80% Bisnes Gagal Dalam Tempoh 5 Tahun?

80% Bisnes Gagal Dalam Tempoh 5 Tahun?

Tidak. Kebanyakkan bisnes tidak lepas pun 3-tahun pertama dan sangat sedikit buat duit pada tahun pertama. Ini sebabnya.

Peringatan: Jika anda benar-benar mahu bina bisnes yang berjaya, bacalah tulisan ini hingga habis!
Apakah perkara utama yang membezakan seseorang usahawan yang berjaya dengan yang tidak?

Apa yang membezakan seseorang usahawan yang mampu membina jualan dari kosong sehingga mampu mencapai jutaan ringgit setahun dalam tempoh masa yang singkat di antara setahun ke tiga tahun sahaja seperti ramai anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman dari program-program di Richworks?

Apa yang menjadikan seorang OKU yang tidak meneruskan pembelajaran ke sekolah menengah seperti Khairul Nizam, salah seorang anak didik kami sehingga mampu membina perniagaan yang mampu berikan beliau RM2-3 juta jualan setahun pada umur 28 tahun?

Honestly, anda akan cakap,

“Itu nasib. Itu rezeki dia. Itu usaha dia. Dah takdir.”

Jujur. Tidak ada sesiapa pun yang tahu nasib dan takdir kita sendiri sehingga kita melakukan.
Tidak ada sesiapa tahu rezeki mereka sehingga mereka bertindak dan berusaha.

Dan berapa ramai mereka yang berniaga di luar sana, yang berusaha berniaga sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri dan keluarga, tidak ada masa nak berjalan, tetapi masih tidak mampu pun nak buat jualan yang tinggi apatah lagi menjadi jutawan walaupun dah berniaga bertahun-tahun hingga berbelas atau berpuluh tahun.

Jadi? Apakah yang membezakan mereka ini? Ada 10 perkara penting menjelaskan persamaan mereka ini, 7 daripada 10 perkara ini ramai orang ada. Tetapi 3 yang terakhirlah yang menjadi perbezaan results mereka:

1. Kemahuan yang jelas
2. Keinginan yang tinggi
3. Kesanggupan mereka mencari jalan untuk capai matlamat mereka
4. Kesungguhan dan kegigihan mereka
5. Tidak berputus asa
6. Tidak dengar cakap orang yang merendah-rendahkan impian mereka
7. Sentiasa mempunyai tekanan sama ada dari dalam diri atau sekeliling yang menjadi pencetus kenapa mereka “berlari” dengan pantas
8. Komited belajar dari kejayaan dan kesilapan mereka yang telah berjaya
9. Tidak pernah rasa puas dan selesa dengan pencapaian yang ada
10. Mempunyai mentor yang sentiasa push mereka serta mereka komited kepada mentor mereka.

Perbezaan hasil mereka sangat jelas. Sangat nyata dan bukan perbezaan serta peningkatan yang sedikit. Perspektif kejayaan semua orang berbeza tetapi sebagai usahawan, apakah ertinya berniaga jika tidak mencapai peningkatan jualan dan perkembangan yang sewajarnya?

Pada saat kita leka, pada saat itulah pesaing kita akan mendahului kita. Memulakan bisnes itu mudah. Tetapi terus berniaga dan mengembangkannya serta membina legasi sehingga boleh bertahan bisnes kepada anak cucu? Itu perlukan ilmu, formula dan strategi yang berbeza.

Dan kami di Richworks, kami mempunyai formulanya yang telah terbukti berjaya.

Mungkin anda tahu kisah Datuk Wira Dr Azizan Osman terlibat dalam bisnes secara serius sejak tahun 1998. Dan beliau gagal melingkup 3 tahun yang pertama. Big time.

Bila beliau berjumpa mentor yang berjaya, bersedia membimbing beliau dalam bisnes terutamanya dalam bidang pengiklanan dan pemasaran pada awal 2001. Syaratnya, beliau mestilah sanggup bekerja tanpa gaji dan hanya mendapat komisen, beliau terima syarat tersebut dan beliau tidak menoleh ke belakang.

Beliau sangat jelas betapa 90% bisnes beliau gagal dahulu bukanlah masalah modal, masalah produk, masalah ofis. Tetapi 90% masalah beliau ketika mula-mula bisnes adalah – Tidak ada ilmu pemasaran yang proven success.

Perkataan ‘Proven Success’ itu membezakan banyak perkara. Beliau tersedar tentang kenapa perlu berniaga ‘Trial & Error’ bertahun-tahun jika ada formula dan strategi proven success yang beliau boleh ikuti?

Buat apa buat silap, ‘langgar dinding’ dan rugi sana sini bertahun-tahun berniaga jika ada formula proven success dan mentor proven success yang boleh beliau just follow.

Ramai buang masa try, test, ‘figure out’ bertahun-tahun dalam bisnes tetapi akhirnya bisnes mereka di tahap yang sama bukan?

Berapa banyak duit dan masa dah habis atau rugi dalam mencuba dan mencuba?

Berapa banyak potensi bisnes kita yang sepatutnya kita capai tetapi akhirnya kita kecundang atau biasa-biasa?

Ini pesanan daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Bisnes tanpa strategi pemasaran yang proven success hanyalah sia-sia dan buang masa.

Ini zaman berniaga yang penuh dengan persaingan. Dan hanya yang terbaik akan menang. Siapa yang terbaik? Yang ada strategi, ilmu dan formula guided dari mereka yang dah proven success terbukti telah bina begitu ramai jutawan.

Dan di Richworks, kami telah membawa perubahan besar kepada bangsa kita terutamanya tentang potensi kita menjadi usahawan dan jutawan bila ada mentor, ilmu dan strategi yang proven success insyaAllah.

Terlalu banyak kisah kejayaan yang telah direkodkan sepanjang hampir 13 tahun RichWorks menganjurkan program terutamanya berkongsi ilmu, formula dan strategi daripada MenThor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Lebih 1.1 juta orang yang telah mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu beliau sama ada secara online di media sosial, YouTube, laman web kami dan secara Live di seminar-seminar anjuran RichWorks.

Namun begitu, kami tahu masih ramai yang masih skeptikal dan negatif dengan usaha kami serta pandang rendah atas apa yang kami lakukan.

Walau bagaimanapun, sempena program 3-hari Zero Kos Marketing – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya bermula 28 hingga 30 Mei 2021, Richworks ingin mengucapkan tahniah buat anda yang komited hadir.

Program ini sesuai dengan namanya, akan berkongsi dan mengajar anda soal marketing yang penting bagi sesebuah bisnes. Marketing tanpa atau kecil kosnya bagi diguna pakai dalam strategi pemasaran sehingga mampu membina jualan jutaan ringgit walaupun anda mungkin bermula ditahap baru bermula atau telah lama berniaga.

Program ini telah membantu ramai usahawan di luar sana. Mudah-mudahan anda yang hadir akan membantu bisnes anda dan seterusnya bukan sahaja merubah nasib serta masa depan diri, keluarga, anak-anak dan orang sekeliling, malah mampu menjadi penyumbang zakat dan sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Untuk membina kejayaan yang luar biasa, ia perlukan komitmen yang luar biasa, tindakan luar biasa dan pengorbanan yang luar biasa.

Tahniah! Jumpa pada hujung bulan ini bagi mengembangkan lagi bisnes anda.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply