5 Tip Beri Arahan Kepada Staf Yang Lebih Senior Daripada Anda

5 Tip Beri Arahan Kepada Staf Yang Lebih Senior Daripada Anda

Rata-rata pengurus muda serba salah dan tak tahu bagaimana nak beri arahan kepada staf yang lebih senior dan berpengalaman.

Anda risau anda tersilap cakap, tersilap langkah dan anda rasa rendah diri nak dibandingkan dengan pengalaman yang mereka ada.

Tapi dalam masa yang sama, anda perlu yakin bila mana anda sudah diberi jawatan untuk mengurus sesebuah department oleh majikan, ini bermakna anda ada kelebihan dalam memimpin. Tak tahu bagaimana nak beri arahan kepada staf yang lebih senior? Jom ikuti 5 tip ini!

1. Beri latihan yang secukupnya

Kebanyakan staf yang berusia tidak peka dengan perkembangan teknologi. Mereka sudah terbiasa dengan cara kerja mereka yang lama. Sebagai pengurus, anda perlu berikan mereka latihan yang secukupnya. Tindakan ini bertujuan supaya mereka faham dan jelas dengan skop kerja mereka dan memudahkan kerjasama antara anda dan mereka. 

Jalan untuk menyingkir dan menyisihkan mereka bukanlah satu  jalan yang harus anda pilih dan lakukan kerana mereka dah lama berada di syarikat itu cumanya anda sebagai pengurus harus memberikan ilmu yang up-to-date kepada mereka untuk belajar. 

Hal ini kerana, mereka mungkin telah lama menabur khidmat di syarikat anda bekerja. Jika mereka masih baru sekalipun, mereka turut mempunyai komitmen yang besar untuk mereka biaya. Jadi kita perlu bantu mereka untuk menghasilkan kerja yang terbaik.

2. Jangan guna cara komunikasi yang sama dengan staf muda

Dalam bidang pekerjaan kita disarankan untuk berkomunikasi secara profesional. Lantaran itu, tak dinafikan bahawa kebanyakan staf yang lebih berusia mempunyai perasaan ingin dihormati daripada golongan muda. Jadi, anda haruslah menggunakan bahasa seperti Encik,Tuan atau Puan.

Anda juga wajar untuk sentiasa beringat perbezaan usia anda dengan mereka. Belajar untuk bezakan juga cara anda berkomunikasi dengan staf muda dan staf  lebih berusia.

3. Bertukar pendapat

Golongan pekerja yang berusia sudah semestinya ada pengalaman kerja dan pengalaman hidup yang lebih daripada anda. Bak kata pepatah, mereka terlebih dulu makan garam daripada kita. 

Selain dari memberi arahan sahaja, saling bertukar pendapat dengan staf yang lebih tua amat membantu kerja kedua-dua belah pihak apabila ianya boleh terlaksana dengan baik. Selain itu, berikan peluang kepada mereka untuk kongsikan pengalaman mereka keapda anda. 

Anda juga boleh laksanakan program mentor-mentee di antara pekerja lebih senior dan muda. Secara tidak langsung, program tersebut dapat merapatkan hubungan di kalangan pekerja. 

Kaedah ‘feed forward’ juga dapat menggalakkan semangat pekerja untuk bekerja keras. Feed forward adalah langkah untuk meminta staf untuk memberikan pandangan bagaimana untuk kembangkan bisnes. Jika mereka tak pasti, teruskan beri galakan agar mereka sentiasa ada usaha untuk berikan cadangan. 

Kemudian, anda sebagai pengurus jangan beri cadangan anda kepada team. Jika anda ada cadangan dan secara tak langsung lontarkan kepada team anda, gesa mereka untuk nilai sama ada cadangan anda sesuai untuk dilaksanakan atau tidak.

Jadi, team akan rasa lebih dihargai bila mereka memberikan pandangan. Mereka juga akan lebih komited dan gembira untuk bekerja. Hal ini penting berikutan kadar statistik menunjukkan 90% staf tinggalkan company kerana rasa tak dihargai. 

4. Jangan bersikap ‘bossy’ terhadap mereka

Tips ini agak sentap untuk pengurus muda sebenarnya. Jika anda ada staf berusia yang tak diberi peluang untuk lead the team, anda jangan pula bersikap bossy terhadap mereka.

Berdasarkan pengalaman mereka yang sudah lama bekerja, mereka sudah faham culture dan selok-belok syarikat. Jadi, anda tak perlu bercakap dan tunjukkan sifat bossy anda untuk memastikan mereka tahu anda adalah bos. 

5. Kurangkan berprasangka buruk pada kebolehan staf berusia

Jika persepi anda memandang enteng kepada kebolehan pekerja berusia, cepat-cepat ubah fikiran anda sekarang. Stereotaip tentang golongan pekerja berusia sukar nak diajar dan dibentuk adalah sangat tidak tepat. Cuba fikir dan beri kepercayaan yang mereka boleh berikan kerja yang terbaik. 

Selain itu, jika anda tidak beri mereka kepercayaan, bagaimana anda nak nilai mereka sama ada mereka mampu atau tidak deliver kerja itu kan? Justeru itu, jika anda buang pemikiran skeptikal terhadap golongan terbabit, proses memberi arahan kepada mereka lebih mudah dan jelas.

Kesimpulannya, setiap syarikat perlu merapatkan jurang di antara pengurus muda dan staf yang lebih berusia bagi membentuk organisasi yang sihat dan berkembang. Emosi, energy dan fokus pengurus beri pengaruh besar kepada organisasi. Jika pengurus ada emosi negatif impaknya turut terpalit kepada staf bawahan tidak kiralah muda atau tua. 

Memetik dari kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman, “Organisational leadership bermula dengan self-leadership, self-leadership akan bagi contoh kepada team leadership dan team leadership akan bina lebih banyak key leadership yang akan bina dan kembangkan organisasi bisnes”. 

Artikel terbaru

Leave a Reply