahan perbincangan para peminatnya yang digelar ‘Swiftie’. Spekulasi tentang siapa “Maroon” telah pun bermula dan bait-bait lagu “Anti-Hero” telah menjadi siulan para pendengar pada masa kini.
Bukan hanya seorang penyanyi yang hebat dan penghibur yang dinamik, Swift juga ada bakat yang istimewa dalam bidang penulisan yang beliau sendiri telah terjemahkan dalam lirik lagunya.
Ia selalunya seperti sebuah kisah sastera yang memukau sesiapa saja yang mendengarnya!
Beliau bukan hanya menggunakan pengalaman peribadi malah turut mengaplikasikan kemahiran istimewa bagi menulis liriknya.
Sebagai contoh, lagu ‘Anti-Hero’ menggambarkan rasa tidak selamat Swift, termasuk bermimpi bahawa dia dibunuh oleh bakal menantu perempuannya kerana wang serta rasa tidak selamat di sekeliling dengan persepsi masyarakat terhadap penampilannya.
Dalam lirik lagu ini, beliau menggunakan kata-kata biasa dan menggunakan pelbagai jenis rima untuk mencipta lirik yang kedengaran menarik secara retorik dan juga menceritakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sebuah cerita biasa.
Beliau dapat menceritakannya dengan emosi yang mendalam. Lagu ini mudah diterima ramai kerana walaupun pengalaman mereka mungkin berbeza daripada Swift, namun beliau dapat mengekspresikan rasa takut itu kepada semua pendengarnya.
Sememangnya banyak lagu beliau yang lain yang turut merangkumi teknik penceritaan yang mudah seperti lagu ‘Haunted’, ‘Enchanted’, ‘All Too Well’ dan ‘White Horse’.
Kebijaksanaan Swift ini sememangnya dikagumi ramai kerana kebolehannya membangkitkan emosi melalui bait-bait kata yang ringkas berserta dengan alunan muzik yang catchy.
Nampak macam mudah tapi realitinya bukan semua orang mampu menghasilkan karya luar biasa sepertinya. Ternyata Swift memang sangat genius dan tidak mensia-siakan bakat yang beliau ada apabila mencipta pelbagai kejayaan luar biasa dalam industri ini.
Apa yang boleh kita pelajari daripada Swift?
Kemahiran yang dimiliki Swift itu, dapat membantunya dalam ‘bisnes’ dijalankan. Bisnes yang dimaksudkan di sini adalah kerjayanya sebagai penyanyi yang membuat persembahan atau konsert dan menjual lagunya.
Sama juga bagi anda yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu, ia boleh digunakan untuk menjalankan bisnes melalui servis atau produk yang bersesuaian.
Selain itu, lirik lagi yang dihasilkan boleh membangkitan emosi pendengar, begitu juga bagi penulisan copywriting yang baik dapat memberi kesan emosi kepada pembaca.
Sehubungan itu, bila mana anda menghasilkan copywriting perlu letak diri pada sudut pembaca. Tanya adakah bila orang membacanya, menimbulkan tak emosi kepada mereka? Jika ya, copywriting yang dibuat berada pada landasan yang betul.
Namun ia belum cukup untuk buatkan copywriting itu sudah lengkap dan ada lagi beberapa aspek yang perlu dimasukkan. Faham ke faham?
2 Comments
Sila bantu saya untuk mengoperasikan klinik kaunseling saya yang tiada sambutan dalam masa 8 bulan. Tiada pulangan untuk bayaran sewa.
Hai, Puan. Puan boleh mendapatkan nasihat dan cadangan berkenaan dengan business dengan menghubungi kami di talian 0192442244