7 Kesilapan Dalam Copywriting Anda

7 Kesilapan Dalam Copywriting Anda

Apa perasaan anda bila anda tulis sesuatu ilmu bermanfaat kemudian kongsi ilmu tersebut dengan orang ramai dan mereka pula share dengan ramai orang?

Jika anda berniaga di media sosial, teknik copywriting antara satu faktor yang menarik pelanggan untuk menggunakan produk anda.

Copywriting adalah satu benda yang mampu membuatkan pelanggan tercuit hati untuk mengenal bisnes anda.

Melalui penulisan, anda boleh membeli hati pelanggan dengan ayat-ayat yang ringkas dan menarik, secara terus dan tidak perlu berbunga-bunga.

Mungkin anda tidak sedar, ketika anda menulis di media sosial seperti Facebook, Blog dan Instagram…anda telah melakukan kesilapan. Ingin tahu apa kesilapan tersebut, jom baca sampai habis.

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan dalam copywriting yang sering dilakukan:

1/ TAJUK TIADA NILAI (HEADLINES)

Jika anda menulis ayat copywriting, ia mestilah ada nilai yang boleh membeli hati pelanggan. Bila mereka baca caption atau tajuk, sudah mampu untuk menarik mereka mengenali produk anda dengan lebih dekat.

Copywriting anda juga mestilah menarik, padat dan catchy yang mana bila mereka baca, terdapat perasaan ingin tahu yang lebih lagi sehingga mereka sanggup baca sampai habis.

Mungkin anda pernah baca sesuatu berita yang tajuk langsung tiada kena mengena dengan berita yang ingin disampaikan.

Walaupun ia merupakan salah satu teknik pemasaran yang bagus, tetapi tajuk sebegitu akan mendatangkan salah faham dan menimbulkan komen-komen yang tidak elok.

Jika anda lebih selesa dengan tajuk yang kontroversi, anda boleh saja guna tetapi adakah ia memberi nilai pada anda dan pembaca anda?

2/ SUKA ‘COPY & PASTE’ HAK ORANG
Ia biasanya terjadi bila anda malas nak membaca dan kaji selidik sebelum menulis, betul? Anda harus ingat, anda tidak boleh ambil artikel orang secara bulat kerana ia merupakan hasil kerja dan idea beliau.

Jika anda inginkan juga, minta izin dan bagi kredit pada pemilik. Bila ramai orang copy sesebuah artikel, ia akan jadi semakin banyak idea yang sama. Jika seseorang ingin mencari idea untuk copywriting, dia akan memperolehi idea yang sama, betul?

Cara untuk memudahkan anda ialah, anda baca artikel-artikel tersebut dan olah mengikut acuan anda, apa yang anda faham melalui pembacaan tersebut dan kaitkannya dengan kehidupan anda. Ia bukan sahaja menambah ilmu anda, malah memberi manfaat kepada orang lain juga.

3/ AYAT TERLALU PANJANG
Ada sesetengah peniaga suka menulis ayat copywriting yang panjang sehingga sukar difahami apa yang ingin disampaikan. Kadang-kadang, bila ayat anda terlalu panjang, ia tiada isi.

Elakkan dari menulis ayat yang panjang dan huraian yang berjela kerana ia akan bercelaru seperti anda tiada perancangan sewaktu menulis. Ia juga boleh jadi pengulangan ayat dalam penulisan anda.

Bila anda menulis mengenai kebaikan atau cara-cara menggunakan sesuatu produk, pastikan ia sampai kepada pengguna. Gunakan ayat yang ringkas dan mudah.

Anda boleh rujuk Facebook atau katalog produk-produk yang terkemuka, tengok dan baca cara mereka sampaikan arahan kepada pengguna. Gunakan teknik copywriting itu dalam perniagaan anda.

4/ TIADA CALL-TO-ACTION (CTA)
Call to Action (CTA) antara senjata paling penting dalam copywriting, tetapi berapa ramai yang anda lihat gunakan senjata ini dalam perniagaan mereka?

Apabila anda buat copywriting untuk mengajak orang ramai hadir ke program yang anda adakan, anda perlu guna CTA. Anda perlu buat CTA yang jelas dan beri mereka alasan kenapa mereka patut buat perkara tersebut. 

Ia perlu ada tajuk dan pendahuluan iaitu kata-kata untuk menarik orang ramai membaca artikel tips atau teknik yang anda tulis. Konten pula isi kepada penulisan anda iaitu langkah-langkah pemasaran, tips untuk berniaga atau sebagainya.

Setiap CTA perlu ada penutup iaitu kesimpulan penulisan anda seperti, sebab anda perlu hadir ke sesebuah program dan maklumat sesuatu perkara seperti tarikh, tempat dan cara untuk menghubunginya.

5/ KESALAHAN PENGGUNAAN AYAT
Ramai peniaga yang tidak mengambil berat dan tidak mengamalkan teknik penulisan yang betul dalam perniagaan mereka.

Kebanyakan mereka tidak menghiraukan tatabahasa, ejaan, guna terlalu banyak ringkasan ayat (short form), struktur ayat yang tidak teratur dan banyak menggunakan ayat campur bahasa dan Inggeris. 

Bukan anda tidak boleh guna langsung, tapi minimakan penggunaan ayat tersebut. Sekiranya anda rasa dengan menggunakan perkataan Inggeris untuk sesetengah ayat (term) boleh membuatkan pembaca anda faham, anda boleh sahaja guna ayat tersebut.

Jika anda menulis untuk emel, blog dan newsletter, pastikan anda ‘proof read’ atau semak semula setelah selesai menulis. Ia mengelakkan anda membuat kesilapan tersebut dalam penulisan.

6/ TIDAK MENGGUNAKAN TESTIMONI
Testimoni adalah feedback atau komen pengguna setelah menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Setelah anda jual produk anda, anda boleh minta pendapat atau maklum balas mengenai produk tersebut.

Ia merupakan jaminan kepada pengguna lain untuk menggunakan produk anda. Ramai peniaga menganggap ini perkara remeh dan tidak perlu dibuat. 

Anda rasa kenapa sesuatu produk atau program ada ramai pengguna baru? Ini kerana, apabila mereka dengar sesuatu produk atau program itu bagus, mereka juga ada keinginan untuk mencuba.

Anda boleh ‘screen shot’ perbualan anda dengan pelanggan atau tunjuk gambar mereka sebelum dan selepas guna produk anda. Ia akan memberi kepercayaan kepada pengguna baru untuk mencuba dan menggunakan produk anda dan memperolehi hasil yang sama dengan pengguna sebelumnya.

7/ TIADA RUJUKAN
Sebelum membuat copywriting, ramai yang tidak buat rujukan terlebih dahulu. Mereka tidak ikuti Blog, Facebook atau Instagram peniaga lain.

Jika mereka ikuti atau teliti media sosial peniaga lain, mereka boleh jadikan ia sebagai sumber rujukan dengan ikut apa yang baik dan elakkan dari membuat kesilapan yang sama.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply