6 Cara Membuatkan Staf Anda Rasa Seronok Di Tempat Kerja

6 Cara Membuatkan Staf Anda Rasa Seronok Di Tempat Kerja

Seorang ketua atau pengurus yang bagus sememangnya perlulah memiliki kredibiliti yang hebat termasuklah dari segi aspek menjaga kebajikan kakitangannya. 

Ini bukanlah bererti mereka perlu dibelai setiap masa tetapi bila kita menunjukkan keprihatinan, mereka juga akan jadi lebih bersemangat dan bermotivasi di tempat kerja sekaligus menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tidak susah pun untuk melaksanakan ini semua. Berikut merupakan antara cara bagi mengutamakan kesejahteraan kakitangan anda pada bila-bila masa dan di mana jua.

1.       Kehidupan Seimbang

Adalah penting bagi semua orang dalam pasukan anda mempercayai bahawa mereka mempunyai masa rehat, waktu bersama keluarga atau masa untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan di luar pejabat. Anda harus menggalakkannya dan menjelaskan bahawa masa ini berharga buat mereka sebagai seorang manusia.

Apabila staf anda tahu bahawa mereka mempunyai sedikit masa rehat tambahan apabila diperlukan, ini membuatkan mereka merasa lebih tenang dan kekal fokus apabila berada di tempat kerja.

2.       Sediakan Dana Kecemasan

Apabila orang mengalami krisis, mereka tidak boleh menunggu untuk kembali ke pejabat untuk meminta bantuan. Pastikan terdapat dana yang ditetapkan yang boleh diakses oleh pekerja anda untuk membayar bil perubatan dan pembaikan kereta.

Jika pekerja perlu mengambil cuti kerana mengalami kemalangan atau ada kes kecemasan di hospital, mereka tidak perlu risau tentang kos yang perlu ditanggung. Pastikan anda mempunyai dana kecemasan yang tersedia supaya pekerja tidak tertekan tentang perkara yang akan berlaku jika berdepan masalah. Mereka hanya perlu fokus untuk menjadi lebih baik!

3.       Menawarkan Jadual Fleksibel

Ini boleh jadi dalam bentuk waktu kerja yang berbeza, atau pilihan untuk bekerja dari rumah jika mereka memerlukannya.

Jika seseorang perlu berada di tempat kerja pada pukul 8 pagi, membuat temu janji doktor, atau mengambil anak di sekolah, maka adalah penting untuk mereka boleh melaraskan jadual dengan mudah.

Perkara ini juga secara tidak langsung membantu memberikan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan yang merupakan bahagian penting untuk memastikan kakitangan anda rasa gembira dan bahagia.

4.       Menyediakan Makanan di Tempat Kerja

Dengan menawarkan pekerja anda pilihan yang sihat, anda memudahkan mereka memilih yang terbaik untuk tubuh badan mereka.

Selain itu, tindakan ini juga menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang kesejahteraan mereka sekaligus membuatkan mereka berasa dihormati dan dihargai.

Menerusi pilihan yang disediakan, anda juga membantu staf menjimatkan wang dan masa mereka daripada bergegas ke luar bagi mencari makanan tengah hari.

5.       Ganjaran Kreativiti

Pemikiran kreatif sememangnya adalah suatu tunjang penting dalam kejayaan perniagaan dan ia telah dibuktikan berulang kali. Jadi bagaimana jika kita mahu staf tonjolkan sisi kreativiti mereka?

Ia akan bermula apabila anda menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai cara kerja yang sama. Jadi, cuba lihat persekitaran pejabat anda secara keseluruhan dan tanya diri anda apa yang boleh diubah untuk menjadikannya lebih kondusif ke arah cara berfikir yang berbeza dan lebih kreatif.

6.       Wujudkan Suasana Menyeronokkan

Jika anda ingin memastikan pekerja anda gembira, anda mesti memastikan mereka rasa seronok di pejabat.

Anda tidak perlu berlebih-lebihan mengenainya, cuma cari jalan untuk mereka berehat daripada rutin biasa mereka dan sekali-sekala melakukan sesuatu yang tidak berkaitan dengan kerja.

Mungkin anda akan boleh adakan sesi menonton filem bersama staf, pergi berkelah, beriadah dan sebagainya. Ia tidak semestinya sesuatu yang besar.

Walaupun aktivitinya ringkas, yang penting ia boleh jadi tanda ingatan manis dan buatkan mereka rasa seronok bekerja dengan anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply