5 Sebab Mengapa Anda Tak Perlu Validation Daripada Orang Lain Untuk Bahagia

5 Sebab Mengapa Anda Tak Perlu Validation Daripada Orang Lain Untuk Bahagia

Sering kali dalam kehidupan kita cuba mencari pengesahan (validation) daripada orang lain tanpa kita sedari. Rasa puas apabila mereka ‘memandang’ apa yang kita lakukan dan mengakui kebolehan diri ini.

Menurut Sherry Gaba yang merupakan seorang pakar psikologi, validation adalah sebahagian daripada situasi saling bergantung, memberi maklum balas dan galakan daripada orang lain di sekeliling kita.

Melalui validation, seseorang itu boleh mengenali kebolehan diri serta mengakui kemampuannya.

Meskipun kita menghargai pendapat orang lain, namun takkanlah semua perkara kita perlukan validation daripada mereka. Kenapa? Ini sebabnya!

1. Menyekat kemampuan diri

Menurut Abraham Maslow, pakar psikologi Amerika Syarikat, penyempurnaan kendiri (self- actualization) adalah kemampuan kita sendiri untuk merealisasikan potensi diri, mengembangkan dan memanfaatkannya.

Penyempurnaan kendiri juga merupakan asas kepada pencapaian. Walau bagaimanapun, penyempurnaan kendiri dicapai apabila keperluan asas baik material dan psikologi dipenuhi.

Keperluan bahan asas merangkumi pakaian, makanan, tempat tinggal dan keselamatan. Manakala keperluan psikologi diperolehi apabila anda mempunyai semangat kekitaan, kasih sayang dan harga diri yang tinggi.

Maka tidak hairanlah, seseorang untuk membangunkan aktualisasi kendiri memerlukan ‘kepenuhan’ keperluan asas psikologi supaya dia terdedah kepada bergantung kepada orang lain.

2. Melemahkan diri dalam menjalani kehidupan

Apabila kita terlalu mengharapkan pengiktirafan orang lain bagi mengembangkan kebolehan, ia akan menyebabkan kita menjadi lemah dalam hidup. Ya, kadangkala kita perlukan validation bagi memastikan sama ada langkah yang dipilih adalah betul atau tidak.

 Namun, apabila kita terlalu kerap mencari ‘kelulusan’ ataupun pengiktirafan daripada Ini kerana ia akan menjejaskan perasaan dan anda tidak boleh membuat keputusan sendiri apabila tidak menerima jawapan seperti yang diharapkan.

3. Tidak mengenali keperluan asas

Matlamat yang anda ingin capai tidak perlu mendapat pengesahan daripada orang lain. Tidak mengapa jika anda membuatkan kesilapan ketika mencapainya.

Yang penting anda belajar daripadanya untuk menjadi lebih berdikari dalam mengenali kepentingan dan keperluan asas dalam hidup tanpa perlukan kata putus daripada orang lain.

4. Mengurangkan keyakinan diri

Seseorang itu akan berasa lengkap jika dia telah memenuhi keperluan asasnya dengan usahanya sendiri. Ini bermakna anda tidak perlu bersusah-payah menyenangkan hati orang lain untuk kebahagiaan diri.

Anda boleh bergantung pada intuisi serta kebolehan dan potensi sendiri untuk meraih pencapaian tertentu.

5. Kebahagiaan diri bergantung kepada orang lain

Memahami kekuatan dan kelemahan diri akan membantu anda mengenal pasti perkara yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia.

Anda akan menjadi ‘lemas’ jika setiap tindakan yang dibuat memerlukan pengesahan daripada orang lain.

Oleh itu, laluilah kehidupan anda dengan penuh rasa syukur dan tidak perlu bergantung kepada pendapat orang lain untuk kehidupan yang harmoni.

Artikel terbaru

Leave a Reply