Pastinya ada di kalangan kita yang sering tertanya-tanya bagaimana caranya insan seperti Bill Gates ataupun Elon Musk mencapai kejayaan yang begitu besar dalam hidup mereka.
Jika kebanyakan daripada kita memilih untuk menonton Netflix selepas pulang dari kerja, namun isunya tidak bagi mereka.
Individu yang berjaya dalam hidup ini lebih cenderung menghabiskan masa mereka dengan menimba ilmu.
Orang Berjaya Tak Buang Masa
Ya, itu bukanlah suatu perkara baharu. Sewaktu kajian lima tahunnya terhadap lebih daripada 200 jutawan yang berusaha di atas usaha sendiri, Thomas Corley mendapati bahawa mereka tidak menonton televisyen.
86% daripada mereka menyukai aktiviti membaca tetapi bukan hanya untuk keseronokan. 63% lagi memilih untuk mendengar buku audio semasa memulakan perjalanan pagi mereka.
Pakar produktiviti, Choncé Maddox menulis, “Bukan rahsia orang yang berjaya itu sering membaca. Rata-rata jutawan dikatakan membaca dua atau lebih buah buku setiap bulan.”
Oleh itu, dia mencadangkan semua orang untuk membaca blog, berita, fiksyen dan bukan fiksyen semasa waktu rehat supaya boleh menyerap lebih banyak pengetahuan.
Jika anda sedang dalam perjalanan, buku audio atau podcast boleh menjadi peneman baik sewaktu menuju ke destinasi.
Mungkin anda fikir, siapa yang mempunyai masa untuk duduk dan benar-benar membaca? Antara kerjaya dan keluarga, hampir mustahil untuk mencari masa lapang.
Namun, jika anda benar-benar mahu tiada siapa yang mampu menghalangnya. Jika Barack Obama boleh mengisi masa dengan membaca semasa di Rumah Putih, apakah alasan yang anda ada? Beliau juga berterima kasih kepada segala bahan bacaannya yang membuatkan dia mampu bertahan dalam mengekalkan jawatan presidennya.
Sibuk Bukan Halangan
Presiden Obama bukan satu-satunya pemimpin yang menggemari aktiviti membaca. Bill Gates, Warren Buffett, Oprah Winfrey, Elon Musk, Mark Cuban dan Jack Ma semuanya adalah ulat buku. Seperti yang dikatakan oleh Gates kepada The New York Times, “membaca adalah salah satu cara utama yang saya pelajari sejak saya masih kecil.”
Menariknya, Michael Simmons yang merupakan pengasas Empact telah mencipta peraturan lima jam mengenai membaca. Konsepnya sangat mudah: Tidak kira betapa sibuknya orang yang berjaya, mereka sentiasa menghabiskan sekurang-kurangnya satu jam sehari atau lima jam seminggu untuk belajar atau berlatih. Mereka juga melakukan ini sepanjang kerjaya mereka.
Jutawan ternama termasuklah Mark Cuban dan Dan Gilbert, pemilik Cleveland Cavaliers, membaca antara satu hingga tiga jam setiap hari. Elon Musk belajar cara membina roket yang membawa kepada penciptaan SpaceX dengan membaca.
Jack Ma, pengasas bersama Alibaba pula mengatakan bahawa membaca boleh memberi permulaan yang baik kepada kehidupan
Ini perkara yang tidak dapat diperoleh daripada rakan sebaya anda. Berbanding dengan yang lain, pembaca lebih berkemungkinan mengetahui pelbagai strategi dan taktik industri lain,” jelasnya.
Memang hebat kesan aktiviti membaca kepada kehidupan seseorang. Jika anda tidak mampu membaca satu jam atau lebih setiap hari, mulakan dengan 20 hingga 30 minit.
Anda boleh membawa buku ketika menunggu mesyuarat bermula atau di restoran sementara menunggu makanan yang dipesan sampai. Daripada membazirkan masa, lebih baik kita menambah ilmu bukan?
4 Comments
Ingin berjaya
Bagus puan! Semoga dapat capai matlamat dan dipermudahkan urusan. Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp kami di 0192442244.
Terimakasih atas kebersamaan nya
Salam sukses selalu menyertai Amin
Terima kasih atas comment anda. Semoga dipermudahkan urusan!