Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, usahawan sentiasa memikirkan strategi yang terbaik untuk meningkatkan jualan perniagaan. Terutama sekali dari segi pemasaran.
Jika anda usahawan yang sedang jalankan perniagaan dan masih lagi menggunakan strategi pemasaran lama, inilah masanya untuk berubah menggunakan video dalam strategi pemasaran.
Video bukan sekadar trend semata-mata, tapi merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan pada zaman digital kerana ramai orang kini suka menonton video. Ia mampu memberikan impak yang besar kepada perkembangan perniagaan anda.
Kepentingan video dalam perniagaan
1. Mudah untuk kenalkan produk atau perkhidmatan
Video membolehkan kita untuk berkongsikan segala tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih kreatif dan dekat dengan pelanggan. Mereka dapat melihat produk atau perkhidmatan dengan lebih dekat, memahami cara penggunaannya dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kelebihannya.
Ini membantu mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan kefahaman pelanggan. Dengan menggunakan video dalam perniagaan juga dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda.
Bila pelanggan dah mula percaya, potensi untuk mereka membeli adalah lebih tinggi berbanding melihat poster. Dengan ini, lebih mudah perniagaan anda akan mendapat jualan dan keuntungan.
2. Ramai orang suka menonton video
Hakikatnya, orang lebih suka menonton video berbanding membaca teks yang panjang. Jika anda menggunakan poster, anda masih memerlukan penerangan secara bertulis untuk pelanggan faham apa yang ingin disampaikan melalui poster tersebut.
Video memberikan pengalaman yang lebih menarik dan mudah difahami. Mungkin jika diberi pilihan, anda pun suka melihat video. Betul tak? Tapi jangan salah faham, masih ada yang suka membaca. Cuma, video lebih memberikan pengalaman dan pemahaman yang jelas mengenai produk dengan hanya menonton.
Rugi jika anda tak manfaatkan video dalam pemasaran untuk meningkatkan jualan perniagaan. Jika anda tak pernah gunakan pemasaran video, sudah tiba masanya untuk anda membuat perubahan dan lihat impaknya jika dibandingkan dengan pemasaran yang menggunakan poster atau bahan bacaan.
3. View lebih tinggi dengan kos yang lebih rendah
Dulu, iklan melalui video hanya dapat disiarkan melalui platform media masa yang sudah tentu kosnya sangat mahal. Namun kini, video boleh disiarkan melalui platform media sosial seperti di Facebook, Instagram dan juga TikTok dengan kos yang lebih rendah.
Malah boleh direkod dan edit menggunakan telefon pintar sahaja dan tak perlukan juru video yang profesional untuk mengambil video produk atau perkhidmatan anda. Ianya juga mudah mendapat perhatian kerana orang ramai boleh akses media sosial secara percuma sahaja.
Ini memberikan peluang yang besar untuk mencapai lebih ramai pelanggan tanpa melibatkan perbelanjaan yang besar. Mulakan sekarang untuk hasilkan video dan mendapat reach yang lebih tinggi.
4. Pelbagai jenis video untuk dihasilkan
Terdapat pelbagai jenis video yang boleh digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan. Antara contohnya termasuk video pemasaran, tutorial produk, testimoni pelanggan dan banyak lagi.
Kepelbagaian ini membolehkan perniagaan menyesuaikan jenis video dengan objektif tertentu serta memberikan fleksibiliti dalam strategi pemasaran.
Tak banyak modal untuk bayar talent untuk video? Anda sendiri boleh jadi talent walaupun tak pandai atau tak yakin untuk bercakap di hadapan kamera. Hasilkan video kreatif tanpa dialog juga mampu menarik perhatian penonton yang bakal menjadi pelanggan anda.
Nak lebih mudah, gunakan gambar dan musik seperti sebuah slide show sahaja. Pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
5. Meningkatkan engagement
Video mempunyai keupayaan unik untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan. Kandungan visual dan audio dapat merangsang emosi serta membangun hubungan yang lebih mendalam.
Pengguna cenderung lebih lama berinteraksi dengan video, menyediakan peluang yang lebih besar untuk menyampaikan mesej perniagaan secara menyeluruh.
Mesej yang lebih menarik
Kesimpulannya video dalam perniagaan bukan sahaja dapat memberikan maklumat, tetapi juga mencipta pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan. Kebolehannya untuk menyampaikan mesej dengan cara yang lebih menarik, emosional dan berkongsi secara sosial menjadikan video satu aset yang penting dalam strategi pemasaran dan pertumbuhan perniagaan pada masa kini.
Dah nak masuk 2024, kenapa nak tunggu lagi untuk mulakan strategi pemasaran yang lebih efektif? Buat pembaharuan untuk dapatkan hasil yang lebih baik.