Kata orang, semakin meningkat usia, semakin kurang sahabat yang berada di sekeliling kita.
Bukan menjauh, tapi mungkin kerana masing-masing sudah ada komitmen sendiri hingga tiada masa untuk diluangkan seperti dulu.
Adakalanya kita pasti rindukan kehadiran mereka yang telah menceriakan hidup kita suatu masa dahulu hingga membuatkan kita terasa hendak mencari teman baru.
Jika begitu yang anda rasai namun tak tahu di mana nak mulakannya, lihat 5 tip yang kami sediakan yang boleh membantu anda mencari rakan baru di saat ini.
1.Tawarkan diri jadi sukarelawan
Jika anda tercari-cari peluang untuk melakukan kerja sukarelawan, lakukan saja carian Google untuk mengetahuinya.
Anda mungkin boleh menjadi sukarelawan di tempat perlindungan kucing tempatan yang memerlukan penjagaan pada hujung minggu, menolong di rumah-rumah orang ataupun menjadi marshal trek di perlumbaan sukan permotoran.
Walau di mana sahaja anda berada, akan ada sukarelawan lain juga bertugas yang menjadikan situasinya seronok bertemu orang baharu. Ia juga sesuatu nilai yang boleh ditambahkan pada CV/resume anda.
2. Keluar dari zon selesa
Cuba sekali untuk seumur hidup, anda buat sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Anda mungkin boleh belajar bermain kasut roda atau alat muzik. Sememangnya anda tidak pernah terlalu tua untuk mencubanya!
Anda juga mungkin boleh cuba menyerlahkan sisi seni dalam diri dengan menyertai kelas teater. Beranikan diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain berjumpa teman baru, anda boleh meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang lebih tinggi.
3. Mulakan blog
Manfaatkan teknologi sepenuhnya termasuklah bagi mencari rakan baru dengan menulis. Hasilkan blog anda sendiri menerusi platform WordPress.
Dengan komuniti dalam talian, anda pastinya akan berjumpa dengan ramai orang yang mempunyai persamaan dengan anda.
Selain blog, anda juga boleh menulis di lain platform seperti di Facebook, Twitter dan lain-lain lagi.
4. Sertai atau mulakan kelab buku atau filem
Buku atau filem ialah pilihan yang mudah untuk melancarkan perbualan jarang untuk kita berjumpa dengan orang yang membenci filem.
Cuba tanya seseorang tentang filem atau pengarang yang mereka gemari dan anda akan teruja mendengar ceritanya selama berjam-jam lamanya. Tanya seseorang tentang pengarang kegemaran mereka dan anda akan mendapat hasil yang sama.
Jika tiada kelab pencinta buku atau filem yang ditubuhkan, apa kata anda yang mulakannya terlebih dahulu?
5. Bercuti, terokai dunia
Bercuti di dalam atau luar negara akan menemukan anda dengan pelbagai jenis manusia. Apabila anda berada di lokasi baharu terutama sekali ketika melancong bersendirian, anda semestinya tidak mengenali sesiapa dan ini merupakan peluang terbaik untuk bercakap dan berkenalan dengan orang baru.
Siapa tahu, mereka juga mungkin berkongsi minat yang sama seperti anda. Bolehlah anda mengembara bersama selepas ini.