5 Selebriti Antarabangsa Yang Bergelar Usahawan Ternama

5 Selebriti Antarabangsa Yang Bergelar Usahawan Ternama

Menjadi seorang selebriti merupakan satu bonus untuk seseorang individu itu bergelar usahawan ternama.

Populariti yang dimiliki sememangnya boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk meraih pelanggan yang terdiri daripada kalangan peminat sendiri.

Selain itu, strategi pemasaran juga mudah dilaksanakan kerana nama mereka sendiri sudah cukup kuat di mata pelanggan mereka.

 Bijak memaksimakan peluang yang ada, berikut merupakan lima selebriti antarabangsa yang membina jenama produk sendiri dalam industri perniagaan yang diceburi.

 1. Kim Kardashian

 Jika anda pernah menonton “Keeping Up With the Kardashians,” anda pasti kenal dengan Kim yang merupakan anggota keluarga Kardashians yang paling popular.

 Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau rancak mengeluarkan pelbagai jenama fesyen dan kecantikan termasuklah shapewear di bawah jenama Skims yang sentiasa licin di pasaran.

Selain itu, beliau juga menyelia jenama KKW Fragrance dan KKW Beauty, yang mana beliau sedang mengusahakan penjenamaan semula.

 2. Rihanna

 Rihanna atau Riri pastinya  ‘the only girl in the world’  yang boleh melakukan perkara hebat sebegini.

 Beliau telah melancarkan Fenty Beauty pada tahun 2017 dengan rangkaian formula dan warna asas yang mengagumkan dan diikuti dengan Fenty Skin pada tahun 2020.

 Selepas itu, beliau telah mengeluarkan pelbagai jenis pakaian dalam yang merangkumi pelbagai saiz di bawah jenama Savage X Fenty, yang telah berkembang pada tahun 2022. Jelas sekali, Riri mempunyai kemahiran perniagaan yang bagus dalam bisnes yang diusahakan.

 3. Kelly Clarkson

 Adakah anda tahu pemenang asal “American Idol” mempunyai bakat dalam reka bentuk perabot? Kelly Clarkson Home tersedia buat anda yang ingin membeli-belah di Wayfair dan menawarkan barang-barang yang elegan lagi abadi dengan sedikit sentuhan pesona kontemporari.

 4. Dr. Dre

 Fon kepala Beats by Dre sememangnya digemari ramai kerana kualiti audionya yang mantap lagi berkualiti.

 Ia dilancarkan pada tahun 2008 dengan misi untuk membantu pencinta muzik “mendengar seperti apa yang didengari oleh artis.”

 Kini, Beats by Dre menjadi antara produk yang sering dibeli sebagai hadiah kerana ia mampu mengukirkan senyuman di wajah si penerimanya.

 5. Drew Barrymore

 Peminat pelakon 50 First Dates ini pasti terpikat dengan jenama Flower Beauty dan Flower Home miliknya yang boleh dibeli di Walmart.

 Daripada Petal Pout Lip Mask yang paling laris ($10) kepada Perkakas Minuman Kaca Ombre ($25), semua produk yang dikeluarkan oleh Barrymore adalah sangat comel dan mempunyai harga yang berpatutan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply