Masa adalah sangat berharga kepada kita, setiap orang diberikan 24 jam sehari. Ramai di antara kita yang kurang menjaga masa dan membiarkan masa terbuang begitu sahaja tanpa kita sedar.
Namun bagaimanakah pengurusan masa anda? Adakah benar-benar tersusun sebagai seorang usahawan atau anda merasa tidak cukup dengan masa anda?
Berikut adalah 5 tip pengurusan masa yang bijak dan boleh dipraktikkan.
1. Laburkan masa untuk merancang
Sebelum mulakan pekerjaan, sediakan masa anda untuk beberapa minit sahaja untuk senaraikan dan rancang kerja-kerja yang ingin dilakukan sepanjang hari.
Lagi terbaik adalah lakukan sebelum anda tidur dan esok pagi anda boleh terus lakukan kerja-kerja anda.
Usahawan yang berjaya mampu merancang masanya dengan baik, dan mempunyai senarai kerja hampir setiap hari.
Rancang untuk berjumpa dengan pelanggan, membina strategi pemasaran, dan perjumpaan dengan rakan kongsi pernigaaan anda.
2. Tentukan matlamat
Apakah matlamat yang anda hendak capai untuk sepanjang hari ini? Tentukan dan sediakan perancangan untuk memastikan setiap kerja ada proses yang tepat perlu dilakukan.
Selain itu, letakkan jangka waktu yang membolehkan anda fokus terhadap perkara-perkara rutin yang lain juga.
3. Tentukan priority
Sebagai usahawan pelbagai kerja yang anda perlu lakukan, ini menjadikan anda perlu tentukan yang mana antara perkara penting untuk disiapkan.
Ini penting untuk memastikan yang anda utama perkara yang penting terlebih dahulu sebelum perkara not urgent.
4. To-do-list
Sentiasa tulis kerja-kerja yang penting sahaja. Jika anda menumpukan pada tugasan yang remeh, mungkin anda akan berasa kesal sebab anda tidak dapat melakukan tugasan yang penting kerana masa tidak cukup.
Pastikan anda highlight tugasan yang amat penting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Sertakan pilihlah tugasan yang wajib diselesaikan dan jangan takut untuk berkata tidak pada tugasan yang tidak penting.
5. Jangan jadi perfectionist
Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas memerlukan anda mengerahkan kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk dilaksanakan .
Kesimpulannya, setiap masa yang dilalui hendaklah diatur dengan sebaik mungkin kerana masa yang terlepas tidak akan boleh berputar semula.
Berapa banyak masa yang telah kita bazirkan sebelum ini perlu dihitung semula kerana kita tidak berupaya untuk mengembalikan semula masa yang telah berlalu.