5 Perkara Telah Anda Bazirkan

Mungkin anda sedar, dan mungkin anda tak sedar yang anda telah bazirkan perkara-perkara ini dalam hidup anda.Tambahan lagi, bila anda baru nak mula berniaga. Alangkah ruginya hidup anda jika anda sia-siakan masa anda untuk perkara ini.

Sepatutnya, anda penuhkan masa anda dengan perkara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf kewangan anda dan memajukan lagi bisnes anda. Ini antara 5 perkara yang telah anda bazirkan tanpa disedari. Kadang-kadang, walaupun anda sedar akan kesilapan ini, tapi agak susah untuk anda ubahnya, betul betul?

Anda ingin tahu apa 5 perkara yang telah anda bazirkan ini?

1/ Buat semuanya sendiri

Ramai orang suka buat kerja semuanya sendiri. Mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain atau para pekerja untuk menolong. Anda rasa kenapa?

Mungkin kerana mereka tidak yakin ia boleh membantu mereka dalam membuat kerja-kerja tersebut. Anda tahu, bila anda buat semua kerja sendirian, ia boleh sebabkan keletihan, rasa tertekan, dan anda juga akan buat kerja dengan cepat sebab nak kejar deadline. Hasil kerja yang akan anda dapat mungkin tak akan memuaskan.

Untuk elak ia terjadi, anda boleh bahagikan kerja antara pekerja, berkolaborasi dengan peniaga lain atau minta pandangan orang lain. Anda juga kena terima bantuan dari pihak lain dan minta sokongan dari mereka.

2/ Risau apa orang kata

‘Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia bagaimana menutupnya’. Ada peniaga yang sangat sensitif bila dengar orang mengumpat pasal perniagaannya. Apa yang anda boleh buat bila dengar kata-kata umpatan ini?

Anda tutup telinga dan fokus apa yang penting buat anda. Fokus untuk buktikan yang anda boleh lebih berjaya dan jadikan kata-kata umpatan tadi sebagai kata-kata semangat. Cuba anda fikir, jika anda lawan kata-kata negatif dengan kata-kata yang positif, apa yang akan jadi?

3/ Punyai rasa takut

Anda tahu, rasa takut boleh buatkan kita gagal dalam hidup? Bukan itu sahaja, bagi anda yang berniaga, jika anda takut ambil risiko membuat keputusan dalam bisnes, apa yang akan jadi pada bisnes anda? Mungkin dah lama fail kan, betul betul?

Bukan itu sahaja, rasa takut boleh membuatkan cita-cita dan impian anda tertangguh. Oleh itu, jadikan rasa takut tersebut sebagai cabaran dalam perniagaan anda. Anda kena atasi rasa takut ini dengan satu azam dan matlamat untuk anda capai kejayaan.

4/ Banyak complaint

Ini satu lagi penyakit masyarakat kita yang susah nak ubah. Suka komplen dan banyak komplen. Ada ‘je benda yang anda tak puas hati dengan orang disekeliling anda. Buat itu salah, buat ini salah dan anda sahaja yang betul. Anda tahu, banyak komplen tak akan mengubah apa-apa keputusan.

Cuba anda bayangkan, bila anda komplen saja tanpa ada tindakan, adakah ia akan berubah? Tidak, betul? Oleh itu, bila anda atau pekerja anda buat silap, terus baikinya atau beri teguran, bukan saling menyalahi.

5/ Membandingkan diri dengan orang lain

Ia sesuatu perkara dan kerja yang tidak produktif. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bila anda suka bandingkan diri anda dengan orang tanpa ada niat untuk bersaingan atau lebih berjaya dari orang tersebut, ia akan buatkan anda anda lebih cemburu, rasa tak selamat dan sedih dengan kejayaannya.

Tidakkah ia telah merugikan anda dan juga bazirkan masa anda dengan perkara yang tak berfaedah ini?

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “5 Perkara Telah Anda Bazirkan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



10 Comments

Leave a Reply