9 Sebab Kenapa Usahawan Perlukan Zero Kos Marketing

9 Sebab Kenapa Usahawan Perlukan Zero Kos Marketing

Menurut laporan dari akhbar The Sun Daily, November lalu, Malaysia mencatatkan bilangan usahawan Kecil dan Sederhana yang tidak mampu membayar hutang perniagaan sehingga meletakkan kita di tempat tertinggi dalam dunia!

Ini bermakna, ramai usahawan di Malaysia, pandai berhutang untuk tujuan bisnes tetapi gagal untuk membayarnya. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf, ada banyak sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku termasuklah gagal menguruskan kos bisnes, tidak kenal pasaran dan tak cukup kreatif untuk menjalankan bisnes.

Inilah akibatnya, bila berniaga tak ada ilmu. Main ikut-ikut orang saja. Orang keluarkan iklan berbayar, buat billboard, buat iklan TV dan Suratkhabar, mereka pun nak buat juga tanpa faham implikasi sebenar yang akan dihadapi. Akibatnya, terpaksa keluarkan kos yang tinggi, kos yang tidak mampu ditanggung oleh jualan mereka yang masa tu baru di tahap seciput!

Orang pun tak pernah dengar nama mereka, tapi mereka dah sanggup keluarkan kos yang banyak untuk marketing tanpa tahu cara yang sebenar. Anda bertuah kerana baca artikel ini! Sebab kami nak kongsikan dengan anda 9 sebab kenapa anda perlukan Zero Kos Marketing dalam bisnes anda dan tak buat kesilapan sehingga menjejaskan perniagaan.

1.Tidak perlu keluarkan belanja yang banyak

Teknik Zero Kos Marketing tak memerlukan kos yang banyak. Kuncinya, anda hanya perlu konsisten dan komited dalam tindakan. Anda boleh gunakan hasil jualan bisnes untuk perkara lain, yang boleh membawa hasil jualan lebih tinggi atau laburkannya untuk dapat ilmu.

2.Tidak mahir lagi dalam teknik marketing berbayar

Anda tak mahir lagi dalam selok belok teknik marketing berbayar. Anda tak tahu apa akibatnya, apa maklumat terperinci yang anda perlukan? Dari anda laburkan sejumlah duit dan tak dapat hasil kerana salah gunakan teknik marketing tu, baik anda gunakannya untuk dapatkan lebih ilmu.

3.Belajar buat duit dulu!

Kata Dr Azizan Osman – “Usahawan baru perlu belajar buat duit dulu, dah tahu tentang susah senang menjalankan sebuah perniagaan dan dah boleh buat duit dengan Zero Kos Marketing, barulah anda cuba lakukan sesuatu yang lebih besar. Kalau nak belajar berenang, belajarlah kat kolam kecil dulu, baru terjun ke lautan luas.”

4.Bina nama dan brand menggunakan teknik mudah

Proses nak bina nama dan jenama anda bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa sehari. Syarikat-syarikat besar membelanjakan sehingga berjuta ringgit setahun untuk mengadakan aktiviti berkaitan ‘branding’. Untuk peniaga yang baru nak up ni, gunakan je lah cara yang tanpa kos dahulu.  Iana juga berkesan, tetapi memerlukan konsistensi dan penglibatan anda sepenuhnya.

5.Tak perlu risau jika tak berhasil

Bagi sesebuah syarikat besar, sebelum melakukan marketing, promosi atau aktiviti pembinaan jenama mereka selalunya melakukan ‘marketing research’ yang melibatkan kajian secara terperinci menggunakan data pengguna yang besar. Dan dah tentu, kosnya tinggi. Ini pun tak tentu lagi 100% peratus terjamin dan berhasil.

Untuk peniaga kecil yang tidak ada budget yang besar, mulakan je dengan teknik Zero Kos Marketing, yang kalau tak berhasil (selalunya akibat diri sendiri yang tak konsisten dan komited nak buat!) tak akan melibatkan kerugian yang besar.

6.Senang nak mulakan bisnes, susah nak kekalkannya

Betul! Sangat senang nak memulakan perniagaan. Pergi sahaja ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan daftarkan je. Kosnya pun tak tinggi kalau untuk perniagaan Enterprise. Tapi nak mengekalkannya sangat susah.

80% peratus dari bisnes yang dibuka akan gagal di tahun pertama perniagaan.  Kebanyakannya kerana tak boleh nak buat jualan dan tidak mampu nak keluarkan kos marketing.  Kan dah ada teknik Zero Kos Marketing, buat je lah…

7.Jaga komuniti

Kejayaan sesuatu produk atau perniagaan pada masa ini banyak bergantung kepada raving fan atau followersnya. Tak guna juga kalau anda keluarkan kos yang besar untuk iklan, tapi anda tak tahu nak bina dan uruskan raving fan, followers, ejen, stokis dan dropship anda. Dengan Zero Kos Marketing, anda dah boleh lakukan semuanya.

8.Anda tiada data

Kesalahan utama dalam buat marketing berbayar ialah anda tiada data yang betul.  Pakai tembak je…macam nelayan nak tangkap ikan tetapi tak tahu di kawasan mana yang ada ikan besar. Tebar jala kat sini, tak dapat ikan, pergi pulak kat kawasan sana, tak ada juga. Kan penat tu…Dengan Zero Kos Marketing, anda akan tahu kepentingan untuk bina, baja dan besarkan data.

9.Kalau yang murah pun tak habis guna, tak payah sibuk nak guna yang berbayar…

Betul! Teknik Zero Kos Marketing sebenarnya akan membantu anda bina bisnes dengan mudah dan murah. Dan tekniknya sangat banyak. Kuncinya hanya perlu komited dan konsisten.  Kan itu kunci kejayaan dalam semua perkara?  Masalahnya, jika dengan menggunakan cara yang percuma pun anda tak komited dan konsisten, kenapa pula anda sibuk nak keluarkan duit untuk buat sesuatu yang anda juga tak akan komited dan konsisten melakukannya?

Artikel terbaru

Leave a Reply