“Database is king”
Bila anda dapat maklumat pelanggan seperti nama, emel dan sebagainya, adakah anda simpan atau anda buang begitu je? Anda tahu database pelanggan sangat penting dalam bisnes anda?
Database berikan anda cara yang efisyen untuk simpan dan analisis data pelanggan. Database sangat penting kepada anda yang nak berniaga dan nak buat research. Sekiranya anda ada simpan database pelanggan, anda dapat uruskan data-data mereka dengan cekap dan ia juga membolehkan anda melaksanakan tugas pemasaran bisnes dengan mudah.
Dengan pengkalan pengurusan sistem database, tugas menyusun dan mengurus maklumat pelanggan yang banyak dapat dilakukan dengan satu aplikasi software sahaja. Dengan menggunakan sistem ini, ia dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan mengurangkan kos perbelanjaan pemasaran anda.
Anda sudah dapat idea macam mana nak kumpul database pelanggan? Berikut kami berikan 4 manfaat database pelanggan dalam bisnes anda.
1. Komunikasi lagi cepat
Bila bisnes anda dah tersedia dengan database, segala urusan bisnes anda dengan pelanggan boleh dilakukan dengan cepat. Ini kerana sistem anda dah ada segala maklumat mereka. Anda hanya perlu guna sahaja untuk blast emel atau sms anda. Ia juga menentukan kualiti informasi yang lebih relevan, sehingga informasi yang disajikan tidak akan basi. Informasi akan lebih bernilai jika manfaatnya lebih efektif.
2. Peluang lebih besar
Dengan adanya database, peluang untuk mendapatkan pelanggan akan jadi lebih besar. Ini kerana, anda menghantar emel promosi secara automatik, bukannnya manual. Jadi, ia juga menjimatkan masa anda dari anda hantar satu persatu kepada mereka, betul? Jika anda hantar kepada 2000 pelanggan yang ada dalam database, jadi 2000 orang yang akan dapat emel atau sms blast dari anda. Peluang anda untuk dapatkan feedback dari mereka juga akan tinggi.
3. Menjimatkan masa
Database boleh menjimatkan masa anda. Untuk dapatkan rekod seorang pembeli mungkin akan mengambil masa beberapa minit jika ia berada dalam file anda, tetapi dengan sistem database dalam laptop anda, ia akan mengambil masa beberapa klik sahaja. Ia dapat mengatasi kesulitan dalam mengakses data pelanggan anda, tambahan pula bila pelanggan yang lama. Selain itu, ia juga mengurangkan pengulangan data dalam sistem anda.
4. Sebagai tempat pemasaran
Dengan database yang ada ini, anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda. Anda boleh emelkan kepada mereka newsletter, katalog, jadual bisnes atau event yang bakal anda buat, tawaran promosi harga dan sebagainya. Jika anda tak mahu emel anda menjadi semak dalam kotak emel mereka, anda boleh buat jadual penghantaran emel secara berkala atau ketika anda lakukan promosi sahaja. Kadang-kadang, walaupun mereka tidak menghiraukan emel dari anda, tetapi jika mereka perlukan sesuatu, mereka akan belek semula emel anda.