5 Perkara Perlu Tahu Tentang Akaun Perniagaan

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Akaun Perniagaan

Bila sebut tentang duit dan untung, semua peniaga akan suka!

Tapi, bila sebut tentang akaun dan pengurusan duit, ramai peniaga yang akan berkerut dahi.

Kesilapan besar yang banyak dilakukan oleh peniaga ialah tiada pengurusan akaun perniagaan yang bersistem dan cekap. Kalau anda nak tahu, ramai peniaga yang sangat mahir dalam membuat jualan dan keuntungan perniagaan. Terutamanya bagi mereka yang dah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Setelah belajar lebih dari 200 strategi pemasaran, ramai peserta yang hadir boleh buat jualan yang tinggi dalam masa beberapa bulan sahaja selepas hadir ke Program MMM.

Masalah mula timbul bila mereka tak cekap dalam pengurusan kewangan dan akaun. Mulalah mereka tak tahu ke mana perginya keuntungan perniagaan.

5 Perkara peniaga perlu tahu tentang akaun perniagaan :

1/ Jangan rompak akaun syarikat sendiri

Kesilapan utama peniaga ialah, mereka fikir itu perniagaan mereka dan mereka boleh suka-suka hati ambil duit untung syarikat. Salah!

Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda pusingkan modal, bayar kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga nak duit syarikat, anda tak boleh ambil ikut suka hati dalam jumlah yang ikut suka hati juga. Anda perlu ambil gaji.

Ye betul! Ramai peniaga tak bayar diri sendiri gaji dan sebab itu asyik rompak duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.

2/ Tiada akaun syarikat

Tak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun perniagaan. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Itupun dikira sebagai merompak duit syarikat.

Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat dan semua duit yang diterima. Akaun syarikat akan memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, cukai dan bank di masa akan datang.

3/ Tiada sistem perakaunan

Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pembayaran cukai nanti.

Sebenarnya, anda tak perlu pun melantik seorang yang khas untuk menguruskan akaun perniagaan anda. Anda boleh sahaja melantik akauntan bertauliah sebagai penasihat dan konsultan akaun anda.

Tapi, adalah lebih bagus jika anda ada seorang yang menguruskan akaun perniagaan anda. Kerani akaun pun cukuplah dulu. Yang penting beliau ada pengalaman menguruskan akaun dan pernah buat “full set account” sebelum ini.

4/ Tidak simpan resit, voucher bayaran dan invoice

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli anda yang perlu anda simpan dengan baik.

Antaranya ialah, resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi.

Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ini. Bagi mereka, ianya tak penting. Yang penting ialah boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.

Selain dari itu, ianya juga memudahkan orang lain untuk faham tentang perniagaan anda dan bukan berharap kepada ingatan anda sahaja.

5/ Tak tahu kos perniagaan dan untung

Perniagaan ialah untuk kita bantu orang lain dengan perniagaan kita, dan untuk kita bantu diri kita dengan keuntungan yang kita dapat dan kepuasan dari membantu orang lain.

Masalahnya, ada ramai peniaga tak tahu langsung tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Anda tidak layak untuk gelar diri anda peniaga jika anda tak tahu kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, untung rugi syarikat. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda patut fikirkan semua tindakan anda.

Dan, anda mungkin tak akan nampak hala tuju perniagaan anda jika anda tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang kos dan untung rugi perniagaan.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply