Banyak mitos dan perkara tidak benar yang berlegar dalam pemikiran sesetengah orang mengenai perkembangan bisnes.
Ada daripadanya membawa kepada hala tuju yang salah menyebabkan anda tak dapat nak mencapainya nanti.
Justeru itu, kami nak kongsikan beberapa mitos yang biasa didengar oleh usahawan di luar sana.
5 mitos untuk kembangkan bisnes:
- Kejayaan berlaku sekelip mata
Ini adalah ilusi yang biasa dilihat dalam perkembangan bisnes atau growth seseorang.
Kelihatan perkembangan luar biasa berlaku sekelip mata, tapi ketahuilah bahawa untuk mencapainya mereka telah bekerja lebih 8 jam sehari dalam setahun dan mungkin beberapa tahun.
- Pengurusan content dilihat sebagai segala-galanya bagi perkembangan
Pengurusan content sememangnya antara kunci bagi membina jenama dan bukannya segala-galanya untuk berjaya.
Untuk berjaya anda perlukan kemajuan dalam semua aspek seperti team, kepimpinan dan lain-lain.
- Anda boleh beli kejayaan
Anda boleh mengaji pekerja yang berkemahiran, membeli peralatan yang baru, mengikuti bengkel-bengkel dan sebagainya.
Namun anda tak boleh membeli kejayaan, ia perlu dilalui dengan proses yang ada. Anda perlu gunakan apa yang ada tadi untuk mencapai kejayaan itu.
- Duit bersamaan dengan perkembangan
Mempunyai duit tidak bermaksud anda mengalami perkembangan sebaliknya ia menunjukkan jualan yang baik tahun itu.
Jangan fikir ia juga menunjukkan anda bersedia untuk membuka jabatan baru atau menambah pasukan jualan jika anda tidak ada langkah yang konsisten, terbukti bagi perkembangan jangka masa panjang.
Jangan keliru dengan perkembangan kejayaan jangka pendek anda.
- Perkembangan merupakan goal jangka pendek
Perkembangan atau growth bukannya sesuatu yang anda boleh atau mahu capai untuk esok. Ia merupakan satu usaha yang dilakukan sepanjang masa anda menjalankan bisnes itu,
Ia bukannya alat tapi merupakan cara untuk menjalankan bisnes.