Tips Menganjurkan Program

Tips Menganjurkan Program

Salah satu cara untuk meningkatkan jenama dan bisnes ialah dengan menganjurkan program. Bagi anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang pernah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) terutamanya bagi mereka yang dah ada ramai agen dan stokis, mereka selalu menganjurkan program latihan untuk melatih lebih ramai agen baru dan juga untuk memberi didikan kepada semua agen dan stokis.

Anda mungkin boleh bermula dengan program kecil-kecilan dulu, mungkin dengan sesi perkongsian ilmu dengan bakal agen atau orang yang berminat untuk mengedarkan produk anda.

Lama-kelamaan, bila rangkaian anda menjadi semakin besar, anda pun boleh mengadakan program yang lebih besar.

4 tips menganjurkan program:

  1. OBJEKTIF YANG JELAS

Anda perlu tahu kenapa anda mahu mengadakan program ini. Adakah ianya untuk membina networking, untuk meningkatkan jualan, melatih agen baru. Apa tujuannya, dan anda perlu pastikan anda berjaya mencapai objektifnya nanti.

  1. NAMA PROGRAM

Gunakan nama program yang menarik. Nama program yang menarik memudahkan orang ramai untuk ingat dan juga untuk menarik perhatian mereka untuk tahu dengan lebih lanjut. Di Program MMM, anda akan dapat ilmu tentang bagaimana nak ‘funnel’ atau salurkan program yang anda nak buat.

  1. PLAN & ACTION

Agih tugas kepada krew anda. Lantik seorang team leader/floor manager untuk mengetuai krew anda. Hasil perbincangan dengan pelanggan perlu dibuat semula dalam bentuk checklist, running order dan job delegation.

1) Checklist – senarai perkara/props yang perlu ketika majlis
2) Running Order – jadual program yang bermula dari persiapan majlis hingga saat mengemas venue.
3) Job Delegation – senarai nama/kumpulan mengikut tugasan yang diberi.

  1. PROMOSI

Anda perlu tahu siapa yang anda nak hadir ke program anda dan bagaimana anda nak promosikan kepada mereka. Apa yang anda nak tawarkan yang dapat menarik hati mereka untuk hadir.

Anda perlu lakukan sedikit pengiraan tentang kos mengendalikan program dan berapa bayaran yang anda perlu kenakan dan berapa sasaran yang sepatutnya hadir supaya anda tak rugi.

Richworks bermula apabila Datuk Wira Dr Azizan Osman hendak berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam membuat pemasaran dengan sekumpulan kawan-kawan dan kemudiannya menjadi semakin besar sehingga sekarang.

Jika anda mahu membina empayar perniagaan, anda boleh mulakannya dengan mengadakan sharing session yang akhirnya boleh bertukar menjadi seminar dan program bila semakin ramai yang dapat lihat hasil dari program anda.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply