Penulis bebas, mungkin sebagai salah satu pilihan.
Saya mahu bebas! Tetapi pada masa anda juga memerlukan pendapatan. Jika anda tidak mempunyai komitmen sekali pun, jika ada wang sendiri pasti lagi seronok!
Boleh beli pakaian yang anda suka dan melancong ke destinasi yang anda gemari selain boleh melakukan amal kebajikan seperti bersedekah.
Ini juga merupakan bisnes yang boleh dilakukan bagi menjana pendapatan sama ada secara sampingan ataupun sepenuh masa.
Sebut mengenai penulis, mesti ada yang fikir, aku bukan wartawan atau novalis yang ada bakat nak menulis.
Tak kenal maka tak cinta, apa itu penulis bebas atau freelance writer? Adakah anda boleh menulis sesuka hati?
Lazimnya, penulis bebas menyusun artikel jurnalistik, buletin e-mel, catatan Facebook, kertas putih syarikat dan kandungan lain yang menuntut ketepatan dengan kata-kata.Jangan bimbang takut tandus idea, mengapa? Sebab anda ada banyak pilihan dalam penulisan ini.
Berikut adalah 7 jenis penulisan bebas:
1. Penulisan perniagaan
Memo syarikat, manual latihan dan informasi untuk penerbitan perdagangan.
2. Penulisan Teknik
Arahan terperinci, manual operasi, manual pengguna dan arahan pemasangan.
3. Penulisan akademik
Artikel, esei, laporan untuk jurnal akademik, buku teks, atau bahan kelas.
4. Copywriting pemasaran dan penjualan
Kempen e-mel, catatan media sosial, halaman produk, helaian penjualan dan skrip iklan.
5. Penulisan perhubungan awam
Siaran akhbar dan teks ucapan.
6. Menulis untuk laman web
Artikel blog dan halaman produk.
7. Penulisan Hantu
Menulis untuk orang lain dengan nama mereka.
Dah pilih penulisan yang anda minat? Jom kita lihat apa pula kelebihan jadi penulis bebas.
5 kelebihan jadi penulis bebas:
1. Kebebasan waktu
Penulis bebas biasanya tidak terikat dengan waktu bekerja di pejabat. Jadi nak buat kerja bila-bila masa pun tak apa, janji tugas yang diberikan selesai tepat pada waktunya. Kalau anda nak buat kerja tengah malam pun tiada masalah.
2. Tak perlu pakaian formal
Tak perlu untuk kita fikir esok nak pakai baju apa atau bulan ini nak beli baju apa untuk ke pejabat.
Pakaian apa sekali pun, janji kerja siap.
3. Rakan-rakan
Walau tiada rakan sekerja, anda masih boleh bersahabat dengan rakan-rakan di laman media sosial.
Contohnya, jika anda menulis penulisan akademik dan join group di Facebook dari bidang tersebut, anda akan berkenalan, berkongsi pendapatan dan maklumat dengan rakan-rakan dari group itu.
Anda tetap mempunyai ramai sahabat walau bekerja dari rumah.
4. Kadar Gaji
Kadar gaji untuk penulisan bebas berbeza-beza berdasarkan jenis penulisan, industri, dan pengalaman penulis.
Biasanya penulis bebas akan bekerja mengikut kerja yang telah disiapkan dan bukan secara bulanan.
Lebih banyak anda dapat menyiapkan tugasan, lebih banyak pendapatan yang akan anda terima.
5. Tak terikat dengan syarikat
Jadi penulis bebas tidak terikat dengan sesebuah syarikat itu sepenuh masa.
Anda boleh menerima tugasan dari mana-mana syarikat atau individu pada masa yang sama.
Jika anda menerima tawaran jadi penulis hantu dan penulis web pada masa yang sama, tak jadi masalah. Maka anda akan dapat lebih pendapatan.
Kesimpulannya, anda yang menentukan berapa banyak penulisan yang dapat disiapkan dan bagaimana anda membahagikan masa antara tugasan dengan aktiviti lain.
Walau apa pekerjaan yang kita lakukan, disiplin yang tinggi adalah penentu kejayaan anda.