6 Kunci Pemasaran Untuk Anda

6 Kunci Pemasaran Untuk Anda

Kunci pemasaran, bila anda berniaga 1 perkara yang anda perlu tahu ialah adakah perniagaan anda itu dapat menyelesaikan masalah orang? Masalah apa? Bagaimana dan pada nilai berapa? Jika anda tidak tahu perkara ini, bermakna anda masih belum jelas dengan perniagaan anda.

Tetapi, ramai orang tahu perniagaannya dapat bantu menyelesaikan masalah orang lain, masalahnya peniaga tidak tahu dengan jelas bagaimana untuk menjadikan orang nampak perniagaannya dan bagaimana ianya dapat bantu orang lain.

Pemasaran ialah beri orang nampak perniagaan anda. Berikut kami kongsikan 6 perkara asas iaitu kunci pemasaran yang mungkin orang ramai pandang remeh.

6 kunci pemasaran untuk anda guna pakai dalam bisnes :

1. Pemasaran Online (Online Marketing)

Pemasaran Online adalah satu platform termurah dan terpantas untuk memasarkan perniagaan anda (jika anda ada ilmu yang betul untuk gunakannya!) Tapi, ramai peniaga tak merasakan ianya penting.

Ada peniaga hanya tertumpu menggunakan pemasaran offline seperti banner, bunting, brochure dan lain-lain lagi, sedangkan jika digabungkan pemasaran oline dan offline hasilnya akan lepih hebat. Lebih ramai orang akan tahu tentang perniagaan anda.

2. Menambah Nilai (Add Value)

Berniaga bukanlah untuk menjual semata-mata. Ini kesilapan utama peniaga. Sentiasa mahu menjual sehinggakan orang ramai pun bosan dengan kita.
Cuba kongsikan ilmu dan kebaikan produk anda, ceritakan pengalaman orang menggunakan produk anda, hasil selepas mereka gunakan, tips-tips untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Ini akan menyebabkan mereka rasa lebih yakin dan mempercayai anda. Secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai perniagaan anda.

3. Penulisan Satu Pemasaran (Writing is Marketing)

Peniaga selalu merasakan menulis itu tidak penting untuk mereka. Ini salah! Ini zaman teknologi, maklumat berkembang melalui media sosial dan di sinilah peniaga perlu tahu untuk menulis.

Jika anda perhatikan betul-betul, kita tidak lagi menggunakan buku panduan telefon untuk mencari perniagaan tetapi kita akan “Search’ di internet. Jika anda selalu menulis tentang perniagaan anda di blog dan di laman sosial anda akan lebih mudah dijumpai.

Anda tak perlu menjadi penulis novel untuk bermula, cukup dengan berkongsi apa yang anda lakukan, apa testimoni anda atau pengalaman baik orang lain menggunakan perkhidmatan anda, dan ini sudah cukup baik.

Rancang sebaiknya apa yang anda hendak kongsikan setiap hari. Secara tak langsung, ini akan menjadikan anda mudah dikenali ramai.

4. Kuasai Database

Jangan pandang remeh kepada mereka yang hadir atau berurusan dengan anda. Simpan data mereka dan anda boleh sentiasa berhubung dengan mereka melalui SMS, Emel dan Whatsapp. Cuba anda ingat baik, berapa kerap anda terima SMS atau emel dari perniagaan besar, syarikat telekomunikasi, pasaraya dan lain-lain?

Mereka akan sentiasa memberitahu anda tentang tawaran semasa, aktiviti jualan dan lain-lain. Dari sini, pelanggan akan mudah tertarik dan menyebarkannya kepada orang lain pula.

Di sinilah database memainkan peranan yang besar dalam membantu memasarkan perniagaan anda.

5. Ada Masalah Ada Peluang

Perniagaan wujud sebab ada masalah. Jika anda buka perniagaan hanya kerana suka-suka, dan tak tahu masalah apa yang anda boleh selesaikan, ini bermakna perniagaan anda susah nak tahan lama.

Tak kira apa jenis perniagaan, anda perlu tahu apa masalah orang yang anda boleh selesaikan sebaiknya. Jika anda dapat ‘highlight’ kan perkara ini, dan tahu cara untuk memasarkannya, lebih mudah perniagaan anda untuk dikenali ramai.

Sekecil-kecil perniagaan pun tujuan utamanya adalah nak selesaikan masalah orang. Cuba duduk dan fikir sejenak apa masalah yang perniagaan anda boleh selesaikan dan kongsikannya dengan seramai orang yang memerlukan.

6. Nilai Bersih (Net worth)

Ramai peniaga tak tahu nilai perniagaan mereka. Mereka jadikan perniagaan mereka setakat cukup makan, cukup bayar hutang dan cukup untuk hidup. Sebenarnya, ramai peniaga tak ambil tahu langsung tentang nilai perniagaan. Mereka berniaga suka-suka. Janji berniaga.

Ini akan menyukarkan mereka untuk menetapkan matlamat dan untuk berkembang. Ianya ibarat anda tiup belon dan tak tahu pada tahap besar mana belon itu akan menjadi besar dan cantik atau besar mana ianya akan meletup.

Sehubungan itu, jika anda serius untuk menjalankan perniagaan, anda perlu tahu 6 perkara asas ini.

Kini dah sampai masanya untuk anda betul-betul jadikan perniagaan anda sebagai satu platform untuk anda mampu memberi banyak bantuan kepada diri sendiri dan orang lain dan bukan sekadar cukup makan sahaja.

Artikel terbaru

Leave a Reply