6 Pesanan Yang Steve Jobs Tinggalkan Buat Kita Semua

6 Pesanan Yang Steve Jobs Tinggalkan Buat Kita Semua

Walaupun sudah 12 tahun Steve Jobs meninggal dunia akibat kanser pankreas, namun jasa dan sumbangan yang beliau tinggalkan dalam dunia teknologi kekal memberi manfaat kepada masyarakat dunia hingga ke hari ini.

Sentiasa menjadi perhatian ramai, kata-kata yang keluar daripada mulut beliau juga sentiasa boleh diambil sebagai iktibar dan menjadi inspirasi buat sesiapa yang mendengarnya.

Sebelum ini, Jobs pernah memberi nasihat kepada graduan muda sewaktu majlis graduasi Universiti Stanford yang merupakan antara sekolah perniagaan terbaik di dunia.

Dalam teks penuh ucapannya, beliau menceritakan banyak perkara daripada aspek kerjayanya, saat dipecat hinggalah tentang penyakitnya yang membawa kepada kematiannya.

Setiap orang yang mendengar atau membacanya tentu saja berasa semangat dan terinspirasi dengannya kerana beliau boleh dikatakan sebagai seorang perintis dalam bidang teknologi di zaman moden.

Menariknya, anda boleh saja meniru kejayaannya dan memulakan perniagaan dengan modal sedia ada seperti Steve Jobs yang tidak memikirkan pinjaman modal kerja kerana percaya dengan kebolehannya.

Untuk menjadi sepertinya, anda bolehlah mengambil iktibar tentang nasihat yang telah diungkapkannya kepada para graduan di hari graduasi tersebut.

1.       “Design is not just about what it looks like and feels like. Design is how it works.”

Reka bentuk bukan hanya tentang bagaimana ia kelihatan atau rasa. Ia adalah tentang cara ia berfungsi.

Apabila merancang sesuatu, rupa dan rasa adalah penting. Namun begitu, cara ia berfungsi sudah tentu yang paling utama. Jadi, jika anda sudah biasa dengan iPad, anda tidak akan berasa kekok apabila menggunakan iPhone.

2.       “Sometimes life hits you in the head with a brick. Don’t lose faith.”

Kadang-kadang hidup ini sangat sukar sehingga anda rasa bagai dihentak. Namun begitu, jangan sesekali hilang kepercayaan.

Ya, kehidupan sering kali memberikan tamparan yang sangat hebat terhadap anda. Tetapi, itu tidak bermakna yang ada perlu menyerah.

Jika anda berpegang kepada iman dan prasangka baik terhadap peraturanNya, sudah tentu anda akan sentiasa mendapat yang terbaik.

3.       “Your time is limited; don’t waste it living someone else’s life.”

Masa anda istimewa dan terhad. Oleh itu, jangan buang masa anda atau hidup orang lain. Masa anda adalah untuk hidup anda sendiri.

Percaya pada kebolehan diri sendiri supaya anda mampu memaksimumkan potensi dalam diri. Tidak perlu memaksa diri mengikut kehendak orang lain sehingga anda berasa tertekan seolah-olah hidup anda mengikut acuan hidup orang lain.

4.       “Stay hungry, stay foolish.”

Ertinya, tahan lapar dan terus rasa bodoh. Ya, apabila anda berasa sentiasa lapar dan bodoh, maka anda akan sentiasa berkembang.

Lainlah kalau anda rasa sudah cukup selesa dan berada di atas orang lain, maka anda akan berhenti belajar kerana anda sudah merasa puas dan cukup. Namun, hakikatnya orang lain sedang berlumba-lumba mengatasi dan meninggalkan anda jauh di belakang.

5.       “The only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do.”

Satu-satunya cara untuk benar-benar memuaskan diri anda adalah dengan melakukan apa yang anda benar-benar percaya sebagai kerja yang sangat hebat.

Dan untuk melakukan kerja yang hebat adalah dengan menyukai apa yang anda lakukan. Nampak jelas bahawa anda perlu bermula dengan perkara yang anda suka untuk mencipta karya yang hebat.

Ingatlah, kerana jasanya, Apple sentiasa menyediakan teknologi yang banyak mempengaruhi perkembangan teknologi di dunia.

Sudah tentu, senarai pencapaiannya terlalu panjang untuk dikongsikan di sini.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak mesej yang sangat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang perniagaan mahupun untuk menjadikannya lebih maju.

Boleh jadi, apa yang anda inginkan, seperti pinjaman modal kerja untuk memulakan perniagaan, boleh dipertimbangkan semula apabila anda membaca nasihatnya ini.

6.       “Simple can be harder than complex. You have to work hard to get your thinking clean to make it simple.”

Kesederhanaan boleh menjadi lebih sukar jika dibandingkan dengan perkara yang rumit. Anda perlu bekerja keras untuk membersihkan dan melapangkan fikiran anda supaya boleh menjadikannya lebih mudah.

Jadi, orang yang pintar mampu menjadikannya lebih senang untuk dilakukan kerana dapat menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply