72% Isi Rumah Bumiputera – Kategori B40?

B40

Tahukah anda, sekitar 2.2 juta daripada 7.2 juta isi rumah rakyat Malaysia dibawah kategori B40 – dengan pendapatan RM4,000 ke bawah.

Mengikut Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS) 2019 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), daripada jumlah itu lebih separuh iaitu 72% atau 1.585 juta isi rumah dalam kategori B40 – Bottom 30% (pendapatan kurang RM4,000) merupakan Bumiputera.

Ia diikuti dengan kira-kira 422,400 (19%) isi rumah Cina , 167,800 (8%) isi rumah India dan 29,000 (1%) isi rumah etnik lain.

Sementara itu, terdapat kira-kira 752,700 (52%) isi rumah Bumiputera dalam T20 atau Top 20% dengan pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM11,000 ke atas pada 2019. Diikuti 565,700 isi rumah Cina (39%), 122 600 isi rumah India (8.5%) dan 6,700 isi rumah dari etnik lain (0.5%).

DoSM menggambarkan ‘jurang ekonomi yang luas antara etnik’ sebagai ‘salah satu cabaran terbesar negara’ dalam laporan HIS yang dikeluarkan pada bulan Julai lalu. Ia menyatakan bahawa pendapatan Bumiputera rata-rata jauh lebih rendah daripada kumpulan etnik lain.

Ditambah dengan keadaan krisis ekonomi terburuk yang sedang kita alami sejak era the Great Depression pada sekitar 1930an, tentunya mempengaruhi dan menjejaskan sektor ekonomi di negara.

Malah berikutan pandemik Covid-19, kadar purata penggangguran mencatatkan peningkatan kepada 5.3% atau 820,000 penganggur pada Mei 2020 iaitu tertinggi sejak 1989. Tapi ia berjaya diturunkan dengan pembukaan semula ekonomi dan pelaksanaan inisiatif PRIHATIN dan PENJANA kepada 4.7% pada Ogos lalu.

Bahkan, berdasarkan unjuran dikeluarkan KWSP dikatakan 2.4 juta rakyat bakal kehilangan kerja dan lebih 1.26 juta rakyat dijangka mengalami kemiskinan bagi beberapa bulan akan datang.

Persoalannya, adakah keadaan ini akan terjadi dan jumlah rakyat yang masuk dalam kategori B40 – B1, B2, B3 dan B4 meningkat serta T20 menurun menjadi suatu realiti?

Justeru itu, kita semua perlu mainkan peranan masing-masing untuk buat sesuatu. Seperti menambah kemahiran dan ilmu berkaitan agar tidak ketinggalan dalam arus kemodenan khususnya dalam dunia digital dan teknologi. Banyak peluang untuk anda tingkatkan pendapatan dengan ilmu dan kemahiran tinggi ataupun anda juga boleh memulakan bisnes.

Tapi, ramai orang di luar sana berpandangan bahawa untuk buat bisnes memerlukan modal yang besar sedangkan anda boleh bermula dengan modal yang rendah malah ada yang percuma. Biasa dengarkan mula apa ditangan anda yang bermaksud mula dengan apa yang dimiliki atau mampu. Bila sudah dapat rentak, baru anda boleh berkembang lagi ditambah dengan ilmu, strategi dan bimbingan daripada MenThor anda. Bagi yang akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) nanti, duit tambahan ini perlulah digunakan sebaik-baiknya, untuk diri dan keluarga anda.

Mereka yang tidak bekerja juga boleh jana pendapatan, bagi yang telah bekerja pun boleh tingkatkan pendapatan hasil bisnes sampingan yang dijalankan. Bagi usahawan, mereka boleh bantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru dengan bantuan dan insentif diberikan Kerajaan untuk mengembangkan bisnes lagi.

Tapi, anda perlu berhati-hati. Bisnes jika salah caranya boleh buatkan anda kerugian mungkin dari segi masa, tenaga malah wang ringgit. Jangan mulakan secara besar dahulu, sebaliknya mula dengan ikut kemampuan. Sebab itu, ilmu sangat penting untuk anda laburkan terlebih dulu bagi mendapatkan hasil yang diimpikan. Ilmu dan bimbingan daripada MenThor yang terbukti dapat lahirkan ramai usahawan berjaya penting untuk anda dapat berkembang dan capai matlamat dimahukan dengan lebih pantas.

Artikel terbaru

3 Comments

  • Dg Norhayati Bt Nuslin

    Tq RichWorks…

  • aiza

    Hi, assalammualaikum dan selamat petang. Sy masih mencari cari kekuatan diri sy. Apa bisnes yamg sesuai dengan sy. Sy dah cuba mcm2 bisnes tapi belum berjaya! Sy dah join MMM waktu tu sy buat produk Mary Kay, tapi gagal. Sy drop dari future sales director ke senior consultant. Hbs team sy naik ke leader sy. Ni kali ke 3 sy drop dari buat mary kay. Sekarang sy dah slow buat mary kay. Org nak baru sy order. Nak promote sungguh2 tu takda dah. Pastu sy decide buat takaful. Sama juga, dalam keadaan skrg ni modal byk keluar utk pergi jumpa org. Last2 semua ckp dah ada, nanti dulu. Ada yg dah masuk tapi separuh jalan. Bila follow up payment ckp covid. Client byk tak byr renewel walau dah diberitahu pentingnya ada takaful. Skrg decide buat coway lak. Sy dah join coway 2019 lagi tapi tak bersungguh buat. Alasan takda team. Masa awal2 buat mmg dpt la closed bulan pertama 3 unit, pastu tiap2 bulan 1 unit je. Tak cukup target. Hurm…buat coway pada sy ok sbb tak perlu modal mcm mana sy buat mary kay. Habis duit simpanan sy top up & simpan stock tapi barang tak leh jual. Kononnya time tu utk fight jadi sales director. Huhuhu, menangis sorang2 bila duit simpanan dah habis. Sekarang sy tak tahu apa yg sy nak focus! Takaful ke, mary kay ke atau coway ke? Kalau ikut sy lebih suka coway sbb komisen tinggi untuk fulltime. Sy pernah dpt rm1300 masa dpt jual 3 unit. Besar gak rm1300. Sedangkan masa buat mary kay habis beribu2 ada la..
    Sekarang ni sy nak sgt pihat team rich works dan doc azizan dapat bantu sy. Mohon sgt2. Lepas join MMM aritu mmg sy down sbb bisnes sy drop dan duit pun habis…

Leave a Reply