Selalu tak anda dapat emel dari mana-mana bisnes? Anda ada dapat emel dari Richworks? Apa bagusnya emel ini atau dikenali sebagai email marketing.
Teknik pemasaran menggunakan emel adalah satu strategi yang efektif kerana tawaran kita boleh masuk terus ke inbox emel pelanggan dan dibaca oleh mereka.
Dengan pemasaran emel, seseorang peniaga dapat berhubung dengan pelanggan secara terus menerus untuk jangka masa yang panjang.
Dengan belajar ilmu pemasaran, anda akan lebih terbuka untuk gunakan teknik yang betul dan sesuai dengan perniagaan anda. Tidak semua alat pemasaran boleh digunakan dalam perniagaan anda, betul betul?
6 manfaat pemasaran menggunakan email marketing :
1/ MURAH
Ia menggunakan modal yang murah dan cepat berbanding emel biasa. Kadang-kadang kita memerlukan perkhidmatan dari pembekal emel responder, namun bayaran ini akan jauh lebih murah dan efektif berbanding kita gunakan emel biasa yang selalu kita guna.
Tahap responsive direct mail biasanya lebih tinggi, itulah sebabnya mengapa email marketing sangat menguntungkan kepada para peniaga.
2/ CEPAT
Menghantar mesej promosi atau tawaran menggunakan cara biasa seperti perkhidmatan pos biasanya jauh lebih lama berbanding dengan emel.
Tambahan, kita juga harus tunggu respon dari pelanggan melalui surat yang mereka hantar melalui pos, pasti akan memakan masa yang lama dan tidak efektif.
Dengan email marketing, kita boleh mencapai para pelanggan dalam masa yang sangat singkat dan cepat terus ke emel peribadi mereka dan hasilnya juga akan diperolehi lebih cepat.
3/ BERSIFAT PERIBADI
Email marketing yang bersifat peribadi biasanya akan mendapat perhatian lebih besar dari para pelanggan kerana emel tersebut sampai ke inbox emel secara terus.
Sesetengan pelanggan yang biasa mendengar jenama kita akan merasa selesa apabila menerima emel kerana mereka akan sentiasa update dengan program yang kita buat dan produk terbaru yang dikeluarkan, maka ia jauh lebih mudah untuk menawarkan apa-apa produk pada mereka melalui email yang kita hantar.
4/ BINA HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN
Dengan pemasaran melalui emel, kita boleh menjalin hubungan yang baik dengan para pelanggan.
Ini kerana, kita bukan sahaja tawarkan mereka produk terbaru, malah pelbagai maklumat seperti tips perniagaan, update mengenai promosi produk, katalog, kalendar dan sebagainya di kongsi bersama mereka.
5/ RETURN OF INVESTMENT (ROI)
Dalam dunia perniagaan, result adalah fokus yang paling utama dan sangat penting. Sebab utama mengapa kebanyakan peniaga melabur dalam pemasaran emel kerana pulangan yang lumayan.
Sebagai contoh, dengan hanya blast satu emel, anda mampu mendapat banyak responden yang berminat pada perniagaan dan produk yang anda tawarkan.
6/ CALL TO ACTION (CTA)
Apa-apa promisi yang anda lakukan mesti ada CTA. Anda perlu buat CTA yang jelas dan beri mereka alasan kenapa mereka patut buat perkara tersebut.
CTA yang efektif bergantung kepada idea anda dan produk apa yang anda tawarkan kepada mereka.
Pelbagaikan CTA anda supaya ia lebih menarik dan nyatakan maklumat sesuatu perkara seperti tarikh, tempat dan cara untuk menghubunginya.