5 Selebriti Indonesia Yang Bergelar Usahawan Berjaya di Usia Muda

5 Selebriti Indonesia Yang Bergelar Usahawan Berjaya di Usia Muda

Berjaya membina perniagaan pada usia muda sememangnya menjadi idaman ramai individu yang bergelar usahawan.

Kata orang, muda-muda lagi dah berjaya! Ramai juga artis muda Indonesia yang melakukan perkara ini.

Bukan hanya bergantung kepada kemasyhuran semata-mata, ramai di antara mereka juga mencari tuah dengan mencuba nasib dalam dunia perniagaan.

Artis muda ini terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk fesyen, kulinari, kosmetik, barang kemas, serta harta benda.

Bukan sahaja bergantung kepada populariti, artis muda ini telah membuktikan kebolehan mereka menguruskan perniagaan sebagai seorang usahawan.

Berikut adalah lima artis muda Indonesia yang berjaya dan mempunyai perniagaan terkenal.

1.   Felicya Angelista

Lahir pada 2 November 1994,  beliau merupakan seorang usahawan, pelakon dan penyanyi. Felicya berkahwin dengan Immanuel Caesar Hito pada 9 Januari 2021 dan melahirkan anak pertama bernama Graziella Bible Emmanuela pada 9 November 2021. 

Felicya mempunyai perniagaan di luar profesionnya sebagai artis dan salah satu perniagaannya yang berjaya ialah produk kecantikan dan penjagaan kulit di bawah jenama Scarlett Whitening.

Felicya Angelista telah mengusahakan Scarlett Whitening sejak 2017. Terbaharu, Felicya Angelista telah melantik seorang pelakon dari Korea Selatan, Song Joong Ki, untuk menjadi duta jenama Scarlet Whitening. Wow, bukan biasa-biasa! 

2.   Prilly Latuconsina

Dilahirkan pada 15 Oktober 1996, beliau merupakan seorang pelakon, penyampai, penyanyi, model, usahawan, aktivis, penulis dan penerbit berketurunan Ambon dan Sunda Indonesia.

Prilly mempunyai beberapa perniagaan dan salah satunya yang paling terkenal ialah Restoran Miss Judes yang menghidangkan pelbagai hidangan berasaskan ayam dan makanan laut dengan rasa pedas yang lazat. Restorannya itu terletak di Petamburan, Tanah Abang, Jakarta Pusat. 

Secara keseluruhan, perniagaan yang diusahakannya mampu memperoleh perolehan sehingga berbilion rupiah sebulan.

3.   Nikita Willy 

Lahir pada 29 Jun 1994, Nikita merupakan seorang pelakon, model, penyanyi, dan ahli perniagaan di Indonesia.

Beliau banyak melabur dalam industri hartanah sebelum menceburi perniagaan tersebut.

Kini pada usia 27 tahun, Nikita Willy direkodkan memiliki sejumlah aset hartanah dengan nilai yang hebat.

4.   Aurel Hermansyah Titania

Aurelie Nurhermansyah atau lebih dikenali sebagai Aurel Hermansyah yang lahir pada 10 Julai 1998 merupakan seorang penyanyi, pelakon dan usahawan berketurunan Jawa Timur Indonesia. 

Beliau merupakan anak sulung kepada pemuzik Anang Hermansyah dan penyanyi diva pop terkemuka, Krisdayanti. 

Pada usia muda 25 tahun, Aurel kini telah menjalankan beberapa perniagaan dalam bidang kosmetik dan produk tudung. Bukan sembarangan, perniagaan Aurel juga dilaporkan mendapat keuntungan yang membanggakan.

5.   Natasha Wilona

lahir 15 Disember 1998, Natasha ialah seorang pelakon, penyanyi, usahawan dan model dari Indonesia.

Beliau mempunyai jenama pakaian yang dinamakan sebagai Wilove by Wilona dan memperoleh keuntungan luar biasa daripadanya.

Sememangnya usia yang muda bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.

Mungkin populariti yang mereka miliki menjadi suatu bonus, namun tanpa strategi yang betul pastinya perniagaan yang diusahakan tidak dapat bertahan lama.

Oleh itu, jangan pernah takut untuk mulakan tindakan bagi mencapai impian. Kalau tak sekarang, bila lagi?

Artikel terbaru

Leave a Reply