Rasa macam sudah bertahun-tahun berniaga, tapi masih macam itu saja.
Ataupun peningkatan ada, tapi sikit. Mulalah rasa penat dan jika tak dijaga dengan betul hingga boleh buatkan anda ambil jalan mudah dengan ‘give up’.
Buat ala kadar saja, asalkan bisnes masih berjalan.
Ada tak sesiapa yang di sini alami perkara seperti di atas?
Jika ada, sesuatu perlu dilakukan dan ambil tindakan sewajarnya. Tapi macam mana nak bina daya tahan perniagaan anda ini???
Daya tahan adalah seperti otot yang boleh kita kembangkan dalam pelbagai cara.
6 Cara Bina Daya Tahan Perniagaan:
1. Mengenal pasti kekuatan anda.
2. Membina harga diri dengan keyakinan terhadap kebolehan anda dan memberi tumpuan kepada perkara positif dalam hidup.
3. Membina hubungan yang sihat.
4. Mengetahui masa yang tepat untuk meminta bantuan.
5. Menguruskan tekanan dan kebimbangan dengan bijak.
6. Kemahiran menyelesaikan dan mengatasi masalah.
Lebih khusus, pemilik perniagaan kecil boleh mengukuhkan daya tahan dengan langkah-langkah berikut:
3 Langkah-Langkah Perkukuh Daya Tahan Anda:
1. Utamakan penjagaan diri
Mendapatkan tidur yang cukup dan makanan berkhasiat asas menyokong fizikal serta minda yang sihat sekali gus mengekalkan kesihatan dan mengatasi tekanan.
2. Kekal sihat dan ceria
Melakukan senaman, meditasi, menikmati alam semula jadi dan memecahkan cabaran kepada tugas-tugas kecil.
Meraikan kemenangan kecil dan melakukan perkara yang menyeronokkan.
3. Luang masa bersama insan tersayang
Luang masa bersama keluarga, rakan-rakan dan memberi ganjaran kepada diri sendiri.
Aktiviti ini membantu menghilangkan tekanan sekaligus kehadiran insan tersayang membantu kita menghadapi tekanan dengan baik.
Aktiviti penting ini perlu dimasukkan sebagai aktiviti penting dalam kalender pada setiap minggu.
4. Memanfaatkan sumber
Memanfaatkan pakej rangsangan kerajaan atau geran ditawarkan melibatkan kepakaran, professional perniagaan dan kewangan.
4 Comments
Hebat tips ini
1 . TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIANNYA
2. BAGAIMANA NAK MELUASKAN CIRCLE MEMASARKAN PRODUK BUATAN SENDIRI
– TIADA SSM
– MASIH SAMBILAN SEBAB BEKERJA
Terima kasih atas perkongsian. Puan boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244 untuk kami bantu.
Anda Kaya dan Berjaya!
Terima kasih memberi tips yang sangat membantu saya. Semoga Richworks sentiasa memberi pandangan dan nasihat kepada newbie’s seperti saya.