5 YouTuber Terkenal Indonesia Dengan Jutaan Subscriber

5 YouTuber Terkenal Indonesia Dengan Jutaan Subscriber

Youtube kini telah menjadi sumber pendapatan ramai individu termasuklah golongan artis. Ya, keuntungan yang dapat dijana melalui platform tersebut memang cukup menggoda terutama jika anda rajin memuat naik video dan mempunyai pelanggan (subscriber) yang ramai.

Bercakap mengenainya, kebanyakan selebriti Indonesia sangat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya hingga berjaya mengumpul jutaan pelanggan di YouTube.

Adakah anda ingin ketahui siapakah di kalangan mereka yang mempunyai pelanggan paling ramai di YouTube pada tahun 2022?

Seperti tahun-tahun sebelumnya, nama Ria Ricis dan Atta Halilintar pastinya berada di carta.

Kedua-dua individu ini memulakan langkah mereka di platform YouTube dahulu sebagai YouTuber sebelum menceburi industri seni dan sebagainya.

Ayuh, mari kita lihat artis dengan pelanggan terbanyak di Indonesia pada tahun 2022!

1.       Ria Ricis

Di kedudukan pertama ialah Ria Ricis dengan saluran Youtubenya, Ricis Official. Jumlah pelanggan telah mencecah 30.6 juta.

Secara dasarnya, penduduk Indonesia pada tahun 2021 adalah sekitar 270 juta orang. Jika 27 juta pelanggan Ria Ricis adalah warga Indonesia, bermakna 1 daripada 10 orang Indonesia adalah pelanggan saluran Ria Ricis.

Kisah kejayaannya bermula sejak 2016, iaitu saat pertama kalinya saluran Youtube Rasmi Ricis disiarkan.

Jika dahulu dia suka mengulas mengenai mainan squishy, ​​tetapi kini adik kepada Oki Setiana Dewi ini telah menceburkan diri dalam bidang perfileman dan juga penerbitan single lagu.

2.       Atta Halilintar

Di tangga kedua adalah Atta Halilintar. Pernah dipadankan dengan Ria Ricis sebagai rakan hits Youtuber, namun takdir berkata sebaliknya. Kini mereka berdua sudah berkahwin dengan pilihan masing-masing.

Atta Halilintar yang begitu terkenal di Youtube dikatakan sebagai YouTuber nombor satu di Asia Tenggara. Wow!

Saluran YouTubenya, yang kini dipanggil AH (huruf awal namanya dan isteri, Aurel Hermansyah), sudah mempunyai 30 juta pelanggan.

Atta kerap berkongsi aktiviti harian di saluran YouTubenya.

3.       Raffi Ahmad

Di tempat ketiga adalah Raffi Ahmad dan pasangannya, Nagita Slavina dengan saluran RANS Entertainment.

Mereka sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan sebelum akhirnya berkahwin dan mengasaskan RANS Entertainment.

Isi kandungan video yang dimuat naik juga agak pelbagai iaitu meliputi aktiviti harian, animasi, muzik dan juga rancangan bual bicara. Kini pelanggan saluran mereka telah mencecah 24.4 juta.

4.       Baim Wong

Pasangan artis seterusnya ialah Baim Wong dan Paula Verhoeven menerusi saluran Baim Paula yang kini mempunyai 20.8 juta pelanggan.

Sering berkongsikan aktiviti harian keluarga bersama dua orang cahaya mata mereka, kandungan video mereka sering tular di media sosial gara-gara sering didatangi segelintir masyarakat yang meminta belas ikhsan Baim untuk bantu melangsaikan hutang mereka.

5.       Deddy Corbuzier

Jejaka yang sering dipanggil Master Deddy itu mempunyai 19.7 juta pelanggan di saluran Youtube miliknya, Deddy Corbuzier.

Merupakan seorang ahli silap mata, saluran Youtube Deddy Corbuzier selalu mendapat pehatian ramai kerana sering menjemput figura terkenal dan penting termasuklah golongan menteri dalam membincangkan isu-isu hangat dan terkini.

Anda terinspirasi dengan kejayaan mereka? Jangan malu-malu untuk kebaikkan. Serlahkan kebolehan dan bakat terpendam selama ini.

Amat baik untuk meningkatkan penjenamaan peribadi, produk, perkhidmatan ditawarkan dan jenama anda.

Jika anda masih berfikir dan tertanya-tanya apa kandungan menarik untuk saluran YouTube sendiri, anda boleh menonton lima saluran YouTuber ini untuk mendapat idea dan belajar daripada kandungan mereka.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply