7 Perkara Yang Boleh Menjatuhkan Perniagaan Anda

Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan mahupun perniagaan bagi seorang usahawan. Apatah lagi dengan adanya teknologi masa kini yang mempercepatkan perubahan dari berlaku. 

Daripada perubahan-perubahan yang berlaku tercetus perkara-perkara yang boleh merosakkan perniagaan. Usahawan tak boleh lalai kerana ada pesaing yang hanya menunggu masa untuk meninggalkan anda jauh di belakang. 

Sebagai pemimpin, jalan apa yang anda boleh ambil untuk sentiasa berikan yang terbaik kepada pelanggan berbanding pesaing lain di luar sana? Anda perlu sentiasa bersedia dengan setiap perubahan di mana ada perkara yang akan jadi penyebab kejatuhan perniagaan anda. 

Usahawan yang berjaya tahu mengawal, menjangka perkara yang bakal datang dan memahami apa yang menjatuhkan perniagaan.

Perkara yang menjatuhkan perniagaan

1. Perubahan dalam persaingan

Mungkin bisnes anda yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan pesaing yang ramai di luar sana. 

Jangan rasa selesa sebab dalam sekelip mata bisnes anda boleh jatuh kerana gagal mengekalkan daya tarikan yang lebih baik dari pesaing. Sama ada perniagaan anda kecil atau besar, persaingan akan mewujudkan krisis tanpa mengira industri.

2. Perubahan dalam teknologi

Bisnes perlu seiring dengan teknologi semasa. Jika menolak kehadiran teknologi boleh memusnahkan syarikat itu sendiri. Jika bukan sekarang, akan datang. 

Pertimbangkan semula untuk memanfaatkan teknologi seperti aplikasi, website, sosial media, ads dan sebagainya selagi masih relevan. 

3. Perubahan dalam budaya

Jom kita lihat perkembangan budaya di dalam industri muzik dan penjualan lagu-lagu. Dulu selain dengar di radio atau televisyen, nak dapatkan lagu perlu membeli album rakaman lagu tersebut. 

Sehingga satu tahap lagu-lagu sudah boleh dimuat turun secara haram dan menjejaskan jualan album di pasaran.

Budaya ini dianggap tidak salah pada kebanyakan pendengar, tapi di pihak penerbitan album rakaman itu sendiri mereka terpaksa menanggung kerugian yang tinggi. Budaya ini boleh memusnahkan seluruh industri muzik tanahair. 

Setelah itu, datang pula budaya perkhidmatan penstriman seperti Apple Music, Spotify, Pandora, Amazon Music, Google Music, YouTube Music dan sebagainya mengubah budaya mendengar muzik secara keseluruhan. 

Untuk memecah monopoli budaya yang ada, usahawan perlu tahu apakah peralihan budaya yang sedang berlaku dan bagaimana ia boleh mempengaruhi perniagaan kita.

4. Perubahan dalam ekonomi

Krisis ekonomi membawa kita kepada cara berfikir yang lebih luas dan memaksa kita untuk mengambil tindakan yang drastik. Usahawan yang gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi yang baru pasti akan kecundang. 

Jika anda mula berniaga pada tahun 2008 atau sebelum itu lagi dan masih bertahan hingga ke hari ini, tahniah diucapkan! 

5. Perubahan kehidupan pelanggan

Setiap usahawan pasti ada data pelanggan yang tersendiri. Adakah anda hanya bergantung kepada pelanggan yang sedia ada? Atau anda sering memperbaharui data dari semasa ke semasa? 

Sama seperti strategi bisnes yang sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran semasa, manusia juga berubah. Apabila perubahan berlaku dari bujang sudah berkahwin, mempunyai anak, umur semakin meningkat dan sebagainya, minat dan cara membuat keputusan mereka mula berubah. 

Yang akan kekal adalah pelanggan yang merasakan bisnes anda masih lagi relevan untuk mereka.

6. Perubahan kehidupan pekerja

Ramai usahawan mengalami situasi di mana pekerja melalui fasa dalam kehidupan seperti berkahwin, memiliki anak, perceraian dan sebagainya yang menyebabkan mereka kurang produktif dalam kerja. 

Anda perlu selalu bercakap dengan pekerja dan terus-terusan memberi inspirasi kepada mereka agar mereka dapat berikan yang terbaik kepada syarikat. 

Tak salah juga jika anda berikan ganjaran kepada pekerja yang bekerja keras dengan kenaikan pangkat, gaji atau apa sahaja tanda penghargaan kepada mereka. Layanan yang baik dari majikan dapat menaikkan semangat pekerja.

7. Perubahan dalam peringkat hidup anda

Perasan tak, kadang-kadang kita suka melihat kesalahan orang lain sebelum melihat kesilapan diri sendiri. Mungkin masalah bukan datang daripada orang lain tapi diri kita sendiri. 

Ini kerana dalam satu tempoh masa, anda mungkin rasa letih, sakit, putus cinta atau apa sahaja masalah yang mengganggu fokus anda pada bisnes. Masalah memang tak dapat dielakkan. 

Jika perlu, berhenti berfikir seketika dan dapatkan rehat yang mencukupi. Dah puas berehat, buat come back dan pastikan buat dengan jauh lebih baik. Tapi ingat, jangan berehat terlalu lama sampai memusnahkan bisnes anda!

Kekal relevan dalam industri bisnes anda

Cuba lihat sedalamnya bisnes yang anda jalankan sekarang, apa yang boleh merosakkan bisnes tersebut? Adakah anda bersedia menghadapinya jika ianya terjadi? 

Bisnes sentiasa perlukan perubahan dari semasa ke semasa. Boleh nak kekalkan cara lama jika ianya masih relevan dan boleh diguna pakai. Ambil peluang yang ada. 

Jadi pemain catur bukannya buah catur. Anda yang perlu tentukan rentak bisnes anda dan bukannya orang lain.



Leave a Reply