Penghormatan bukanlah sesuatu yang diberikan secara percuma. Anda mestilah berusaha mendapatkannya.
Apabila menjadi pemimpin, adalah penting untuk dihormati oleh orang yang bekerja di bawah kepimpinan anda. Mereka mungkin mengagumi tabiat kerja, kepintaran atau keupayaan anda untuk mendapatkan projek.
Namun, sebenarnya ada yang lebih bermakna daripada itu. Jika anda boleh mendapatkan penghormatan daripada mereka sebagai seorang individu, maka anda benar-benar telah berjaya melakukannya.
1. Bersopan santun
Sentiasa bersikap sopan terhadap semua orang yang anda temui pada setiap hari. Baik ahli keluarga, rakan sekerja mahupun pencuci tandas, berbuat baiklah kepada semua tanpa mengira status ataupun pangkat.
Hormatilah orang lain sama seperti yang anda inginkan. Anda boleh menolong membuka pintu di kedai kopi untuk orang di belakang atau mendahulukan warga emas bagi menggunakan lif.
Jangan lupa ucaplah ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ di saat memerlukan. Perbuatan itu mungkin kecil namun mampu memberikan impak yang sangat besar buat seseorang.
2. Bertindak dengan matang
Ubah tingkah laku yang tidak sopan seperti menjeling, mengganggu atau bercakap negatif tentang seseorang. Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati orang yang sedang berinteraksi dengan anda, malah ia membataskan perhubungan hingga menjejaskannya.
Oleh itu, cuba belajar untuk mendengar apabila seseorang itu sedang bercakap. Semua orang berhak untuk didengari, walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan pandangan atau pendapat daripadanya.
3. Jadi pendengar yang baik
Mendengar adalah perlakuan yang aktif, bukannya pasif. Berfikir sebelum anda bercakap. Selalunya apabila berbual, sesuatu isu akan diketengahkan hingga masing-masing berkongsi kisah yang sama.
Daripada berkongsi kisah anda, adalah lebih untuk anda bertanya soalan kepada individu lain agar mereka boleh berkongsi cerita dengan lebih banyak lagi. Kebanyakan orang akan rasa terharu apabila ada yang mengambil berat terhadap mereka.
4. Sentiasa menghulurkan bantuan
Seorang individu itu akan sentiasa dihormati apabila dia sering bersedia untuk menghulurkan bantuan di saat diperlukan.
Carilah peluang dan ruang untuk membantu di mana anda mungkin terlepas pandang sebelum ini. Adakah rakan sekerja memerlukan bantuan dengan projek besar? Bolehkah anda hulurkan secawan kopi buat seseorang? Berusahalah untuk memberi pertolongan setiap hari kepada mereka yang memerlukan.
5. Jangan berdalih
Tindakan anda adalah berdasarkan pilihan anda, oleh itu tidak ada alasan untuk alasan. Sebagai contoh, jika anda sentiasa lewat, jangan membuat alasan yang tidak munasabah.
Sedari kesilapan, perbaikinya dan lakukan yang lebih baik di masa akan datang. Daripada fokus pada kekurangan anda, cuba anda berfikir, “Bagaimanakah saya boleh membetulkan tingkah laku atau situasi saya?”
6. Lepaskan rasa marah
Menahan kemarahan atau dendam tidak akan menyakiti sesiapa melainkan diri sendiri. Jika anda kecewa, lepaskan kemarahan itu buat seketika. Kemudian, move on! Beri rehat kepada diri sendiri dan orang lain. Maafkan dan kemudian lupakan.
7. Bersedia untuk berubah
Sikap keras kepala tidak akan membawa anda ke mana-mana. Sedarlah bahawa proses evolusi merangkumi pelbagai perubahan.
Berusahalah untuk berkembang sebagai seorang individu dengan pelajari kemahiran serta cuba aktiviti baharu dan yang paling penting sekali adalah periksa semula tingkah laku automatik anda.
Jangan lupa untuk beri ucapan tahniah kepada diri sendiri di atas kemajuan yang anda capai di sepanjang jalan untuk menjadi insan yang lebih baik.
10 Comments
Salam jumaat…Alhamdulillah ilmu2 yang disampaikan pagi yang mulia ini…
Alhamdulillah..terima kasih bagi artikel ni. Tajuk hari ni sangat kena dengan keadaan saya sekarang ini. Saya perasan di kalangan staf saya sekarang ni kurang sikap hormat menghormati. Terutama staf yang dah lama kerja. Mereka rasa mereka dah lama kerja jadi orang baru masuk kena hormati mereka walaupun staf baru masuk tu pangkat tinggi dari diorang. ermmm…maaf luahkan perasaan sikit. Terima kasih team Richwork. Good job!
Terima kasih atas perkongsian ini. Setiap organisasi atau tempat kerja pasti akan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan lupa kongsikan pada orang lain juga. Semoga dipermudahkan urusan!
Terima kasih atas 7 tips. Kelemahan yg selalu saya buat ialah no 6 iaitu seboleh mungkin menahan kemarahan tapi masih boleh memaafkan cuma payah melupakan😅
Terima kasih di atas perkongsian ilmu yg sgt berguna…
Amazing! Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
Terima kasih atas artikel ini, walau harus perlahan menganalisa kata demi kata, namun dapat juga sy pahami maksudnya sesuai bahasa di Indonesia
Terima kasih atas perkongsian. Semoga dipermudahkan urusan!
Buat satu videos dengan membaca artikel untuk perkongsian.
Masukkan ke dalam YouTube,TT dan sebagainya semoga mudah disampaikan,dipelajari dan difahami..
Semoga dipermudah. Keep it up