Jika masa di bangku sekolah rendah dahulu, bila di tanya dah besar nak kerja apa? Ada yang memberi jawapan saya nak jadi jurutera, arkitek, doktor, cikgu dan pelbagai jawapan lain.
Malah ada juga ibu bapa yang mengimpikan anak-anak mereka menceburi bidang tertentu kerana kerjaya tersebut menjamin masa depan.
“Ilmu Perniagaan Mesti Up To Date, Baru Hasil Jualan Berlipat Ganda,” dikongsi oleh pengasas Fifarasol Group Sdn Bhd .
“Sejak dari dulu lagi keluarga saya mahu saya menjadi doktor kerana mereka tahu saya selalu mendapat keputusan A penuh. Keluarga dan saudara mara berharap suatu hari nanti akan ada salah seorang ahli keluarga yang berkelulusan doktor perubatan.
“Selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mendapat penajaan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan berangkat ke Jordan setelah diterima menyambung pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Sains dan Teknologi Jordan,” kongsi Nur Afifah Rasol.
Minat dunia rekaan pakaian
pengasas Fifarasol Group Sdn Bhd..berusia 26 tahun itu bagaimanapun berkata, minatnya terhadap dunia rekaan pakaian tidak pernah padam, walaupun menuntut dalam bidang perubatan.
Seawal usia 13 tahun lagi, Nur Afifah sudah mula belajar menjahit dan menunjukkan minat mendalamnya kepada dunia perniagaan.
Pelajaran dan impian bergelar usahawan berjalan seiring, kedua-duanya Nur Afifah lakukan tanpa sebarang masalah.
Tanggungjawab sebagai penuntut perubatan di Jordan digalas Nur Afifah dengan baik tanpa sebarang rungutan.
Sebaik menamatkan pengajiannya selama enam tahun dan bergelar graduan perubatan, Nur Afifah pulang ke Malaysia pada pertengahan tahun 2019.
Antara perubatan dan perniagaan
“Selepas tamat pengajian saya hadiri program RichWorks dan kelas perubatan serentak, sewaktu itu saya tak tahu nak pilih mana satu, sama ada nak teruskan jadi doktor atau fokus perniagaan.
“Hasilnya, saya bukan semakin keliru sebaliknya jelas hingga lepaskan karier sebagai doktor untuk fokus dalam bidang perniagaan yang diminati, sebab nampak results,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Nur Afifah memberitahu, beliau pilih untuk berniaga juga bagi mendapatkan kebebasan masa kerana pendiriannya yang mengutamakan keluarga di mana beliau nak bersama-sama melihat pembesaran anak-anak.
Hal ehwal rumah tangga dapat diurus dengan baik hasil sokongan suami dan keluarga tercinta.
Malah, keluarga juga sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Nur Afifah terutama ibunya yang dijadikan sebagi idola.
“Saya memang kagum dengan kegigihan dan kerajinan ibu berniaga sejak saya kecil lagi.
“Saya seronok melihat ibu saya berniaga, dia banyak bantu dan asah bakat saya menjahit sehingga sanggup membelikan dua mesin jahit untuk saya,” jelas anak bongsu kepada empat adik beradik itu.
Ilmu mesti diperbaharui
Urusan rumah tangga dan keluarga dapat diurus dengan baik. Namun, urusan di pejabat pula tidak selesai dan sering kali berdepan bekalan yang tidak mencukupi.
Nur Afifah mula merasakan dirinya kurang ilmu perniagaan dan sedar yang dia perlu bertindak segera bagi mengatasi kelemahannya itu.
Jelasnya, tidak cukup jika merujuk kepada ilmu perniagaan 10 tahun lalu sebaliknya ilmu perniagaan mesti yang terbaharu kerana perubahan iklim perniagaan juga berlaku hampir setiap hari
“Masa saya belajar, ilmu di dalam bidang perubatan sentiasa dikemas kini apatah persekitaran perniagaan yang tidak bersifat kekal dan berubah mengikut peredaran masa.
“Jika saya tak sertai kelas dan menjalankan perniagaan seperti biasa, rasanya keuntungan perniagaan saya sukar nak sampai RM1 juta pertama setahun, hasil jualan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 saja masa itu,” katanya.
Fifarasol Catat untung jutaan ringgit
Pada 2021, syarikatnya mencatat jualan bersih RM6.2 juta dan mempunyai lebih 6,000 dropship dan tahun ini Fifarasol menyasarkan untuk bantu 20,000 dropship.
“Cuba bayangkan, seorang dropship saya graduan bidang kewangan berumur 24 tahun, capai pendapatan bersih RM8,000 ke RM9,000 sebulan dan bercadang untuk menghadiahkan ayahnya sebuah kereta.
“Rasa sangat bersyukur dan saya terpanggil nak bantu lebih ramai orang menerusi program dropship secara percuma yang boleh didaftar melalui laman sesawang https://www.fifarasolgroup.com/,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Fifarasol Group itu amat berharap semua wanita di luar sana berani memiliki impian sendiri kerana mereka berhak untuk berbuat demikian.
“Selagi kita bergelar wanita, selagi kita bergelar manusia, selagi kita ini masih bernafas, kita berhak mempunyai impian dan saya percaya semua orang mempunyai impian.”
“Oleh itu, sebagai wanita kita berhak untuk mengejar dan mencapai impian kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha untuk merealisasikan impian itu,” katanya mengakhiri perbualan.