5 Fakta Mengenai The Chicken Rice Shop

5 fakta mengenai The Chicken Rice Shop

Siapa suka makan nasi ayam? Bisnes nasi ayam bukan perniagaan asing di Malaysia.

Dari jualan di kaki lima sehinggalah ke pasaraya bertaraf kayangan, pasti menu ini menjadi pilihan ramai.

Mungkin ada yang tidak menyangka bahawa bisnes nasi ayam mampu memberi pulangan yang besar.

Rata-rata rakyat Malaysia mengenali rangkaian kedai nasi ayam , The Chicken Rice Shop (TCRS).

Mungkin juga anda ingat dengan slogan ini ‘bukan sekadar nasi ayam’.

Pengasas TCRS, Puan Wong memulakan perniagaan nasi ayam ini berdua bersama anaknya Wong Kah Lin pada Jun 2000.

TCRS menyediakan apa yang dipanggil “resipi rahsia nasi ayam Hainan tradisional nenek” dan masakan tempatan Malaysia.

TCRS berjaya membawa perniagaan nasi ayam ke pasaran Indonesia pada 2007, diikuti ke Australia, Singapura dan beberapa negara Asia yang lain.

Pada 2019, pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd bersetuju membeli rantaian restoran halal Malaysia, TCRS membabitkan pertimbangan tunai sekitar RM220 juta (AS$52.86 juta).

Menurut Zensho, pihaknya merancang untuk mewujudkan sinergi dengan TCRS yang memiliki kira-kira 100 cawangan dan membuka restoran baharu.

Jom kita baca 5 fakta mengenai TCRS.

1.       Pengasasnya, merupakan bekas pekerja KFC yang telah bekerja bersama restoran itu selama 20 tahun.

2.       TCRS menggunakan strategi KFC. Menu mudah, senang urus dan senang dijual.

3.       100 outlet TCRS bukan cawangan ‘francais’.

4.       Jelas dengan target. Harga nasi ayam TCRS adalah berpatutan untuk restoran di pasar raya besar. Sijil Halal terpampang jelas di pintu masuk di setiap outlet.

5.       Menu TCRS adalah biasa, namun usaha TCRS luar biasa.

Ramai sahaja yang menawarkan menu nasi ayam bukan. Bukan setakat di restoran bazar Ramadan dan pasar tani banyak sering kali kita nampak menu ini ditawarkan kepada pelanggan.

Walau kita jual produk yang sama dengan pesaing, tetapi dengan ilmu, strategi dan teknik yang betul pasti boleh menang dan menawan hati pengguna.

Artikel terbaru

Leave a Reply