Kami yakin rata-rata semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin dan jadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform bisnes?
Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatsapp.
Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan bisnes online dengan betul.
Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan bisnes online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.
5 tips mula bisnes online :
1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.
Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.
Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. Jadi tidak salah rasanya untuk menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi perniagaan.
2. Jangan terlampau fikir untung.
Tunggu! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan tidak konsisten.
Tidak salah untuk berani di dalam melaburkann kos yang besar. Tetapi pastikan anda ada ilmu untuk melakukan ualan anda dan menguruskan kewangan. Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.
Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar.
3. Modal yang rendah.
Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.
Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum ditahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.
Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog anda. Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen.
4. Risiko yang rendah.
Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.
Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten.
Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.
5. Belajar ilmu pemasaran.
Walaupun anda berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan anda mungki tak dapat dilihat oleh orang lain.
Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanan posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk anda membuat jualan.
Pastikan anda belajar ilmu pemasaran MenThor yang telah berjaya menghasilkan ramai usahawan-usahawan online.
1 Comment
Artikel yang bermanfaat. Terima kasih.
seo marketing malaysia
bisnes online