Dalam hidup ini, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk sentiasa menghargai dan menyukai diri kita. Ia bukanlah suatu hal yang boleh dikawal dan sudah pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis manusia termasuklah dengan mereka yang suka memandang rendah orang lain.
Sering dipandang remeh itu memang menyakitkan kerana seolah-olah kita langsung tiada nilai di mata mereka.
Walaupun begitu, jangan biarkan pandangan negatif mereka menjatuhkan atau memburukkan anda. Abaikan cemuhan, tanam 7 perkara ini dalam diri agar anda boleh terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian.
1. Anda kuat, you can do it!
Tanamkan dalam hati bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuanNya. Hadapi cabaran ini dengan sebaiknya dan jadikannya sebagai cabaran hidup untuk mengukur sejauh mana mental dan kesabaran anda dalam menjalani kehidupan agar kelak anda tidak lagi terkesan jika berhadapan dengan situasi yang serupa.
2. Anda tidak bersendirian
Sentiasa tahu bahawa setiap orang mempunyai kelemahan mereka sendiri. Namun, mereka pandai menyembunyikannya. Jadi, jangan sesekali berkecil hati jika mereka mempersoalkan lagi kebolehan anda.
3. Mereka dengki dengan anda
Salah satu sebab mengapa berlakunya situasi sebegini adalah kerana mereka meragui kemampuan diri sendiri. Satu bentuk keyakinan diri yang terlalu tinggi, kadangkala hanya sekadar persona untuk menutup iri hati yang disembunyikan.
Oleh kerana mereka cemburu, jadi cara yang dapat memuaskan hati mereka adalah dengan melakukan sabotaj terhadap diri anda.
4. Ambil pengajaran daripadanya
Oleh kerana anda tahu bagaimana rasanya dilayan secara berbeza daripada yang lain maka seharusnya anda ambil iktibar daripadanya agar menjadi insan yang lebih bertimbang rasa.
Jangan anda buat perkara yang sama kepada orang lain pula!
Hormatilah setiap orang yang anda temui tanpa memandang status dan darjatnya.
5. Jadikan cemuhan sebagai motivasi
Tak salah untuk berasa sedih kerana ia adalah suatu perasaan yang nyata. Namun, janganlah meratapi dan mengingatinya terlalu lama sehingga luka batin menjadi parah.
Jadikan pandangan negatif mereka sebagai pembakar motivasi anda untuk mencapai kejayaan besar di masa hadapan. Buktikan kepada mereka bahawa penilaian mereka tidak akan menjatuhkan anda sebaliknya ia menjadi cabaran untuk anda terus maju dalam mencapai masa depan yang lebih baik.
6. Lakukan refleksi diri seketika
Jika anda mendapat komen negatif daripada orang lain, jangan abaikan tetapi ambil masa seketika untuk dengarkannya. Jangan sekali-kali menganggapnya sebagai serangan peribadi. Fahami sahaja isi mesej yang ingin disampaikan, kemudian jadikannya sebagai pembelajaran buat diri sendiri.
Inilah 6 perkara yang perlu anda tanamkan dalam diri jika berdepan dengan situasi dipandang rendah oleh orang sekeliling anda.
Tunjuk dan buktikan kepada mereka bahawa anda akan sentiasa bertahan dan perkara tersebut tidak langsung melunturkan semangat dan keyakinan anda. Fighting!