5 Cara Perbaiki Bisnes Di Tahun Baru

5 Cara Perbaiki Bisnes Di Tahun Baru

Pejam celik pejam celik, kejapnya sudah masuk tahun baru. Ada yang excited?

Bagi sesetengah usahawan, mereka rasa tak ada makna tahun baru atau tahun sebelum-sebelumnya. Sama saja. Mereka rasa, bisnes mereka setakat buka kedai dan tutup kedai, setiap hari hanya berharap ada sales masuk saja.

Ada tak antara anda yang rasa seperti itu? Kenapa anda nak rasa macam itu, tak bagus sebenarnya.

Sebagai seorang usahawan, sepatutnya dari sekarang anda dah fikirkan tentang hala tuju bisnes anda di tahun 2021. Berapa sasaran jualan setahun yang ingin anda capai, berapa sasaran jualan bulanan dan mingguan – malahan berapa sasaran jualan harian juga anda dah boleh tentukan.

Jika cara anda berniaga pada tahun 2020 tidak membantu anda mendapatkan hasil yang lebih baik – ini masanya anda perlu berubah!

Mungkin ada antara anda yang tak tahu bagaimana lagi anda boleh perbaiki bisnes anda di tahun 2021. Mungkin anda rasa anda dah kehabisan idea, atau langsung tak tahu bagaimana anda nak buat. Jom kami kongsikan 5 cara untuk anda perbaiki bisnes anda di tahun 2020.

5 Cara Nak Perbaiki Bisnes Di Tahun Baru 2019

5 Cara Perbaiki Bisnes Anda :

1) Perbaiki cara komunikasi anda dengan pelanggan

Kesilapan yang sering usahawan buat ialah, mereka beranggapan bahawa mereka perlu sentiasa cari pelanggan baru.  Setiap hari, mereka buka kedai hanya untuk tarik pelanggan baru.

Mereka tak endahkan pelanggan yang pernah berurusan dengan mereka. Sebenarnya, untuk cari pelanggan baru adalah sesuatu yang sukar. Lebih-lebih lagi jika bisnes anda mempunyai banyak persaingan.

Adakalanya, usahawan tak pernah terfikir, kenapa perlu bersusah payah mencari pelanggan baru sedangkan pelanggan lama yang ada tidak kita jaga sebaiknya. Caranya mudah sahaja, perbaiki cara kita berkomunikasi dengan pelanggan yang telah berurusan dengan anda.

Berikan lebih perhatian kepada mereka, dan dari situ mereka mampu untuk tarik lebih ramai kenalan mereka untuk juga jadi pelanggan anda.

2) Perbaiki cara ‘delivery’ kepada pelanggan

Dalam dunia ini, kebanyakan orang mahukan perkhidmatan yang cepat, mudah dan lebih baik dari orang lain. Sebab itulah, ada orang sanggup keluarkan duit yang banyak untuk dapatkan kereta Porsche.

Orang ramai mahukan internet yang lebih laju, tak ada orang nak internet yang lambat! Ramai orang nakkan perkhidmatan yang lebih cepat, sebab itulah banyak bisnes telah menggunakan perkhidmatan penghantaran sendiri.

Mungkin anda boleh fikir tentang bagaimana anda nak perbaiki cara anda berniaga melalui cara anda ‘deliver’ produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan supaya jadikannya lebih pantas, mudah dan lebih baik dari sebelumnya.

3) Perbaiki cara pengurusan pentadbiran, operasi dan kewangan

Adalah satu kesilapan besar bila seorang usahawan rasa, jika cara yang mereka gunakan bagus dan mereka tak perlu upgrade lagi untuk menjadi lebih baik. Ada 3 perkara utama yang usahawan boleh lakukan untuk perbaiki cara bisnes di tahun 2021.

Lihat kembali kepada cara pentadbiran perniagaan anda, perjalanan operasi dan pengurusan kewangan bisnes anda. Tahukah anda, banyak perniagaan gagal kerana usahawan ambil mudah 3 perkara ini. Bila anda tidak perbaiki 3 perkara ini, anda akan hadapi masalah untuk kembangkan bisnes anda.

4) Perbaiki cara anda tampilkan imej bisnes anda

Jika anda lihat, setiap awal tahun atau masa-masa tertentu dalam satu tahun, ada banyak syarikat besar di luar sana mengubah imej mereka menjadi lebih ‘outstanding’ berbanding sebelumnya.

Contohnya, Coca Cola, walaupun logonya tidak jauh berbeza dari sebelumnya tapi mereka tampilkan tagline yang berbeza, kadang-kadang mengikut ‘event’ terbesar yang berlaku untuk tahun tersebut. Jadi, anda mungkin boleh fikirkan satu imej baru untuk bisnes anda.

5) Perbaiki cara anda bina team

Satu perkara yang paling penting dalam bisnes ialah – TEAM. Takkan mampu anda kembangkan bisnes anda sekiranya anda gagal kembangkan team. Anda tak boleh nak tingkatkan jualan bisnes jika anda hanya ada diri anda seorang diri.

Atau jika anda dah ada team, anda tak akan boleh tingkatkan pencapaian bisnes sehingga 10 kali ganda dengan team yang sama. Isunya, ramai usahawan tidak mahu buat pelaburan untuk kembangkan team.

Ada antara mereka rasa ini adalah pembaziran. Mungkin di tahun 2020, anda mahu kembangkan perniagaan dan ada kapasiti untuk berkembang. Tapi halangannya anda tidak ada team yang cukup. Anda boleh fikirkan cara untuk anda besarkan team, dan jadikan mereka selari dengan visi dan misi syarikat anda.

Upgrade bisnes anda supaya anda boleh bersedia untuk bermain dengan lebih baik di padang yang lebih hebat. Tapi, jika anda tak upgrade ilmu anda, anda takkan dapat tawan puncak gunung dan jadi juara di mana-mana sahaja.

Pilihan ditangan anda untuk perbaiki bisnes, bahkan tambah baik lagi bisnes pada awal tahun baru ini. RichWorks juga telah menyediakan platform khas untuk anda bagi membina bisnes yang berjaya mengikut tahap-tahap perniagaan.

Kejayaan tidak akan kita capai dalam sekelip mata tanpa tindakan yang pantas dan konsisten,

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply