7 Jenis Bos Di Tempat Kerja. Anda Yang Mana Satu?

7 Jenis Bos Di Tempat Kerja. Anda Yang Mana Satu?

Sesetengah bos sememangnya mempunyai hati yang nurani manakala yang lain pula hanya kelihatan baik pada mulanya dan anda boleh menggunakan panduan ini untuk membezakan antara kedua-duanya, kata pakar budaya tempat kerja, Tom Gimbel.

Gimbel, Ketua Pegawai Eksekutif agensi pekerjaan LaSalle Network yang berpangkalan di Chicago berkata, jenis bos yang anda miliki boleh memberi impak besar kepada kejayaan dalam kerjaya anda.

Bos yang baik boleh membantu pekerja berkembang dan gembira di tempat kerja manakala bos yang buruk boleh menjadikan pengalaman seharian sebagai mimpi ngeri.

“Ada ungkapan mengatakan, ‘Ramai orang menyertai syarikat, tetapi mereka berhenti bos.’ Itu tidak terlalu jauh daripada kebenaran,” kata Gimbel kepada CNBC Make It.

82% pekerja Amerika berkata mereka berpotensi berhenti kerja kerana pengurus yang buruk, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun lalu oleh syarikat perkhidmatan pemeriksaan pekerjaan GoodHire.

Mengetahui tanda-tanda awal boleh menghalang anda daripada menghadapi masalah sejak awal.

Menurut Gimbel, terdapat tujuh jenis bos dan salah satunya adalah jelas lebih baik daripada yang lain iaitu bos yang bertanggungjawab dan penyayang.

Bos sebegini dapat mendorong anda untuk beraksi pada tahap yang tinggi sambil benar-benar cuba menyokong kesejahteraan anda.

Berikut ialah tujuh jenis bos menurut Gimbel, daripada yang paling biasa kepada yang paling jarang ditemui.

-Bos pengisar

-Bos motivator

-Bos hantu

-Bos narsistik

-Bos yang ingin menjadi B-F-F anda

-Bos yang bertanggungjawab dan penyayang

-Bos gunung berapi

1.   Bos pengisar

Seorang ‘bos pengisar’ sentiasa bekerja keras, yang mana ia merupakan suatu perkara positif. Tetapi mereka boleh membuatkan anda berasa seperti anda perlu mempersembahkan hasil kerja sehebat mereka atau anda akan dicop sebagai ‘subpar performer’.

Akhirnya, bos tersebut tidak pernah berpuas hati dengan apa yang orang lain lakukan dan anda mungkin mendapati diri anda terlalu bekerja untuk memenuhi jangkaan mereka yang tinggi atau menghadapi kritikan kerana tidak melakukan secukupnya.

2.   Bos motivasi

Bos motivator mempunyai beberapa kualiti kepimpinan yang hebat. Ujar Gimbel, mereka menyokong anda apabila anda bergelut dan menepuk belakang anda apabila anda mencapai sesuatu dan sentiasa menawarkan sokongan apabila diperlukan. Mereka juga optimis dan sentiasa mahu anda melihat sisi baik sesuatu perkara.

“Ia bukanlah suatu perkara buruk namun keyakinan yang berterusan dan kata-kata galakan mungkin menjadi sedikit ketinggalan kadang-kadang,” kata Gimbel. Bos motivator kadangkala sukar untuk  mengakui masalah atau berita buruk kerana sifat positif mereka yang keterlaluan.

3.   Bos hantu

Bos hantu memimpin dengan sangat teruk kerana mereka tidak pernah ada, kata Gimbel.

Biasanya, mereka tidak tahu kerja apa yang sedang dilaksanakan oleh pasukan mereka dan ‘ghaib’ apabila di saat para pekerja memerlukannya.

Mereka tidak dapat memberikan maklum balas berguna yang akan mengarahkan pasukan mereka ke arah yang betul sekaligus menyukarkan pekerja untuk menavigasi kerja mereka.

Bos hantu juga boleh membahayakan pertumbuhan kerjaya pekerja mereka kerana gagal memberikan bantuan dan menjadi mentor buat para staf.

4.   Bos narsistik

Seorang bos narsistik hanya fikirkan tentang diri sendiri dan perasaan mereka, menurut Gimbel. Mereka membuat tindakan berdasarkan perkara yang paling menguntungkan mereka dan meletakkan keperluan pasukan mereka sebagai hal nombor dua.

Akibatnya, pekerja mereka mungkin merasa tidak dipedulikan.

Satu lagi faktor penentu ialah mereka suka menjadikan segala-galanya tentang mereka. Mereka suka disanjung dan akan mengambil kira pujian untuk idea-idea yang baik atau ukuran kejayaan lain.

5.   Bos yang ingin menjadi teman baik anda

Bos yang mahu menjadi ‘best friend forever’ (BFF) anda sangat menghargai jika dirinya disukai oleh orang lain. Bersosial di tempat kerja sememangnya bukanlah suatu perkara yang buruk, tetapi bos sebegitu mungkin mengutamakan untuk berkawan daripada memimpin dengan betul dan memastikan pasukan bertanggungjawab.

Mereka boleh mengalih perhatian anda daripada kerja dan membantutkan kemajuan seluruh pasukan kerana mereka sangat mahu menjadi ‘BFF’ dengan semua orang di sekeliling mereka.

6.   Bos yang bertanggungjawab dan penyayang

Bos yang bagus akan mengimbangi di antara kebertanggungjawaban dan kasih sayang. Mereka memberi maklum balas yang jujur tentang kerja anda sama ada ia baik atau buruk dan mencabar anda untuk melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda.

Mereka juga benar-benar mengambil berat tentang pekerja mereka sebagai seorang manusia. Ini mungkin melibatkan pemahaman apabila pekerja mengalami hari yang sukar atau menangani isu peribadi dan cuba untuk menampung sebaik mungkin.

Mencari atau menjadi bos jenis itu adalah sukar kerana bukan semua yang memenuhi kriteria sebegini namun jika ada bos yang cuba berusaha menjadi sepertinya, maka ia adalah suatu nilai positif yang perlu diambil kira jika anda sedang mencarinya.

7. Bos gunung berapi

Menurut Gimbel, bos gunung berapi serupa dengan bos hantu kerana mereka tidak begitu berminat dengan kerja yang anda lakukan dan gagal membimbing atau menasihati anda di sepanjang jalan.

Perbezaannya, mereka ‘meletus dan hanya meletup’ pada pekerja apabila mereka tidak berpuas hati dengan tugas atau tugasan, kata Gimbel.

Bos-bos itu tidak menyedari bahawa sebahagian besarnya adalah berpunca daripada kesalahan mereka apabila tugasan yang telah selesai disiapkan jauh daripada apa yang mereka mahukan.

Namun begitu, peluang anda untuk bertemu bos sebegini agak tipis kerana karakternya jarang ditemui, ujar Gimbel.

Hmm, adakah anda bersetuju dengan kenyataannya?

Artikel terbaru

2 Comments

  • Alhamdulillah dpt semangat dan tepatlah apa niat saya terhadap pekerja saya. Tq RA👏

    Saya bos no. 5

    5. Bos yang ingin menjadi teman baik anda

    Bos yang mahu menjadi ‘best friend forever’ (BFF) anda sangat menghargai jika dirinya disukai oleh orang lain. Bersosial di tempat kerja sememangnya bukanlah suatu perkara yang buruk, tetapi bos sebegitu mungkin mengutamakan untuk berkawan daripada memimpin dengan betul dan memastikan pasukan bertanggungjawab.

    Mereka boleh mengalih perhatian anda daripada kerja dan membantutkan kemajuan seluruh pasukan kerana mereka sangat mahu menjadi ‘BFF’ dengan semua orang di sekeliling mereka.

Leave a Reply