Bisnes Homestay atau inap desa merupakan salah satu industri perniagaan yang kian berkembang sebelum ini.
Konsep homestay menjadi ‘trend’ dalam industri pelancongan.
Ramai yang ingin jadi pengusaha dalam industri ini. Malah di ceruk-ceruk kampung kita boleh lihat homestay dikendalikan oleh penduduk setempat.
Bisnes ini di Malaysia biasanya dikendalikan oleh orang perseorangan.
Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan dan juga pengusaha yang cukup sukar untuk dapatkan penyewa, walaupun hanya untuk satu malam dalam sebulan.
Laku atau tak laku homestay?
Ekoran pandemik hingga menyebabkan pergerakan rakyat yang terbatas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan memberikan kesan besar kepada industri pelancongan termasuk pengusaha homestay.
Bagaimanapun selepas Kerajaan memberikan kelonggaran dengan PKP tidak dijalankan secara keseluruhan sebaliknya bersasar membuatkan pemain-pemain industri pelancongan dapat menarik nafas lega.
Hotel-hotel dan homestay yang ada mula dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung tempatan.
Dalam pada itu, jika anda ada atau mahu mengusahakan homestay, berikut kami kongsikan beberapa panduan penting yang boleh diikuti.
5 panduan bisnes homestay menguntungkan:
1. Lokasi strategik
Penginapan yang kita wajib berada di kawasan yang STRATEGIK. Lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai, sama ada tempat itu mesti akan dikunjungi oleh ramai orang setiap minggu atau setiap kali musim cuti atau setidak-tidaknya setiap kali berlaku peristiwa tertentu.
Peristiwa apa? Contoh majlis konvokesyen. Pelajar akan membawa ahli keluarga untuk meraikan kejayaan setelah tamat pengajian. Konvokesyen antara saat yang amat dinantikan oleh pelajar dan ahli keluarga.
Maka homestay, sesuai untuk kawasan berdekatan dengan institusi pendidikan seperti universiti, kolej dan sekolah berasrama. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak-anak, boleh datang dan menginap di homestay.
2. Media sosial
Gunakan media sosial. Gunakan laman web dan blog untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menginap di homestay milik anda.
Wujudkan akaun khas untuk tujuan promosi bisnes homestay anda.
Jika masih belum ada modal untuk buat laman web yang profesional, boleh mulakan dengan yang percuma menggunakan servis daripada blogger.com dan juga wordpress.com
3. Tempahan dalam talian
Jangan lupa mendaftar homestay anda di agoda.com, booking.com atau platform yang seumpama.
Mudah untuk pelanggan mendapatkan maklumat dan melakukan tempahan secara dalam talian.
Kecanggihan teknologi seperti internet turut mendorong kepada perkembangan pengusahaan homestay.
Teknologi aplikasi dalam internet telah membantu pengusaha memasarkan homestay mereka serta membantu tetamu mencari homestay pilihan masing-masing.
4. Penuhi keperluan tetamu
Perkembangan industri pelancongan dan kemudahan mobiliti manusia semakin meningkat. Trend manusia yang suka mengenali kawasan-kawasan baru serta beraktiviti turut menggalakkan perkembangan perniagaan homestay.
Kemudahan melancong atau makan angin, menziarahi sanak saudara, mengadakan majlis seperti perkahwinan menyumbang kepada permintaan penginapan homestay.
Oleh itu pasaran dalam perniagaan homestay sentiasa ada. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba memenuhi kehendak dan keperluan tetamu anda.
Jangan lupa, kelebihan daripada mulut ke mulut. Perkhidmatan yang baik akan diceritakan kepada keluarga, rakan dan individu lain. Tak rugikan sediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan anda.
Apatah lagi penginapan yang mengikut SOP dan menjaga kebersihan yang tinggi.
5. Work friendly
Laman web Airbnb mengelaskan homestay yang tersenarai dilaman web mereka sebagai work friendly ataupun tidak.
Apa yang dimaksudkan dengan work friendly ini?
Homestay tersebut menyediakan wifi, meja dan kerusi yang sesuai untuk buat kerja, penghawa dingin diruang tamu serta setiap bilik.
Sekiranya homestay anda work friendly, anda boleh sasarkan tetamu yang pergi ke sesuatu tempat atas urusan rasmi dan urusan kerja.
Wujudkan pembaharuan dan kemudahan ekstra terhadap produk dan perkhidmatan anda berbanding pesaing.
2 Comments
Selamat2
Terima kasih atas comment.