7 Tips Hasilkan eBook

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan emel atau bertanyakan soalan seperti ini. “Adakah anda ingin mendapatkan eBook atau newsletter dari kami secara percuma?”.

Cuba anda fikirkan, kenapa pemilik laman web buat begitu? Dengan memberikan eBook atau newsletter secara percuma?

Bagi anda yang sudah ada bisnes dan ingin kembangkan bisnes, mesti anda tahu kepentingan eBook untuk pemasaran perniagaan anda. eBook adalah sebuah buku panduan dalam versi digital, di mana buku tersebut hanya dapat dibuka melalui alat elektronik seperti komputer, notebook, smartphone atau laptop. eBook tidak menggunakan kertas seperti buku biasa, tetapi disusun menggunakan teks atau gambar yang berupa digital.

eBook merupakan teknik promosi percuma untuk menarik pelanggan. Dengan eBook mereka boleh mengumpul data emel pelanggan secara sah. Sebenarnya tidak susah untuk membuat eBook secara percuma. Kami ingin kongsikan bersama anda langkah-langkah mudah untuk hasilkan eBook sebagai permulaan untuk anda.

1. Idea

Sebelum anda menulis untuk eBook, anda mesti tahu apa yang harus anda tulis dan ingin sampaikan pada pelanggan anda. Sebagai permulaan, e-Book anda tidak perlulah panjang sampai 10 atau 20 muka surat.

Cukup sekadar yang termampu, paling kurang 3 atau 4 muka surat sahaja, itupun sudah dikira banyak. Anda boleh tulis tips pemasaran dalam perniagaan atau langkah-langkah untuk berjaya.

Terpulang kepada anda cara untuk mengolah ayat supaya pelanggan anda faham maksud yang anda ingin sampaikan.
 

2. Mula menulis

Setelah anda sudah ada idea untuk menulis, anda boleh curahkan idea-idea tersebut di dalam Microsoft Word. Pastikan anda menggunakan tatabahasa yang betul, struktur ayat yang lengkap dan tiada kesalahan ejaan.

Anda ingin tahu kenapa? Kerana, e-Book anda mungkin bukan sahaja akan digunakan oleh pelanggan, tetapi pelajar atau sesiapa sahaja. Oleh itu, elakkan buat kesalahan dalam menulis eBook kerana pengetahuan anda boleh dinilai melalui penulisan anda.

Bila anda sudah siap menulis, minta rakan atau ahli keluarga ‘proof read’ penulisan anda dan baiki stuktur ayat supaya ia lebih tersusun bagi mengelakkan kesalahan.
 

3. Simpan format PDF

Anda tidak boleh beri eBook anda dalam format Microsoft Word kepada pelanggan, tetapi mestilah disimpan dalam format PDF. Caranya, ketika anda mahu menyimpan (save) file yang anda tulis tadi, anda perlu ke file, kemudian tekan save as.

Akan keluar satu kotak di mana meminta anda untuk tekan save, anda hanya perlu tukar format di save as type dari Microsoft Word kepada PDF format.
Apabila sudah save, ini bermakna eBook anda sudah siap dan boleh diberi atau di muat turun (download) oleh pelanggan anda.

Anda juga boleh mengupah individu professional untuk buat design dan typesetting supaya ebook anda kelihatan lebih professional.
 

4. Cover page (muka depan)

Bagi mencantikkan eBook anda, anda boleh reka muka depan (cover page) eBook menggunakan software InDesign atau Photoshop supaya lebih menarik dan ada daya tarikan. Apabila siap, anda boleh gabung dengan eBook yang telah anda siapkan.

Jika anda tidak tahu cara menggunakan software tersebut, anda boleh rujuk di YouTube atau tutorial yang berkenaan. Anda juga boleh meminta kenalan atau sesiapa yang mahir dalam menggunakan software untuk merekanya bagi pihak anda. 

5. Edar e-Book

Sekarang anda sudah boleh beri e-Book anda pada pelanggan untuk di muat turun. Sebelum pelanggan memuat turun e-Book, mereka perlu mengisi maklumat mereka seperti nama dan alamat emel. Ia bertujuan untuk anda menghantar e-Book tersebut menggunakan emel anda.

Apabila maklumat pelanggan sudah diperolehi, anda boleh mula pasarkan perniagaan anda kepada mereka dengan menghantar sebarang maklumat, emel, tawaran hebat, produk terbaru dari anda, newsletter atau sebagainya kepada mereka melalui emel. Cara ini lebih berkesan digunakan berbanding media sosial yang lain. 

6. Promosi melalui e-Book

Jika anda ingin pasarkan produk anda dengan lebih efektif, gunalah e-Book. Dengan e-Book, anda akan memperoleh data pelanggan secara sah. Melalui data ini, anda boleh berhubung dengan mereka secara berterusan dengan menghantar newsletter, emel promosi produk anda, memberitahu mereka maklumat program yang akan diadakan dan sebagainya secara lengkap.

Jika anda menggunakan media sosial yang lain, anda rasa anda dapat beri mereka maklumat lengkap seperti ini?

7. Kelebihan e-Book

Antara kelebihan e-Book berbanding buku-buku biasa ialah, ia mudah di muat turun secara percuma dan tidak perlu menggunakan wang ringgit.Anda hanya perlukan data internet. Jika anda mahukan internet secara percuma, anda boleh ke kedai mamak atau tempat-tempat awam yang menyediakan wifi percuma.

Selain itu, e-Book adalah aplikasi dalam talian.Anda perlu buka smartphone atau laptop untuk membacanya, tidak perlu membawa buku yang tebal dan besar ke mana-mana. Ini lebih mudah dan senang dibawa.

Jika anda inginkan e-Book tersebut dalam bentuk ‘hard copy’, anda boleh sahaja print e-Book tersebut. Mudah dan senang kan?

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

8 Comments

    1. Sama-sama semoga bermanfaat ilmu yang diberi.sekiranya ada sebarang pertanyaa boleh terus rujuk Team Richworks di talian wasap.my/6016713663 . Kami sentiasa ready untuk anda!

  1. WOw Terima Kasih RichWorks sharing tips untuk hasilkan Ebook. Saya amat hargai perkongsian yang ringkas dan padat. Muga saya dapat menghasilkan ebook saya sendiri nanti.
    RichWorks The Best ❤️❤️

    1. Wow semoga bermanfaat ilmu yang dikongsikan. Terima kasih sentiasa sokong perjuangan Richworks! Kami sentiasa ada untuk anda.

  2. Alhamdulilah terima kasih atas ilmunya. Semoga Bermanfaat buat sya YG masih baru ni dlam bisnes

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan