6 Tips Untuk Elak ‘Monday Blues’

tips

Biasanya orang akan cakap hari Isnin adalah Monday blues. Kebanyakan pekerja gelisah bila tiba hari Isnin. Betul ke?

Kadangkala ada orang yang datang kerja dengan bersemangat akan jadi terpengaruh dengan sikap orang yang ada pemikiran Mondays Blues. Perkara ini biasanya berlaku selepas anda bercuti walaupun hanya dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad. 

Namun jika anda lihat dari sudut bisnes, hari Isnin adalah hari yang paling penting dan banyak perkara yang perlu kita fokus.

Tapi jika anda perasan inilah yang biasanya berlaku. Mindset atau mood anda masih lagi ingin bercuti. Jika anda tidak ubah dari sekarang ia juga akan memberi kesan kepada staf anda dan juga bisnes anda.

Mungkin anda boleh bayangkan datang ke tempat kerja dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang akan berlaku agaknya? Hari Isnin sepatutnya adalah hari yang mana anda telah tentukan apakah goals atau perkara yang ingin anda capai.

Berikut kami kongsikan anda dengan dengan 6 Tips Elak ‘Monday Blues’  :

1) Dress for success

Cabar Monday Blues dengan bersiap cantik-cantik nak pergi kerja terutamanya pada hari Isnin. Bagaimana? Anda boleh memilih pakai kegemaran anda, warna yang anda selesa dan anda rasa itu adalah pakaian yang membuatkan energy anda jadi luar biasa.

Anda juga boleh hias diri anda dengan memakai wangi-wangian. Tahukah anda mengapa ia penting? Ini adalah imej anda sebagai founder dan jika anda seorang staf, anda juga adalah imej kepada syarikat anda. 

Ada orang akan memilih untuk bercakap “Tidak! Aku nak jadi orang yang rendah diri, pakai biasa-biasa sahaja. Itu pun dah cukup”. Tapi sedar atau tidak sebenarnya pakaian juga memberi kesan kepada imej branding anda.

Jadi hari Isnin, tukar cara dengan berpakaian cantik dan kemas walaupun anda hanya berniaga di tepi jalan sahaja. Imej tetap kena jaga sekurang-kurangnya untuk bagi orang nampak anda sentiasa dalam keadaan bersih. 

2) Siapkan kerja awal

Anda siapkan kerja dengan lebih awal pada setiap hari supaya tidak ada kerja bertangguh yang anda perlu sambung pada hari Isnin. 

Adakah anda mempunyai staf yang suka bertangguh kerja atau anda sendiri suka tangguhkan kerja? Apa kesan sekiranya kerja anda tertangguh? Kerja makin bertambah, tak cukup masa nak siapkan, dan mungkin kerja orang lain juga akan jadi tertangguh sekiranya anda tidak berjaya selesaikan kerja berikut.

Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah, pastikan kerja telah disiapkan sebelum hari cuti dan mungkin anda boleh sediakan jadual untuk kerja-kerja anda lebih teratur. 

3) Rehat secukupnya 

Anda perlu rehat secukupnya pada waktu malam sebelumnya supaya lebih bersedia dan fokus. Apa yang pending atau apa yang belum diselesaikan. Biasanya pada hari Ahad adalah hari untuk anda berehat.

Ambil 1-2 jam apa yang perkara anda nak fokus pada minggu depan. Senaraikan apa yang anda nak kena buat. Ambil masa untuk fikirkan apa yang anda nak kena buat pada minggu hadapan dan apakah perkara yang perlu difokuskan. 

Cuba untuk duduk sebentar dan fikirkan. Hari Isnin anda mungkin lebih bersedia selepas ini. Masuk ofis pun hanya meeting bersama staf untuk bincangkan apa yang telah anda fikir untuk lakukan pada hari tersebut.

4) Hiasi ruang kerja 

Tahukah anda bagaimana persekitaran kerja sangat penting? Ianya memberi kesan kepada mood seseorang. Siapa antara anda yang selalu mengalami masalah meja bersepah, buku dan gunting atas meja yang tidak diletakkan di tempat yang betul?

Biasanya orang begini adalah orang yang tidak pandai untuk menguruskan kerja. Dalam masa yang sama fikirannya juga tidak teratur, dan mengakibatkan kerja tidak tersusun. 

Perkara ini akan memberi kesan kepada emosi anda dan semangat untuk membuat kerja tidak seperti yang biasa. Apa kata kali ini anda lihat meja anda dan cuba untuk mengemas meja sebelum balik supaya bila hadir ke tempat kerja keesokannya anda akan jadi lebih bersemangat.

Jika anda seorang yang sukar untuk mengemas, cuba untuk paksa diri anda untuk ambil masa dalam 5 minit untuk kemas meja anda sahaja. 

5) Buat senarai things to do

Supaya anda lebih excited untuk melakukan kerja anda, buatkan senarai things to do. Penting untuk anda letakkan target atau goals anda untuk anda capai apa yang anda ingin selesaikan. Contohnya, anda merancang untuk siapkan kerja sebelum jam 3 petang. 

Anda pasti akan paksa diri anda untuk siapkan kerja tersebut sebelum waktunya. Jadi anda akan merasa lebih pantas untuk siapkan kerja dan excited untuk selesaikan kerja anda pada hari itu.

Dalam kata lain, anda sedang cipta permainan anda dalam melaksanakan kerja supaya kerja siap pada waktu yang telah anda tetapkan sendiri.

6) Rancang sesuatu yang istimewa 

Apa yang anda boleh lakukan adalah rancang sesuatu yang istimewa yang anda nak lakukan pada hari Isnin. Biasanya hari Isnin atau hari-hari lain anda akan melakukan rutin yang sama iaitu pergi kerja dan balik kerja.

Berapa ramai antara anda yang mampu membahagikan masa dengan kerja dan masa untuk diri sendiri. Anda boleh rancang sesuatu sekiranya anda mempunyai masalah Monday Blues. 

Contohnya, seperti anda boleh pergi makan bersama keluarga di tempat kegemaran anda, bawa anak-anak pergi tonton wayang. Dan juga anda boleh ke mana-mana tempat yang boleh buatkan anda lupa sebentar tentang kerja dan fokus kepada orang yang tersayang. 

Artikel terbaru

Leave a Reply