Tahukah anda Versace merupakan sebuah jenama ikonik yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Dengan ikon Medusa yang diperincikan dalam setiap rekaan fesyen. Jenama mewah ini yang berasal dari Milan, Itali yang dimiliki oleh Gianni Versace pada tahun 1978.
Jenama ini terkenal dengan penghasilan kain-kain yang bermutu tinggi. Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $5.5 billion manakala pendapatan syarikat adalah bernilai $1 billion.
Begitu gahnya sebuah perniagaan jika tiada semangat yang kuat dari pengasasnya sendiri, tidak akan mampu bertahan lama.
Versace sehingga kini masih mengekalkan jenamanya di mata peminat fesyen dalam dan luar negara. Ramai usahawan fesyen di luar sana, kurang menitiberatkan tips-tips ini yang mampu melonjakkan perniagaan fesyen anda:
1. Kenali pelanggan atau target market
Asas nombor satu dalam pemasaran adalah mengenali pelanggan anda. Sebelum anda memulakan perniagaan, anda perlu tahu kepada siapakah yang anda bakal jual, dan apakah demografik pelanggan anda.
Buat strategi dahulu sebelum mula menjual, risau tersalah fokus dan tiada jualan pada permulaan bisnes anda dek kerana tidak kenal pelanggan.
Anda boleh cuba ajukan soalan kepada pelanggan, seperti apakah masalah yang pelanggan hadapi apabila mencari pakaian di kedai? Atau anda boleh bahagikan pelanggan kepada beberapa bahagian seperti apakah umur mereka, jantina, income atau minat mereka.
Informasi ini mampu membantu anda mengenali lebih dekat pelanggan anda sendiri.
2. Tahu tentang produk
Anda usahawan fesyen? Adakah anda benar-benar kenal produk yang anda jual? Sudahkah anda lakukan kajian terhadap produk anda dan produk pesaing anda? Anda boleh menggunakan teknik Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats (SWOT).
Dengan menggunakan teknik SWOT ini anda mampu mengenali lebih mendalam produk anda. Apakah kekuatan produk anda yang boleh buat orang ingat akan brand anda? Cari juga apakah kelemahan pada brand anda? Pernahkah pelanggan membuat aduan mengenai produk yang kita jual kepada mereka. Ubah dan perbaikinya.
Selain itu, kita perlu tahu peluang-peluang yang kita boleh dapat atau atasi. Setiap perancangan, senaraikan apakah risiko dan peluang yang baik mampu terjadi pada bisnes anda.
Anda juga perlu sentiasa bersedia dari pelbagai sudut dengan senaraikan ancaman yang mungkin boleh berlaku pada bisenes dan brand anda di ruangan Threat.
3. Rancang promosi ikut kalendar
Pelanggan dah kenal, fokus pun makin jelas, jadi apa lagi mulakan promosi dengan ikuti 3 kategori utama ini iaitu perayaan, hari istimewa dan hari penting. Senaraikan setiap tarikh istimewa dan jalankan kampen mengikut tema hari tersebut.
Seperti musim perayaan, ramai peniaga akan mengaut keuntungan di musim perayaan. Pastikan kita tidak ketinggalan untuk menggunakan dan rancang dari sekarang sebelum perayaan tiba.
4. Kelainan brand
Lambakan bisnes pakaian pada masa kini, dengan pelbagai keunikan dan promosi yang mereka tawarkan. Apakah kelainan brand kita di mata pelanggan?
Cipta suatu keunikan dan apakah penyebab produk anda menjadi pilihan mereka untuk membeli. Cipta keunikan tersendiri dari segi nama, design, material, pelanggan dan lain-lain. Ayuh fikirkan sekarang!
5. Kumpul database
Database adalah king, bisnes yang ada database dapat menguasai pelanggan mereka. Apa data yang kita perlu ambil selain nama dan number telefon, anda boleh sertakan ruangan alamat emel mereka.
Ini kerana, maklumat pelanggan yang lengkap ini anda boleh menghantar emel dengan mudah dan pantas info dikongsikan.
Database yang banyak membolehkan anda membina konsep membership supaya orang yang berada dalam database anda boleh menjadi pelanggan utama bisnes anda.
Ia juga memudahkan anda fokus kepada mereka terutama apabila anda nak launch design terbaru.
Dengan adanya database sebanyak RM10,000 ribu, belum apa-apa stok dah habis dulu sebab pelanggan membership anda ini dan tapau semua. Anda rasa?
Kesimpulannya, walaupun anda baru bermula dalam perniagaan fesyen, anda boleh menggunakan tips ini dengan mula uruskan bisnes fesyen sebagai perisai untuk anda bersaing.
Persaingan yang baik dapat mewujudkan industri perniagaan yang lebih baik tidak kira anda di dalam industri mana sekali pun.
6 Comments
Terima Kasih Team RW…
LP: 3 kategori promosi utama ini iaitu perayaan, hari istimewa dan hari penting
Terima kasih atas comment. Semoga bermanfaat!
LP: Database lead to membership..pelanggan yang kita perlu fokus
Power tuan! Semoga dipermudahkan urusan.
LP : 5 Tips Urus Bisnes Fesyen
1) Kenal Target Market
2) Tahu tentang produk (SWOT)
3) Rancang Promosi Ikut Kalendar
Perayaan, Hari Istimewa dan Hari Penting
4) USP
5) Kumpul database,membolehkan kita bina konsep MEMBERSHIP dan beri fokus kepada pelanggan utama
Amazing! Jangan lupa kongsikan kepada yang lain. Semoga dipermudahkan urusan.