5 Strategi Pemasaran Digital Di Bulan Ramadan

5 Strategi Pemasaran Digital Di Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan, kebiasaannya masyarakat akan semakin giat membeli-belah. Sebagai peniaga, anda tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini untuk meraih lebih ramai lagi pelanggan daripada waktu kebiasaannya.

Oleh itu, anda perlu memanfaatkannya situasi ini dengan menetapkan menetapkan strategi pemasaran digital yang tepat untuk perniagaan anda.

Matlamatnya sudah tentu adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dengan harapan bahawa perolehan jualan juga akan meningkat.

Walaupun perniagaan anda tidak berkait dengan bulan Ramadan, namun anda masih boleh mengikut strategi bisnes yang dikongsikan ini.

Berikut adalah 5 strategi pemasaran digital di bulan Ramadan yang boleh anda jadikan rujukan.

1. Tentukan Khalayak Sasaran

Secara umum, khalayak sasaran ialah kumpulan pelanggan yang ingin anda dapatkan melalui saluran media sosial perniagaan anda.

Anda boleh menentukan sasaran khalayak berdasarkan beberapa perkara seperti umur, jantina, pendapatan, lokasi geografi, minat dan tentunya agama yang menyambut bulan Ramadan iaitu Islam.

Dengan menyasarkan mereka yang berminat dengan jenis kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, strategi pemasaran digital anda akan menjadi lebih fokus.

Justeru, cuba fahami apa yang penonton mahukan di bulan Ramadan. Contohnya, kandungan motivasi untuk kebaikan, idea menu sebelum subuh, pakaian berbuka puasa, resipi iftar dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu menganalisis kata kunci yang dicari oleh penonton dan mencipta kandungan mengikut apa yang mereka perlukan.

Dengan cara itu, kandungan yang anda cipta akan lebih berkesan dalam mencapai sasaran yang berpotensi dan berkemungkinan menjadi pembeli kepada produk yang anda jual.

2. Menyediakan Promosi Istimewa Ramadan

Siapa di sini yang tidak suka akan promosi?

Bukan sahaja dalam bentuk diskaun harga, malah anda boleh membuat promo lebih menarik dengan promo beli 1 percuma 1, sistem bundling dan lain-lain lagi.

Dengan cara itu, terdapat kemungkinan pelanggan akan membeli produk yang anda jual lebih daripada satu produk.

Pada dasarnya, anda perlu buat tawaran promosi sehebat yang mungkin supaya pelanggan berbelanja lebih untuk produk yang anda tawarkan berbanding produk pesaing.

3. Tingkatkan Nilai kandungan

Bukan sekadar mencipta kandungan tular, apa kata anda cuba selitkan nilai yang boleh dihayati penonton.

Bertepatan dengan bulan Ramadan yang mulia, cuba buat tip yang menarik dan berguna seperti cara menjimatkan perbelanjaan di bulan Ramadan, tip sihat di bulan Ramadan dan banyak lagi.

Selain meningkatkan nilai kandungan, jangan lupa fokus pada khalayak sasaran anda juga tau!

4.  Menentukan Masa Siaran Yang Tepat

Menetapkan masa siaran yang kurang sesuai akan menjadikan kandungan yang anda hasilkan kurang perhatian daripada penonton.

Selain itu, ini juga akan menjejaskan prestasi kempen pemasaran digital yang anda jalankan.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai strategi pemasaran digital di bulan Ramadan dalam menentukan waktu siaran. Matlamatnya sudah tentu adalah untuk mencapai khalayak sasaran yang lebih besar.

Di bulan Ramadan, anda boleh menetapkan masa untuk menyiarkan kandungan pada waktu prima seperti waktu sahur dan berbuka kerana pada masa ini kebiasaannya orang ramai meluangkan masa mereka untuk melayari media sosial.

5. Membuat Kandungan Berbentuk Storytelling

Iklan berupa storytelling memang menjadi pilihan para penonton. Ia boleh jadi lucu, gembira, sedih dan sebagainya. Lihat saja iklan-iklan unik dan menarik daripada negara Thailand. Terhibur bukan?

Sebagai ahli perniagaan, anda boleh jadikan ini sebagai strategi pemasaran digital di bulan puasa nanti.

Dengan cara ini, penonton boleh mendapat hiburan daripada cerita yang disampaikan dan secara tidak langsung mendorong mereka untuk mengetahui tentang produk yang diiklankan. Cubalah!

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply