Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Sekiranya ada bahagian ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menganggur pula dijangka mencecah satu juta.
Bila penutupan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga bermaksud lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan dan sekiranya setiap pekerja mempunyai dua tanggungan, seramai 14 juta individu akan terkesan dengan situasi ini.
Begitupun, pada September 2021 kadar pengangguran di Malaysia berkurangan kepada 4.5 peratus membabitkan 729,600 penganggur berbanding 4.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kedudukan tenaga buruh bertambah baik pada September dengan bilangan guna tenaga yang terus meningkat, manakala pengangguran dalam trend yang menurun.
3 Faktor Trend Penurunan Kadar Pengangguran di Malaysia
1. Peralihan fasa pemulihan
Peralihan lebih banyak negeri ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan lebih banyak aktiviti perniagaan untuk beroperasi, dengan waktu operasi perniagaan dilanjutkan.
2. Kebenaran rentas negeri
Kebenaran rentas negeri di kawasan Lembah Klang ditambah dengan pembukaan semula industri pelancongan domestik di negeri Terengganu dan Pulau Langkawi juga menggalakkan aktiviti ekonomi pada bulan dikaji.
3. Krisis kesihatan bertambah baik
Situasi semasa krisis kesihatan di negara ini didapati bertambah baik dengan jumlah kes harian COVID-19 menurun manakala bilangan yang lengkap divaksin semakin meningkat.
Bagi yang masih mencari peluang pekerjaan, anda boleh memilih tawaran dalam lima industri ini.
1. IT
Bidang IT menawarkan paling banyak peluang pekerjaan, antaranya adalah kepada mereka yang membangunkan aplikasi Android, jurutera IT dan pentadbir sistem.
2. Perkilangan
Sektor perkilangan pula menawarkan pekerjaan untuk pakar pembuatan, perancang pengeluaran, pegawai kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta pengurus kilang.
3. Perbankan
Dalam bidang perbankan, pekerjaan yang ditawarkan adalah perunding unit amanah, pegawai urus niaga saham, penasihat perancang kewangan dan pengurus cawangan.
4. Penjagaan kesihatan
Penjagaan kesihatan pula membuka peluang kepada ahli farmasi, jururawat dan doktor gigi.
5. Runcit
Sektor runcit menawarkan peluang kerjaya kepada pengurus gudang.
Selain bekerja makan gaji, anda juga boleh memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jika anda kurang yakin atau ragu-ragu, di RichWorks kami sentiasa bersedia mencurahkan ilmu dan membantu anda menjadi usahawan berjaya.