Pelekat Kereta Untuk Marketing

Pelekat Kereta Untuk Marketing

Jangan pandang rendah kepada kemampuan pelekat kereta untuk jadi bahan promosi perniagaan anda. Ramai peniaga yang dah mula gunakannya kerana ianya murah dan mudah untuk dibuat.

Ianya juga boleh didatangkan dalam beraneka saiz. Ada yang kecil dan ada yang memenuhi cermin kereta. Ianya juga boleh dibuat menggunakan warna hitam putih atau berwarna-warni.

Oleh kerana kosnya murah, ianya boleh juga diberikan sebagai hadiah untuk menarik pelanggan hadir atau sebagai pertukaran untuk meminta mereka memberikan data (nama, nombor telefon dan email) mereka.

3 ciri-ciri pelekat kereta yang baik:

1) Simple dan mudah dibaca – Tidak menggunakan terlalu banyak warna kerana ianya akan mengganggu fokus terhadap maklumat yang ingin kita beritahu.

Anda mesti ingat, pemandu lain mungkin hanya akan nampak anda sekejap sahaja, jadi pelekat kereta anda perlulah nampak jelas dan mudah diingati.

2) Jadi lebih unik – Sudah banyak pelekat menggunakan bentuk empat segi, apa kata gunakan bentuk tiga segi, bulat atau gunakan idea kreatif yang lain.

3) Pastikan ianya berkualiti dan tahan lama – Ada banyak pelekat yang mudah pudar. Pastikan ianya anda menggunakan kualiti yang baik supaya ianya tahan lama. Semakin tahan lama, semakin ramai orang boleh nampak pelekat kereta perniagaan anda.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply