5 Cara Untuk Mendapatkan Kepercayaan Daripada Orang Lain

5 Cara Untuk Mendapatkan Kepercayaan Daripada Orang Lain

Sememangnya bukan suatu perkara yang mudah untuk kita mendapatkan kepercayaan daripada orang lain. Tidak kisahlah berapa lama sekali pun kita saling mengenali, belum tentu kepercayaan itu wujud dalam diri masing-masing.

Kebolehpercayaan juga merupakan satu kualiti yang sangat penting untuk ditunjukkan di tempat kerja.

Ia benar-benar bertindak seperti gam yang boleh melekat apabila ia berkait tentang hubungan rakan sekerja mahupun pelanggan.

Jadi, adalah penting untuk anda menunjukkan kepada hubungan profesional secara menyeluruh bahawa anda layak mendapat kepercayaan mereka. Tetapi bagaimana?

1. Apabila anda mahu orang lain mempercayai anda, percayalah mereka terlebih dahulu

Mewujudkan kepercayaan antara dua orang boleh jadi suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan.

Kita semua telah dikecewakan atau mengecewakan orang lain, jadi bersikap terbuka dengan seseorang yang baharu bukanlah perkara yang paling mudah untuk dilakukan.

Apabila anda meletakkan kepercayaan itu pada seseorang, ia memudahkan untuk merasai bahawa mereka juga boleh mempercayai anda.

Kepercayaan ini akan  berkembang dari semasa ke semasa. Jadi, biarkan proses ini berlaku secara berperingkat. Tunjukkan bahawa anda berasa selesa dan mempercayai mereka membuatkan orang lain berasa lebih selamat untuk melakukan perkara yang sama. Jadi, tonjolkanlah teladan yang betul buat semua.

2. Memberi kesan positif kepada persekitaran anda

Tidak ada yang lebih buruk daripada dikelilingi seseorang yang negatif di tempat kerja. Sikap dan tingkah laku seperti ini tidak akan memberikan perhubungan yang baik buat anda dengan rakan sekerja, apatah lagi dengan pelanggan.

Oleh itu, cubalah untuk menjadi seseorang yang boleh memberikan pengaruh positif kepada orang lain dan persekitaran secara amnya. Cari cara untuk menyelesaikan masalah daripada mengeluh tentangnya.

Buat orang ketawa, kekal positif dan berikan cadangan yang berguna untuk memajukan perkara ke hadapan.

Sebaik sahaja anda telah menetapkan reputasi sebagai seseorang yang boleh membuatkan situasi menjadi lebih baik, maka anda akan berada dalam perjalanan yang baik untuk mendapatkan kepercayaan orang lain.

3. Berhati-hati dengan bahasa badan

Perkataan dan perbuatan kita bukanlah satu-satunya cara kita berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun apa yang kita katakan adalah penting, kita juga sebenarnya menghantar isyarat halus dan jika tidak berhati-hati, ia boleh menjejaskan perhubungan.

Oleh itu, perhatikan bahasa badan anda apabila berinteraksi dengan orang yang anda cuba untuk membina kepercayaan.

Perkara seperti pandangan mata (jangan berlebihan atau kurang), senyuman dan nada menghantar mesej kepada orang lain tentang siapa anda sebenarnya. Apabila berkomunikasi dalam soal pekerjaan, anda pastinya ingin dilihat sebagai seorang yang terbuka dan ikhlas.

4.  Jadilah diri sendiri

Satu perkara tentang mendapatkan kepercayaan ialah anda tidak boleh memaksanya. Jika anda terlalu mencuba, anda akan dianggap palsu atau tidak ikhlas  dan itu adalah bertentangan dengan matlamat anda. Anda mahu dianggap sebagai tulen, jadilah diri sendiri.

Be yourself! Keikhlasan, terutamanya kebaikan, pemurah, keikhlasan yang rendah hati akan membuatkan anda terbang lebih jauh.

Jadi, daripada cuba kelihatan boleh dipercayai, cuba anda relaks dan jadi diri sendiri.  Jangan lupa untuk menunjukkan minat dan keprihatinan yang tulen terhadap orang lain. Jika orang ramai mula menganggap anda tulen dan penyayang, anda akan berjaya membina kepercayaan sebenar.

5.  Bersabar dan konsisten

Dalam beberapa cara, tiada jalan pintas untuk memperoleh tahap kepercayaan yang paling dalam kerana ia memerlukan masa dan pengalaman untuk dibina.

Paling penting anda haruslah menjaga kata-kata, melakukan yang terbaik dan menunjukkan bahawa anda boleh dipercayai.

Jika anda sabar, konsisten dan memberi sedikit masa, anda pasti akan sampai ke destinasi. Hubungan yang dibina atas kepercayaan yang telah lama terjalin sewajarnya akan menjadi begitu kukuh.

Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk membina, namun akhirnya anda sedar bahawa ia ternyata berbaloi dengan semua usaha telah dilakukan.

Artikel terbaru

Leave a Reply